For faster navigation, this Iframe is preloading the Wikiwand page for Zuridan Mohd Daud.

Zuridan Mohd Daud

Yang Berhormat Ustaz

Zuridan Mohd Daud

ADN
Ahli Dewan Negeri Pahang
untuk Damak
Memegang jawatan
29 Disember 2022
Dalam jawatan
2 Julai 2018 – 14 Oktober 2022
Didahului olehLau Lee (BN-MCA)
Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Pahang
Memegang jawatan
2019
Didahului olehUstaz Mokhtar Senik
Butiran peribadi
Lahir (1971-12-31) 31 Disember 1971 (umur 52)
Kampung Damak, Jerantut, Pahang
Parti politik Parti Islam Se-Malaysia
PasanganLatipah Yusof
Kediaman Pahang
PekerjaanAhli politik, Ulamak

Yang Berhormat Ustaz Zuridan Mohd Daud adalah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia. Beliau merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Damak,[1] Pahang bertanding di atas tiket PAS dalam Pilihan Raya Umum Malaysia ke-14. Dalam parti, beliau merupakan Ketua Dewan Ulamak PAS Pahang[2].

Latar belakang

[sunting | sunting sumber]

Zuridan Mohd Daud dilahirkan pada 31 Disember 1971 di Kampung Damak, Jerantut, Pahang. Bapanya bernama Mohd Daud Sham, merupakan bekas guru besar di Sekolah Kebangsaan Jengka 16, Pahang. Ibunya bernama Hajah Halimah Awang.

Pendidikan

[sunting | sunting sumber]

Zuridan Mohd Daud mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Jengka 16 dan kemudiannya di Sekolah Menengah Agama Pulau Tawar Jerantut Pahang. Beliau seterusnya melanjutkan pengajian di Univeristi Hassan 2, Casablanca, Maghribi dan memperoleh ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam pada 1994. Seterusnya beliau memperoleh Ijazah Sarjana (MA) dalam bidang Undang-Undang dan Pengajian Feqah dari Universiti Ali Bait, Jordan pada tahun 1999.

Pulang ke Malaysia beliau menabur bakti sebagai pensyarah di beberapa buah IPT. Antaranya ialah pensyarah di Pusat Bahasa Arab, Institut Kemajuan Ikhtisas Pahang (IKIP) pada tahun 1994-2004. Beliau pernah memegang jawatan pengarah program di Pusat Pengajian Islam Antarabangsa di Kolej IKIP dan Pengarah Program Berkembar antara Universiti Yarmouk Jordan dan Kolej IKIP pada tahun 2003-2004.

Pada tahun 2005 beliau bertugas di Universiti Malaysia Pahang sebagai pensyarah dan memegang jawatan Pengarah Pusat Islam UMP. Namun, beliau meletakkan jawatannya pada tahun 2014 untuk melibatkan diri sepenuh masa di pusat pengajian miliknya iaitu Maahad Dirasat Diniyyah (MADAD) Kampung Temin, Jerantut, Pahang.

Penulisan

[sunting | sunting sumber]

Dalam bidang penulisan, beliau telah menghasilkan beberapa buah buku. Antaranya:

  • Zuridan Mohd Daud (2008). Tazkirah. Kuantan, Pahang: Penerbit UMP. ISBN 9789675080050.
  • Zuridan Mohd Daud (2009). Bingkisan Ramadan. Mustread Sdn Bhd. ISBN 9789834451950.
  • Zuridan Mohd Daud (2010). Penyucian Jiwa. Mustread Sdn Bhd. ISBN 9789675426285.
  • Ringkasan al-Qawaid al-Fiqhiyyah
  • Ulama; Menggalas Tugas Para Nabi

Semenjak bertugas sebagai pensyarah lagi beliau telah diamanahkan jawatan-jawatan penting dalam Parti Islam Se-Malaysia (PAS) terutama dalam Dewan Ulamak PAS Negeri Pahang. Beliau juga pernah menjadi Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama PAS Pusat selain ahli Badan Perhubungan PAS Pahang. Kini beliau dilantik menjadi Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Pahang, pada 2019 menggantikan Ustaz Mokhtar Senik.

Pilihan raya

[sunting | sunting sumber]
Kerusi yang ditandingi Zuridan Mohd Daud
Tahun Kawasan Individu (PAS) Undi Lawan Undi Majoriti
2018 DUN Damak, Pahang Zuridan Mohd Daud 8,444 Wong Chun Yuan (PH-PKR) 6,988 1,456
Lim Chong Ly (BN-MCA) 4,395
{{bottomLinkPreText}} {{bottomLinkText}}
Zuridan Mohd Daud
Listen to this article

This browser is not supported by Wikiwand :(
Wikiwand requires a browser with modern capabilities in order to provide you with the best reading experience.
Please download and use one of the following browsers:

This article was just edited, click to reload
This article has been deleted on Wikipedia (Why?)

Back to homepage

Please click Add in the dialog above
Please click Allow in the top-left corner,
then click Install Now in the dialog
Please click Open in the download dialog,
then click Install
Please click the "Downloads" icon in the Safari toolbar, open the first download in the list,
then click Install
{{::$root.activation.text}}

Install Wikiwand

Install on Chrome Install on Firefox
Don't forget to rate us

Tell your friends about Wikiwand!

Gmail Facebook Twitter Link

Enjoying Wikiwand?

Tell your friends and spread the love:
Share on Gmail Share on Facebook Share on Twitter Share on Buffer

Our magic isn't perfect

You can help our automatic cover photo selection by reporting an unsuitable photo.

This photo is visually disturbing This photo is not a good choice

Thank you for helping!


Your input will affect cover photo selection, along with input from other users.

X

Get ready for Wikiwand 2.0 🎉! the new version arrives on September 1st! Don't want to wait?