For faster navigation, this Iframe is preloading the Wikiwand page for Kesatuan Insaf Tanah Air.

Kesatuan Insaf Tanah Air

Kesatuan Insaf Tanah Air
PemimpinHashim Gera
Ditubuhkan01 Februari 1974
Dibubarkan31 Disember 1985
Pecahan
Ibu pejabatTapah, Batang Padang, Perak, Malaysia
Akhbartidak ada
Sayap belia-
Keanggotaan (1985)53,950 orang
IdeologiPelbagai kaum
Penggabungan kebangsaanHarakah Keadilan Rakyat
Penggabungan antarabangsa-
Laman sesawang
-
Politik Malaysia
Parti politik
Pilihan raya
-


Kesatuan Insaf Tanah Air atau Parti KITA merupakan sebuah parti politik di Malaysia. Parti KITA ditubuhkan pada Februari 1974. Parti KITA merupakan parti serpihan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) yang diasaskan oleh mereka yang tidak bersetuju dengan penyertaan masuk PAS dan Gerakan ke dalam Barisan Nasional. Parti KITA merupakan parti yang ditubuhkan untuk penyertaan pelbagai kaum.

Parti KITA diasaskan oleh Cikgu Hashim Gera, Mustapha Hussein dan Ng Hoe Hun[1]. Mereka bertiga merupakan Ahli Parlimen Bebas yang keluar atau dipecat daripada parti masing-masing. Cikgu Hashim Gera merupakan Ahli Parlimen Parit, Perak yang menang bertanding atas tiket PAS pada Pilihan raya umum Malaysia 1969. Beliau telah dipecat daripada PAS pada 1972. Mustapha Hussein pula merupakan Ahli Parlimen Seberang Tengah, Pulau Pinang, manakala Ng Hoe Hun pula merupakan Ahli Parlimen Larut Selatan. Kedua-dua mereka menang bertanding atas tiket Gerakan pada Pilihan raya umum Malaysia 1969

Penglibatan dalam pilihan raya

[sunting | sunting sumber]

Parti KITA hanya menyertai tiga pilihan raya umum sahaja iaitu Pilihan raya umum Malaysia 1974, Pilihan raya umum Malaysia 1978 dan Pilihan raya umum Malaysia 1982.

Pada PRU 1974, Parti KITA telah bertanding di 4 kerusi Parlimen dan 12 kerusi Dewan Undangan Negeri. Kerusi Parlimen tersebut ialah Bukit Mertajam (Pulau Pinang), Larut (Perak), Taiping (Perak) dan Matang (Perak). Kerusi Dewan Undangan Negeri pula ialah 1 di Kedah (Kuala Ketil), 4 di Perak (Batu Kurau, Bukit Gantang dan Dua DUN lain) dan 7 di Pulau Pinang (Tasek Gelugor, Bagan Dalam, Kubang Semang, Penanti, Bukit Tengah, Machang Bubuk, Ayer Itam).

Pada PRU 1978 pula, Parti KITA telah bertanding 1 kerusi Parlimen dan 9 kerusi Dewan Undangan Negeri. Kerusi Parlimen tersebut ialah Bukit Mertajam (Pulau Pinang), manakala kerusi Dewan Undangan Negeri ialah 2 di Kedah (Lunas, Merbau Pulas), 4 di Pulau Pinang (Tasek Gelugor, Penanti, Pekan Bukit Mertajam dan Machang Bubuk), 2 di Perak dan 1 di Negeri Sembilan.

Pada PRU 1982, Parti KITA bertanding di 1 kerusi Dewan Undangan Negeri iaitu DUN Bagan Dalam, Pulau Pinang.

{{bottomLinkPreText}} {{bottomLinkText}}
Kesatuan Insaf Tanah Air
Listen to this article

This browser is not supported by Wikiwand :(
Wikiwand requires a browser with modern capabilities in order to provide you with the best reading experience.
Please download and use one of the following browsers:

This article was just edited, click to reload
This article has been deleted on Wikipedia (Why?)

Back to homepage

Please click Add in the dialog above
Please click Allow in the top-left corner,
then click Install Now in the dialog
Please click Open in the download dialog,
then click Install
Please click the "Downloads" icon in the Safari toolbar, open the first download in the list,
then click Install
{{::$root.activation.text}}

Install Wikiwand

Install on Chrome Install on Firefox
Don't forget to rate us

Tell your friends about Wikiwand!

Gmail Facebook Twitter Link

Enjoying Wikiwand?

Tell your friends and spread the love:
Share on Gmail Share on Facebook Share on Twitter Share on Buffer

Our magic isn't perfect

You can help our automatic cover photo selection by reporting an unsuitable photo.

This photo is visually disturbing This photo is not a good choice

Thank you for helping!


Your input will affect cover photo selection, along with input from other users.

X

Get ready for Wikiwand 2.0 🎉! the new version arrives on September 1st! Don't want to wait?