For faster navigation, this Iframe is preloading the Wikiwand page for Parti Bersatu Rakyat Jelata Sabah.

Parti Bersatu Rakyat Jelata Sabah

Parti Bersatu Rakyat Jelata Sabah
PemimpinTan Sri Harris Salleh (Presiden Pengasas)
Ditubuhkan15 Julai 1975
Dibubarkan1991
Ibu pejabatKaramunsing, Kota Kinabalu, Sabah

Parti Bersatu Rakyat Jelata Sabah atau Sabah People's United Front atau BERJAYA merupakan satu parti politik yang bertapak di negeri Sabah. BERJAYA adalah hasil daripada kerjasama Ketua Menteri Pertama Sabah, Tun Fuad Stephens dan mantan setiausaha agung Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO), Harris Salleh. Ia merupakan sebahagian daripada gabungan Barisan Nasional sejak penubuhannya pada 15 Julai 1975.[1] [2]

BERJAYA telah memerintah kerajaan negeri Sabah selama 8 tahun dari 1976 hingga 1985. Tun Fuad Stephens merupakan mantan presiden Pertubuhan Bersatu Pasok-Momogun Kadazan (UPKO) yang pada asalnya adalah bernama Pertubuhan Kebangsaan Kadazan Bersatu (UNKO) sebelum ia ditukar kepada UPKO pada 16 September 1963 sempena kemerdekaan Sabah melalui gagasan Malaysia.

Apabila BERJAYA berjaya memenangi Pilihanraya Negeri 1976,[3] Tun Fuad telah dipilih buat kali kedua sebagai Ketua Menteri Sabah yang kelima menggantikan Mohammad Said bin Keruak daripada USNO. Namun hanya selepas 44 hari menjadi ketua menteri, Tun Fuad meninggal dunia di dalam peristiwa nahas kepal terbang di Kota Kinabalu pada 6 June 1976 yang dikenali sebagai Tragedi Double Six. Harris Salleh menggantikan tempatnya sebagai Ketua Menteri Sabah yang keenam.

Di dalam pilihanraya negeri 1981, BERJAYA telah mengekalkan kemenangan dengan majoriti yang lebih besar dengan memenangi 44 daripada 48 kerusi yang dipertandingkan.[4] Pada 1984, Joseph Pairin Kitingan meninggalkan BERJAYA untuk menubuhkan Parti Bersatu Sabah yang kemudiannya menumbangkan kerajaan negeri BERJAYA di dalam Pilihanraya Negeri Sabah 1985.[5]

Dalam Pilihanraya Negeri Sabah 1990, sokongan terhadap BERJAYA telah berkurangan sehingga gagal memenangi sebarang kerusi.[6] Berjaya akhirnya terkubur dengan kemasukan UMNO ke Sabah dan Harris Salleh menjadi penasihat parti negeri.

Pautan Luar

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Sin, Fong Han (April 1979). "A Constitutional Coup D'Etat: An Analysis of the Birth and Victory of the Berjaya Party in Sabah, Malaysia". Asian Survey. 19 (4): 379–389. doi:10.1525/as.1979.19.4.01p00392. Dicapai pada 2008-01-21.
  2. ^ Politik Sabah 1978 & Penubuhan Parti BERJAYA [pautan mati kekal]
  3. ^ "Malaysia - Pilihan Raya - Pilihan Raya Umum Sabah ( 1976 )". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-10-26. Dicapai pada 2009-10-26.
  4. ^ "Malaysia - Pilihan Raya - Pilihan Raya Umum Sabah ( 1981 )". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-10-26. Dicapai pada 2009-10-26.
  5. ^ "Malaysia - Pilihan Raya - Pilihan Raya Umum Sabah ( 1985 )". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-10-26. Dicapai pada 2009-10-26.
  6. ^ "Malaysia - Pilihan Raya - Pilihan Raya Umum Sabah ( 1990 )". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-10-26. Dicapai pada 2009-10-26.
{{bottomLinkPreText}} {{bottomLinkText}}
Parti Bersatu Rakyat Jelata Sabah
Listen to this article

This browser is not supported by Wikiwand :(
Wikiwand requires a browser with modern capabilities in order to provide you with the best reading experience.
Please download and use one of the following browsers:

This article was just edited, click to reload
This article has been deleted on Wikipedia (Why?)

Back to homepage

Please click Add in the dialog above
Please click Allow in the top-left corner,
then click Install Now in the dialog
Please click Open in the download dialog,
then click Install
Please click the "Downloads" icon in the Safari toolbar, open the first download in the list,
then click Install
{{::$root.activation.text}}

Install Wikiwand

Install on Chrome Install on Firefox
Don't forget to rate us

Tell your friends about Wikiwand!

Gmail Facebook Twitter Link

Enjoying Wikiwand?

Tell your friends and spread the love:
Share on Gmail Share on Facebook Share on Twitter Share on Buffer

Our magic isn't perfect

You can help our automatic cover photo selection by reporting an unsuitable photo.

This photo is visually disturbing This photo is not a good choice

Thank you for helping!


Your input will affect cover photo selection, along with input from other users.

X

Get ready for Wikiwand 2.0 🎉! the new version arrives on September 1st! Don't want to wait?