For faster navigation, this Iframe is preloading the Wikiwand page for Angkatan Perpaduan Ummah.

Angkatan Perpaduan Ummah

Logo Angkatan Perpaduan Ummah

Angkatan Perpaduan Ummah (Singkatan: APU) atau Angkatan Ummah merupakan satu perikatan politik di Malaysia yang bergiat dari tahun 1990 hingga tahun 1996 tetapi tidak berdaftar, oleh itu parti-parti komponennya bertanding di bawah nama masing-masing. Angkatan Ummah terdiri daripada Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Parti Melayu Semangat 46 (S46), Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA), Parti Hizbul Muslimin Malaysia (HAMIM), dan Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA). Kesemua parti ini terdiri daripada ahli-ahliyang merupakan Ummah (Umat) Islam, iaitu beragama Islam.

Perikatan ini pernah bertanding dalam Pilihanraya Umum Malaysia 1990 dan Pilihanraya Umum Malaysia 1995. Dalam Pilihanraya Umum Malaysia 1990, mereka bekerjasama dengan Gagasan Rakyat yang terdiri daripada Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Bersatu Sabah (PBS), dan Parti Rakyat Malaysia (PRM). Semangat 46 juga menyertai Gagasan Rakyat pada masa yang sama.

Angkatan Perpaduan Ummah ini dibubarkan pada tahun 1996 selepas pemimpin Semangat 46 membuat keputusan parti itu dibubarkan. Sebahagian ahlinya menyertai UMNO sementara sebahagian lagi menyertai PAS.

Pemimpin utama

[sunting | sunting sumber]

Tengku Razaleigh bin Tengku Mohd Hamzah dari parti Semangat 46, ahli parlimen Gua Musang, dari kerabat diraja Kelantan dan berugama Islam dilihat sebagai pemimpin utama APU ini . Kerjasama ini amat longgar dan tidak mendapat sokongan penduduk Malaysia bukan Islam. Ketika itu PAS masih enggan bekerjasama dengan DAP dan yang seumpamanya.

Semangat 46 dalam APU

[sunting | sunting sumber]

Parti Semangat 46 hanyalah serpihan ahli UMNO atau dikenali sebagai Team B UMNO. Semangat 46 dilihat sebagai parti sekular iaitu tidak memperjuangkan undang-undang hudud dan negara Islam berbanding dengan PAS. Antara pemimpin S46 ialah Tengku Razaleigh bin Tengku Mohd Hamzah dan Datuk Sri Rais Yatim.

Selain bergabung dengan APU, S46 juga bergabung dalam parti pembangkang lain DAP, Parti Bersatu Sabah (PBS), IPF (Indian Progressive Front), PSRM dan Kimma di bawah jenama yang berbeza, Gagasan Rakyat untuk berjuang di peringkat nasional.

PAS dalam APU

[sunting | sunting sumber]

Dato Fadzil Mohd Noor selaku Presiden PAS setuju bergabung dengan S46 membentuk Angkatan Perpaduan Ummah yang nampaknya lebih Islamik. PAS enggan bergabung dengan DAP kerana dasar DAP secara terang-terang dan konsistan menolak pemerintahan Islam.

Ramai juga yang membantah penyatuan PAS dengan APU. Antaranya ialah cikgu Musa Salleh (bekas Yang Dipertua Pas Kawasan Pasir Puteh) dan Wan Ismail Wan Ahmad, bekas AJK Dewan Ulama Pas Kelantan.Mereka menuduh Pas telah lari daripada prinsip perjuangan asal sejak penubuhannya pada 1951 kerana bergabung dengan Semangat 46 yang dianggap parti sekular sama seperti UMNO. Kumpulan itu menggelar mereka sebagai 'Pas 51' sebelum ditukar kepada Islah. Cikgu Musa kemudian menubuhkan Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim). [1]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
{{bottomLinkPreText}} {{bottomLinkText}}
Angkatan Perpaduan Ummah
Listen to this article

This browser is not supported by Wikiwand :(
Wikiwand requires a browser with modern capabilities in order to provide you with the best reading experience.
Please download and use one of the following browsers:

This article was just edited, click to reload
This article has been deleted on Wikipedia (Why?)

Back to homepage

Please click Add in the dialog above
Please click Allow in the top-left corner,
then click Install Now in the dialog
Please click Open in the download dialog,
then click Install
Please click the "Downloads" icon in the Safari toolbar, open the first download in the list,
then click Install
{{::$root.activation.text}}

Install Wikiwand

Install on Chrome Install on Firefox
Don't forget to rate us

Tell your friends about Wikiwand!

Gmail Facebook Twitter Link

Enjoying Wikiwand?

Tell your friends and spread the love:
Share on Gmail Share on Facebook Share on Twitter Share on Buffer

Our magic isn't perfect

You can help our automatic cover photo selection by reporting an unsuitable photo.

This photo is visually disturbing This photo is not a good choice

Thank you for helping!


Your input will affect cover photo selection, along with input from other users.

X

Get ready for Wikiwand 2.0 🎉! the new version arrives on September 1st! Don't want to wait?