For faster navigation, this Iframe is preloading the Wikiwand page for Spits Goth Barat.

Spits Goth Barat

Spits Goth Barat
Nama lainSpits Visigoth
Spits Västergötland
Anjing gembala Sweden
Vallhund Sweden
Negara asalSweden
Anjing (Canis lupus familiaris)

Spits Goth Barat, spits Visigoth, spits Västergötland,[a] anjing gembala Sweden, atau vallhund Sweden[b] ialah satu baka anjing yang asli di Sweden. Anjing gembala Sweden pada asalanya dibiakbakakan sebagai penggiring dan gembala lembu sejak lebih daripada 1,000 tahun lalu.[1][2] Pada tahun 1942, anjing ini menghampiri kepupusan, namun pembiakbakaan cermat dan publisiti oleh warga Sweden Björn von Rosen dan K. G. Zettersten berjaya memulihkan baka ini dari segi kepopularan dan menyelamatkannya daripada penamatnya yang mungkin.[3] Pada tahun 1943, Kelab Kenel Sweden mengiktiraf anjing gembala Sweden sebagai baka dan secara rasmi mengkategorikan anjing gembala Sweden sebagai västgötaspets ("spits Goth Barat") sempena Västergötland, provinsi yang merupakan tempat pemulihan baka.[3] Sejak itu, baka ini telah diiktiraf oleh lebih daripada sepuluh buah negara dan dibiakbakakan di sana juga serta telah memperoleh sedikit kepopularan.[3]

Anjing gembala Sweden dalam pertandingan ketangkasan
Anjing gembala Sweden
Seekor anak anjing gembala Sweden

Ciri fizikal

[sunting | sunting sumber]

Purata tinggi anjing gembala Sweden yang diukur pada paras kelasa ialah kira-kira 33 cm (13 in) untuk jantan dan 31 cm (12 in) untuk betina.[4] Ia kuat dengan tubuh panjang. Nisbah tinggi dengan panjang tubuh ialah kira-kira 2:3. Kepala vallhund berbentuk baji dengan mata bujur perang gelap dan telinga tajam.[4] Setiap anak anjing lahir dengan kelainan panjang ekor daripada ketiadaan ekor langsung hingga panjang penuh. Maka, ia kerap disalah sangka sebagai anjing yang ekornya telah dipotong sambil pemotongan ekor diharamkan di Sweden.

Warna dan bulu

[sunting | sunting sumber]

Lapis bulunya pendek dan kasar, dengan lapis atas ketat dan lapis bawah lembut dan padat. Bulu pada bahagian hadapan tungkai adalah lebih panjang sedikit berbanding dengan yang pada leher, dada, dan bahagian belakang tungkai belakang. Warna bulu berbeza-beza daripada kelabu, perang kekelabuan, dan kuning kekelabuan hingga perang kemerah-merahan, dengan bulu lebih gelap pada belakang, leher, dan sisi tubuh. Bulu lebih cerah dengan cahaya warna sama seperti yang tersebut di atas dapat terlihat pada muncung, tekak, dada, perut, punggung, kaki, dan keting. Ia mempunyai tanda-tanda lebih cerah pada bahunya yang juga dikenali sebagai tanda abah-abah. Sesetengah anjing mempunyai tompok putih yang muncul, dengan tidak begitu ketara, sebagai takik tipis, hentian leher, atau sedikit kalung, serta mempunyai tanda putih pada tungkai hadapan dan tungkai belakang dan pada dada. Maksimumnya ialah 30% putih.[5][6]

Kesihatan dan jangka hayat

[sunting | sunting sumber]

Anjing gembala Sweden pada umumnya ialah anjing sihat. Pendirian kecilnya menyumbang kepada kelanjutan usianya dengan purata jangka hayat sebanyak 15 tahun.[7] Telinga tajamnya bermaksud bahawa—tidak seperti baka anjing dengan telinga panjang tergantung—masalah telinga adalah jarang. Baka ini tahan dengan iklim panas oleh sebab lapis bulu gandanya selagi anjing diberi teduhan dingin dan air. Baka ini tidak sesuai di dalam salji sangat dalam oleh sebab tungkai pendeknya. Vallhund mewarisi jenis terwaris bagi penyakit atrofi retina progresif pada 34.9% daripada populasinya, yang muncul sebagai rabun senja ringan hingga sederhana pada sekitar umum sepuluh tahun.[8]

Vallhund dapat bersaing dalam pelbagai sukan termasuk ujian ketangkasan anjing, kepatuhan, rally obedience, kemahiran persembahan, flyball, penjejakan, kembara denai, dan acara penggembalaan. Naluri dan kebolehlatihan penggembalaan dapat diukur dalam ujian penggembalaan tanpa persaingan. Vallhund yang menunjukkan naluri penggembalaan asasi dapat dilatih untuk bertanding dalam ujian penggembalaan.[9]

Anjing gembala Sweden ialah baka purba dan baka anjing kebangsaan Sweden dan mungkin berasal dari abad ke-8 atau ke-9. Anjing gembala Sweden berasal dari provinsi Västergötland, yang terletak ke arah selatan dari tasik Vänern. Di sini, anjing kecil terbukti cemerlang untuk pemerhatian, penjagaan, dan penggembalaan. Baka ini bertarikh kembali ke zaman petempatan Viking di England dan disangkakan pernah berperanan dalam perkembangan corgi Wales dan anjing penumit Lancashire moden. Menurut American Kennel Club, satu lagi teori tentang asal usul baka ini ialah bahawa semasa abad kelapan atau kesembilan, "sama ada anjing gembala Sweden dibawa ke Wales atau corgi dibawa ke Sweden, lantas terdapat keserupaan antara kedua-dua baka".[2]

Anjing gembala Sweden berkaitan dengan anjing spits lebih besar dan anjing pemburu elk dari Skandinavia. Anjing besar daripada jenis spits ini telah ditemukan terkubur dengan tuan-tuan anjing berkenaan di petempatan Zaman Batu di Skandinavia.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Jawi: سڤيت‌س ݢوت بارت; سڤيت‌س ۏيسيݢوت; سڤيت‌س ۏيسترݢوتلند; Svensk: västgötaspets; bahasa Inggeris: Visigothic spitz; Vizigothic spitz
  2. ^ Jawi: انجيڠ ݢمبالا سوءيدن; ۏلهون سوءيدن; Svensk: svensk vallhund, nama rasmi di Sweden sehingga tahun 1953; bahasa Inggeris: Swedish vallhund; Swedish shepherd
  1. ^ "Hundrasguiden/Svenska-raser" [Panduan Baka Anjing/Baka Sweden] (PDF) (dalam bahasa Sweden). Svenska Kennelklubben. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 28 September 2011. Dicapai pada 31 Disember 2023.
  2. ^ a b "Swedish Vallhund History & Training/Temperament" [Sejarah dan Pelatihan/Perangai Anjing Gembala Sweden]. American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 31 Disember 2023.
  3. ^ a b c "Breed History | SVCA, Inc" [Sejarah Baka | SVCA, Inc.]. Swedish Vallhund Club of America (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 31 Disember 2023.
  4. ^ a b The Swedish Vallhund Society (2016). Breed Standard [Dalam talian]. Tersedia di <http://www.swedishvallhunds.co.uk/index.asp?pageid=399181 Diarkibkan 9 April 2016 di Wayback Machine> (Dicapai pada 31 Disember 2023). [1] Diarkibkan 9 April 2016 di Wayback Machine
  5. ^ "Swedish Vallhund Dog Breed Information" [Maklumat Baka Anjing Anjing Gembala Sweden] (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Jun 2010. Dicapai pada 31 Disember 2023.
  6. ^ "Breed Standard - Swedish Vallhund" [Piawaian Baka - Anjing Gembala Sweden] (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Mei 2010. Dicapai pada 31 Disember 2023.
  7. ^ Rencana daripada Galeri Baka Anjing di Pedigree (dalam bahasa Inggeris)
  8. ^ Cooper, Ann E.; Ahonen, Saija; Rowlan, Jessica S.; Duncan, Alison; Seppälä, Eija H.; Vanhapelto, Päivi; Lohi, Hannes; Komáromy, András M. (8 September 2014). Stieger, Knut (penyunting). "A Novel Form of Progressive Retinal Atrophy in Swedish Vallhund Dogs" [Bentuk Baharu bagi Atrofi Retina Progresif pada Anjing Gembala Sweden]. PLOS One (dalam bahasa Inggeris). PLOS. 9 (9): e106610. Bibcode:2014PLoSO...9j6610C. doi:10.1371/journal.pone.0106610. ISSN 1932-6203. PMC 4157785. PMID 25198798. S2CID 17073328.
  9. ^ Hartnagle-Taylor, Jeanne Joy; Taylor, Ty (2010). Stockdog Savvy [Selok-belok Anjing Ternakan] (dalam bahasa Inggeris). Crawford, Colorado, Amerika Syarikat: Alpine Publications. ISBN 9781577791065. OCLC 456420606.

Bacaan lanjut

[sunting | sunting sumber]
  • Bayliss. J., A Study of the Swedish Vallhund (Västgötaspets) A Pictorial History - Owners' Hand Book (dalam bahasa Inggeris). Eng. 2007.
  • Darling, Leonie (2005). Swedish Vallund (Västgötaspets): A Legacy of the Vikings [Anjing Gembala Sweden (Spits Goth Barat): Legasi Viking] (dalam bahasa Inggeris). Blackheath, New South Wales, Australia: WriteLight. ISBN 9780975245019. OCLC 224460029.
  • Gascoigne, Nicky (1989). The Swedish Vallhund [Anjing Gembala Sweden] (dalam bahasa Inggeris). Dalsetter Designs. ISBN 9781871856019. OCLC 59921874.
  • Hubbard, Clifford Lionel Barry (1948). Dogs in Britain: A Description of All Native Breeds and Most Foreign Breeds in Britain [Anjing di Britain: Perihal Semua Baka Asli dan Kebanyakan Baka Asing di Britain] (dalam bahasa Inggeris). London, United Kingdom: Macmillan Publishers. OCLC 2051335.
  • Serpell, James A., penyunting (21 September 1995). The Domestic Dog: Its Evolution, Behaviour and Interactions with People [Anjing Bela Jinak: Evolusi, Tingkah Laku, dan Interaksinya dengan Orang] (dalam bahasa Inggeris). Cambridge, United Kingdom: Cambridge University Press. ISBN 9780521415293. OCLC 32272650.
  • Swedish Kennel Clubs Magazines Special number:"Hundsport Special" 5/86 (dalam bahasa Sweden)

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
{{bottomLinkPreText}} {{bottomLinkText}}
Spits Goth Barat
Listen to this article

This browser is not supported by Wikiwand :(
Wikiwand requires a browser with modern capabilities in order to provide you with the best reading experience.
Please download and use one of the following browsers:

This article was just edited, click to reload
This article has been deleted on Wikipedia (Why?)

Back to homepage

Please click Add in the dialog above
Please click Allow in the top-left corner,
then click Install Now in the dialog
Please click Open in the download dialog,
then click Install
Please click the "Downloads" icon in the Safari toolbar, open the first download in the list,
then click Install
{{::$root.activation.text}}

Install Wikiwand

Install on Chrome Install on Firefox
Don't forget to rate us

Tell your friends about Wikiwand!

Gmail Facebook Twitter Link

Enjoying Wikiwand?

Tell your friends and spread the love:
Share on Gmail Share on Facebook Share on Twitter Share on Buffer

Our magic isn't perfect

You can help our automatic cover photo selection by reporting an unsuitable photo.

This photo is visually disturbing This photo is not a good choice

Thank you for helping!


Your input will affect cover photo selection, along with input from other users.

X

Get ready for Wikiwand 2.0 🎉! the new version arrives on September 1st! Don't want to wait?