For faster navigation, this Iframe is preloading the Wikiwand page for Anjing penumit Lancashire.

Anjing penumit Lancashire

Anjing penumit Lancashire
Anjing penumit Lancashire dalam pertunjukan anjing
Nama lainAnjing penumit Ormskirk
Terier Ormskirk
Negara asalEngland
Anjing (Canis lupus familiaris)

Anjing penumit Lancashire[a] ialah satu baka anjing yang dikembangkan untuk kegunaan penggiring dan gembala lembu. Anjing penumit Lancashire disenaraikan oleh The Kennel Club sebagai baka rentan. Baka ini diiktiraf oleh American Kennel Club pada tahun 2024.[1]

Anjing penumit Lancashire mempunyai purata jangka hayat sebanyak 15.4 tahun, jangka hayat terpanjang antara mana-mana baka, menurut sebuah kajian tahun 2024 yang dilaporkan di The New York Times.[2]

Penampilan

[sunting | sunting sumber]

Lapis bulunya keras dan licin dengan lapis bulu bawah yang memastikan bahawa anjing berkenaan kering dalam semua cuaca. Ia mungkin mempunyai surai kecil di sekeliling leher pada musim sejuk. Anjing ini biasanya hitam dan sawo matang,[3] tetapi hati dan sawo matang kini diiktiraf oleh The Kennel Club. Ia lebih panjang sedikit daripada ketinggian pada paras kelasa, biasanya berukuran setinggi 10–12 inci (25–30 cm) pada paras bahu dan seberat 13–18 paun (5.9–8.2 kg).[3] Telinga mungkin condong atau tegak.

Keperibadian

[sunting | sunting sumber]

Ia berwaspada, ramah, bertenaga, cerdas, suka bermain, dan teman menyenangkan. Keperibadian dapat berkisar antara malas dan suka bermain dengan bertenaga dan kuat bercakap. Ia pada umumnya anjing sangat kuat yang menyerati pelbagai aktiviti dan mampu membawa bola atau objek sebesar saiznya.[perlu rujukan] Anjing penumit Lancashire ramah terhadap pemiliknya dan orang lalu-lalang di jalan tetapi mungkin agresif terhadap watak yang tidak dikenali di wilayahnya.

Kesihatan

[sunting | sunting sumber]

Sebuah kajian United Kingdom tahun 2024 mendapati jangka hayat sebanyak 15.4 tahun — yang tertinggi dalam kajian — untuk baka ini berbanding dengan purata 12.7 tahun untuk baka tulen dan 12 tahun untuk baka silang.[4]

Tiga keadaan serius paling lazim yang dapat menjejaskan anjing penumit Lancashire merupakan anomali mata collie, kehelan kanta primer, dan membran pupil tegar.[5] Selain keadaan mata ini, anjing baka ini mungkin menderitai kehelan tempurung lutut.[6]

Anjing penumit Lancashire ialah salah satu baka yang lebih lazim terjejas akibat kehelan kanta primer yang disebabkan oleh mutasi resesif autosom bagi gen ADAMTS17.[7]

Corgi Wales disangkakan sebagai salah satu baka induk bagi anjing penumpit Lancashire.

Asal usul baka ini tidak diketahui, namun terdapat penerimaan bahawa sejenis corgi Wales digunakan untuk menggiring haiwan ternakan ke barat laut England dari Wales.[8] Di kawasan Ormskirk, sejenis terier hitam dan sawo matang yang dipanggil terier Manchester diperkenalkan yang menghasilkan anjing yang kini dikenali sebagai anjing penumit Lancashire.[3] Baka ini telah dikenali di kaunti asalnya selama lebih daripada seratus lima puluh tahun sebagai anjing ladang tujuan umum yang mampu memburu tikus dan menggembala lembu.[8]

Gwen Mackintosh mula membiakbakakan anjing penumit Lancashire pada awal tahun 1960-an. Bersama-sama dengan penggemar lain, beliau mengasaskan Lancashire Heeler Club pada tahun 1978 dan menetapkan piawaian baka dan daftar baka. Pengiktirafan oleh The Kennel Club menyusul pada tahun 1981. Mackintosh kemudian terus berkhidmat sebagai presiden kelab itu sehingga kematian beliau pada tahun 1992.[8]

Baka ini diiktiraf sebagai baka asli rentan oleh The Kennel Club pada tahun 2006, yang bermaksud bahawa angka pendaftaran tahunan ialah 300 atau kurang untuk baka tersebut.[9] Pada tahun 2006, 173 ekor anjing penumit Lancashire didaftarkan di United Kingdom dan, pada tahun 2007, angka ini menurun lagi kepada 146.[10] Pada tahun 2016, FCI menambahkan baka ini ke dalam senarai baka yang diterima sementara.[11] Anjing penumit Lancashire diiktiraf oleh American Kennel Club pada tahun 2024.[12]

Anjing penumit Lancashire dapat bersaing dalam ujian ketangkasan anjing, kepatuhan, rally obedience, kemahiran persembahan, flyball, dan acara penggembalaan. Naluri dan kebolehlatihan penggembalaan dapat diukur dalam ujian penggembalaan tanpa persaingan. Anjing penumit Lancashire yang menunjukkan naluri penggembalaan asasi dapat dilatih untuk bertanding dalam ujian penggembalaan.[13]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Jawi: انجيڠ ڤنوميت لڠکاشير; bahasa Inggeris: Lancashire heeler
  1. ^ Peltz, Jennifer (3 Januari 2024). "Meet the newest breed to join the American Kennel Club, a little dog with a big smile" [Kenali baka terbaharu yang menyertai American Kennel Club, anjing kecil dengan senyuman lebar]. AP News (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 16 Januari 2024.
  2. ^ Anthes, Emily (1 Februari 2024). "The Dogs That Live Longest, by a Nose" [Anjing yang Hidup Paling Lama, dengan Hidung]. The New York Times (dalam bahasa Inggeris).
  3. ^ a b c Cunliffe, Juliette (2002). The Encyclopedia of Dog Breeds [Ensiklopedia Baka Anjing] (dalam bahasa Inggeris). Bath, United Kingdom: Parragon. m/s. 231. ISBN 9780752580180. OCLC 59182873.
  4. ^ McMillan, Kirsten M.; Bielby, Jon; Williams, Carys L.; Upjohn, Melissa M.; Casey, Rachel A.; Christley, Robert M. (1 Februari 2024). "Longevity of companion dog breeds: those at risk from early death" [Kelanjutan usia baka anjing teman: yang berisiko untuk kematian awal]. Scientific Reports (dalam bahasa Inggeris). Nature Portfolio. 14 (1): 531. Bibcode:2024NatSR..14..531M. doi:10.1038/s41598-023-50458-w. ISSN 2045-2322. PMC 10834484 Check |pmc= value (bantuan). PMID 38302530 Check |pmid= value (bantuan). S2CID 267382263 Check |s2cid= value (bantuan).
  5. ^ "Health of the Lancashire Heeler" [Kesihatan Anjing Penumit Lancashire] (dalam bahasa Inggeris). The United States Lancashire Heeler Club. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Jun 2007. Dicapai pada 1 Februari 2024.
  6. ^ "Health of the Lancashire Heeler" [Kesihatan Anjing Penumit Lancashire] (dalam bahasa Inggeris). Lancashire Heeler Community. Dicapai pada 1 Februari 2024.
  7. ^ Oliver, James A. C.; Mellersh, Cathryn S. (14 Disember 2020). "Genetics" [Genetik]. Dalam Cooper, Barbara; Mullineaux, Elizabeth; Turner, Lynn (penyunting). BSAVA Textbook of Veterinary Nursing [Buku Teks Kejururawatan Veterinar BSAVA] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-6). Gloucester, United Kingdom: British Small Animal Veterinary Association. m/s. 131. ISBN 9781910443392. OCLC 1197697572.
  8. ^ a b c Cutler, Jackie (Julai 2007). "Lancashire Heeler Breed Feature" [Ciri Baka Anjing Penumit Lancashire]. Dogs Monthly (dalam bahasa Inggeris). Lancashire Heeler Community. Dicapai pada 1 Februari 2024.
  9. ^ "An Introduction to the Vulnerable Native Breeds" [Pengenalan kepada Baka Asli Rentan] (dalam bahasa Inggeris). The Kennel Club. 20 Disember 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Januari 2013. Dicapai pada 1 Februari 2024.
  10. ^ "Registration statistics for all recognised dog breeds - 2006 and 2007" [Statistik pendaftaran untuk semua baka anjing beriktiraf - 2006 dan 2007] (dalam bahasa Inggeris). The Kennel Club. 27 Mac 2008. Dicapai pada 1 Februari 2024.
  11. ^ "FCI breeds nomenclature: Breeds recognised on a provisonal basis" [Tatanama baka FCI: Baka yang diiktiraf atas dasar sementara] (dalam bahasa Inggeris). Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. Dicapai pada 1 Februari 2024.
  12. ^ Peltz, Jennifer (3 Januari 2024). "Meet the newest breed to join the American Kennel Club, a little dog with a big smile" [Kenali baka terbaharu yang menyertai American Kennel Club, anjing kecil dengan senyuman lebar]. AP News (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 1 Februari 2024.
  13. ^ Hartnagle-Taylor, Jeanne Joy; Taylor, Ty (2010). Stockdog Savvy [Selok-belok Anjing Ternakan] (dalam bahasa Inggeris). Crawford, Colorado, Amerika Syarikat: Alpine Publications. ISBN 9781577791065. OCLC 456420606.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
{{bottomLinkPreText}} {{bottomLinkText}}
Anjing penumit Lancashire
Listen to this article

This browser is not supported by Wikiwand :(
Wikiwand requires a browser with modern capabilities in order to provide you with the best reading experience.
Please download and use one of the following browsers:

This article was just edited, click to reload
This article has been deleted on Wikipedia (Why?)

Back to homepage

Please click Add in the dialog above
Please click Allow in the top-left corner,
then click Install Now in the dialog
Please click Open in the download dialog,
then click Install
Please click the "Downloads" icon in the Safari toolbar, open the first download in the list,
then click Install
{{::$root.activation.text}}

Install Wikiwand

Install on Chrome Install on Firefox
Don't forget to rate us

Tell your friends about Wikiwand!

Gmail Facebook Twitter Link

Enjoying Wikiwand?

Tell your friends and spread the love:
Share on Gmail Share on Facebook Share on Twitter Share on Buffer

Our magic isn't perfect

You can help our automatic cover photo selection by reporting an unsuitable photo.

This photo is visually disturbing This photo is not a good choice

Thank you for helping!


Your input will affect cover photo selection, along with input from other users.

X

Get ready for Wikiwand 2.0 🎉! the new version arrives on September 1st! Don't want to wait?