For faster navigation, this Iframe is preloading the Wikiwand page for Solat berjemaah.

Solat berjemaah

Rencana ini tidak memetik apa-apa sumber atau rujukan. Sila bantu dalam memperbaiki rencana ini dengan menambahkan rujukan ke sumber-sumber yang boleh dipercayai. Bahan yang tidak disahkan mungkin akan dipertikai dan dipadam.Cari sumber: "Solat berjemaah" – berita · akhbar · buku · sarjana · JSTOR (Ketahui cara dan masa untuk membuang pesanan templat ini)


Solat berjamaah di Kaohsiung, Taiwan.

Solat berjemaah bermaksud solat yang dilakukan lebih daripada seorang, atau secara beramai-ramai, dengan diketuai seorang imam.

Ini berdasarkan Sabda Nabi SAW:

"Solat berjemaah itu lebih afdhal (baik) daripada solat bersendirian dengan 27 kali darjat" (HR Bukhari dan Muslim)

Solat berjemaah terdiri daripada seorang imam dan sekurang-kurangnya seorang makmum. Solat secara berjemaah sangat dituntut dalam Islam. Bagi Mazhab Syafie hukumnya ialah fardu kifayah, manakala sesetengah pendapat mengatakan solat berjemaah hukumnya sunat muaakad atau sunat yang sangat dituntut dalam Islam. Mereka yang terlewat mengikuti solat berjamaah, dikenali sebagai masbuq.

Antara solat yang biasa ditunaikan secara berjemaah ialah solat fardu lima waktu, solat sunat hari raya, solat Sunat Istisqak, solat Sunat Tarawih dan solat Sunat Witir. Tetapi bagi Solat Jumaat, ia wajib dikerjakan secara berjemaah.

Syarat-syarat sah solat berjemaah:

  1. Berniat mengikut/menjadi imam.
  2. Mengetahui segala apa yang dikerjakan oleh imam.
  3. Tiada dinding yang menghalangi antara imam dan makmum, kecuali bagi makmum perempuan di masjid hendaklah dibataskan dengan penghadang yang sesuai seperti kain.
  4. Tidak mendahului imam dalam takbir dan tidak pula melambatkannya.
  5. Tidak mendahului imam dalam rukun-rukun sembahyang.
  6. Kedudukan imam ialah di hadapan makmum, sekurang-kurangnya di takat tumit. Makmum tidak boleh berada di hadapan atau sebaris dengan imam.
  7. Solat makmum harus sama dengan solat imam, misalnya sama-sama solat Zuhur, Jumaat, qasar, jamak dan sebagainya.
  8. Makmum lelaki tidak mengikut imam perempuan.

Semasa berniat, seseorang itu perlu menambah perkataan makmuman (makmum lelaki), makmumatan (makmum perempuan), imaman (imam lelaki) atau imamatan (imam perempuan) selepas menyebut solat yang ingin dilakukan.

Antara syarat untuk menjadi imam:

  • Bacaannya lebih baik daripada bacaan makmum.
  • Seseorang itu bukan sedang mengikut atau menjadi makmum kepada imam lain.
  • Imam itu sudah mumaiyiz.
{{bottomLinkPreText}} {{bottomLinkText}}
Solat berjemaah
Listen to this article

This browser is not supported by Wikiwand :(
Wikiwand requires a browser with modern capabilities in order to provide you with the best reading experience.
Please download and use one of the following browsers:

This article was just edited, click to reload
This article has been deleted on Wikipedia (Why?)

Back to homepage

Please click Add in the dialog above
Please click Allow in the top-left corner,
then click Install Now in the dialog
Please click Open in the download dialog,
then click Install
Please click the "Downloads" icon in the Safari toolbar, open the first download in the list,
then click Install
{{::$root.activation.text}}

Install Wikiwand

Install on Chrome Install on Firefox
Don't forget to rate us

Tell your friends about Wikiwand!

Gmail Facebook Twitter Link

Enjoying Wikiwand?

Tell your friends and spread the love:
Share on Gmail Share on Facebook Share on Twitter Share on Buffer

Our magic isn't perfect

You can help our automatic cover photo selection by reporting an unsuitable photo.

This photo is visually disturbing This photo is not a good choice

Thank you for helping!


Your input will affect cover photo selection, along with input from other users.

X

Get ready for Wikiwand 2.0 ๐ŸŽ‰! the new version arrives on September 1st! Don't want to wait?