For faster navigation, this Iframe is preloading the Wikiwand page for Uthman bin Affan.

Uthman bin Affan

Rupa khat nama Uthman yang menghiasi Aya Sophia di Istanbul.

Uthman bin Affan (Arab: عثمان بن عفان)atau nama panjang beliau adalah Uthman bin Affan Abi al-Ash bin Umaiyyah merupakan salah seorang sahabat Nabi Muhammad SAW. Ketika beliau menjadi khalifah, berlaku pertelingkahan dalam kalangan umat Islam mengenai cara bacaan al-Quran. Disebabkan oleh itu Uthman bin Affan telah meminjam suhuf, (kumpulan penulisan al-Quran daripada Hafsa. Selepas itu Uthman bin Affan telah memerintahkan empat orang sahabat untuk menyalin semula al-Quran dalam bentuk yang sempurna yang dikenali sebagai Mushaf Uthman. Salinan Mushaf Uthman tersebut dihantar ke seluruh pusat jajahan bagi menggantikan salinan-salinan yang lain.

Saidina Uthman (47SH-wafat35H/577M-wafat656M) dilahirkan di dalam sebuah keluarga Quraisy yang kaya di Makkah beberapa tahun selepas kelahiran Nabi Muhammad SAW. Beliau ialah salah seorang daripada orang yang pertama sekali memeluk Islam dan amat dikenali kerana sifat dermawannya kepada orang yang susah. Beliau juga berhijrah ke Habsyah dan kemudian penghijrahan dari Makkah ke Madinah. Keturunan Saidina Uthman ialah ayahnya Affan bin Abul 'Ash bin Umaiyah bin Abd Syam bin Abdul Manaf bin Qusay bin Kilab bin Luai bin Ghalib bin Fihr bin Malik bin AnNadr bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrikah bin Ilyas bin Mudhar bin Nizar bin Adnan. Emak beliau Arwa bin Kariz bin Habib bin Abd Syam bin Abdul Manaf bin Qusay bin Kilab bin Luai bin Ghalib bin Fihr bin Malik bin AnNadr bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrikah bin Ilyas bin Mudhar bin Nizar bin Adnan. Arwa, ibunya pula adalah ibu saudara Rasulullah SAW iaitu AlBaidha binti Abdul Muttalib. Arwa melahirkan Saidina Uthman dan Amnah. Kemudian setelah kewafatan Affan, Arwa berkahwin dengan Uqbah bin Abu Mu'it dan melahirkan 4 orang anak:

  1. AlWalid bin Uqbah
  2. Khalid bin Uqbah
  3. 'Amru bin Uqbah
  4. Ummi Kulthum bin Uqbah

Saidina Uthman mati dibunuh pada petang khamis 16 Zulhijjah tahun 35 hijrah dan dimakamkan pada hari jumaat keesokannya pada usia 80 tahun atau 82 tahun. Menjadi khalifah selama 11 tahun 11 bulan dan 14 hari. Meninggalkan 16 orang anak iaitu 9 lelaki dan 7 perempuan.

Saidina Uthman dibunuh oleh oleh golongan Khawarij dan pengikut Abdullah bin Saba’. ‎Para sahabat pernah mencadangkan agar kaum munafik ini di bunuh, akan tetapi Uthman ‎ra. melarang kerana mengikuti langkah Nabi yang melarang membunuh kaum munafik ‎kerana di khuatiri musuh Islam akan menuduh orang Islam membunuh rakan mereka ‎sendiri.‎

Keislaman Saidina Uthman

[sunting | sunting sumber]

Apabila usia beliau mencecah 30 tahun, beliau telah pun memeluk Islam hasil ajakan Saidina Abu Bakar. Ini kerana Saidina Abu Bakar telah menasihatkan agar Saidina Uthman tidaklah perlu menyembah sesuatu yang tidak boleh mendengar, melihat dan memberikan mudharat kepadanya. Kemudian, Saidina Abu Bakar memperkenalkannya kepada Rasulullah dan mengucapkan shahadah.

Saidina Uthman juga paling awal telah berhiijrah ke Habsyah kemudian diikuti oleh muhajirin yang lain demi memelihara Islam. Kemudian, beliau turut serta berhijrah bersama Rasulullah ke Madinah.

Perkembangan Islam semasa pemerintahan Saidina Uthman

[sunting | sunting sumber]

Saidina Uthman menjadi khalifah selepas Saidina Umar Al-Khattab dibunuh pada tahun 644. Beliau memerintah selama dua belas tahun iaitu dari tahun 644 sehingga tahun 656. Semasa pemerintahannya, keseluruhan Iran, sebahagian daripada Afrika Utara, dan Cyprus menjadi sebahagian daripada empayar Islam. Adalah dikatakan bahawa Saidina Uthman melantik saudaranya sebagai pentadbir jajahan baru Islam. Enam tahun pertama pemerintahannya aman manakala enam tahun terakhir pula keadaan huru-hara. Beliau berjaya menyatukan mushaf al-Quran yang berbeza-beza kepada satu mushaf mengikut susunan mushaf yang dikumpulkan oleh Abu Bakar. Hingga hari ini, kita gunakan Mushaf Uthmani. seorang sahabat nabi dermawan. Semasa di Madinah membeli telaga air dari Yahudi dan mewaqafkan ianya untuk keperluan masyarakat islam.

Pandangan ahli Sunah mengenai Saidina Uthman

[sunting | sunting sumber]

Menurut pandangan ahli Sunah Waljamaah, beliau mengahwini dua orang puteri Rasulullah SAW dalam masa yang berbeza (beliau digelar zulnurain). Saidina Uthman R.Anhu salah seorang dijanjikan syurga. Saidina Uthman mengahwini puteri Rasulullah SAW bernama Ruqayyah, setelah Ruqayyah meninggal dunia, beliau mengahwini Ummu Kalthum. Selepas Ummu Kalthum meninggal dunia, beliau telah berkahwin sebanyak 7 kali dan isteri terakhirnya bernama Nailah Binti Furaifisha.

Pandangan mazhab Syiah mengenai Saidina Uthman

[sunting | sunting sumber]

Golongan Syiah percaya bahawa Saidina Ali Abi Talib yang sepatutnya menjadi khalifah memandangkan beliau ialah sepupu dan menantu Nabi Muhammad s.a.w.. Mereka percaya bahawa Saidina Uthman tamak dan mementingkan saudara sendiri dalam melantik pentadbir baru tanah yang dibuka Islam.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

pautan luar

[sunting | sunting sumber]
Didahului oleh
Umar Al-Khattab
Khalifah
Khulafa al-Rasyidin
(644656)
Diikuti oleh:
Ali bin Abi Talib
{{bottomLinkPreText}} {{bottomLinkText}}
Uthman bin Affan
Listen to this article

This browser is not supported by Wikiwand :(
Wikiwand requires a browser with modern capabilities in order to provide you with the best reading experience.
Please download and use one of the following browsers:

This article was just edited, click to reload
This article has been deleted on Wikipedia (Why?)

Back to homepage

Please click Add in the dialog above
Please click Allow in the top-left corner,
then click Install Now in the dialog
Please click Open in the download dialog,
then click Install
Please click the "Downloads" icon in the Safari toolbar, open the first download in the list,
then click Install
{{::$root.activation.text}}

Install Wikiwand

Install on Chrome Install on Firefox
Don't forget to rate us

Tell your friends about Wikiwand!

Gmail Facebook Twitter Link

Enjoying Wikiwand?

Tell your friends and spread the love:
Share on Gmail Share on Facebook Share on Twitter Share on Buffer

Our magic isn't perfect

You can help our automatic cover photo selection by reporting an unsuitable photo.

This photo is visually disturbing This photo is not a good choice

Thank you for helping!


Your input will affect cover photo selection, along with input from other users.

X

Get ready for Wikiwand 2.0 🎉! the new version arrives on September 1st! Don't want to wait?