For faster navigation, this Iframe is preloading the Wikiwand page for Salman Al-Farisi.

Salman Al-Farisi

Salman Al-Farisi (bahasa Arab: سلمان الفارسي Salman Farisi; bahasa Parsi: Salman e Farsi), adalah salah satu daripada Sahabat Nabi.

Sabda Rasulullah S.A.W.

"Apabila iman itu tergantung di bintang Suraya, nescaya ia akan dicapai oleh lelaki berbangsa Parsi."

Sebagai seorang sahabat akrab, Salman merupakan seorang tokoh yang paling menonjol serta sangat disayangi oleh Rasulullah s.a.w disebabkan kerana keberanian, keikhlasan serta sifat zuhudnya terhadap kesenangan dunia. Salman Al Farisi juga terkenal sebagai seorang Mukmin yang kuat beribadat, bersifat rendah diri dan tidak tertarik pada kemewahan dan kesenangan.

Kehidupannya

[sunting | sunting sumber]

Salman Al-Farisi asalnya seorang beragama Majusi yang kemudian memeluk agama Nasrani. Beliau telah pergi ke negeri Syam dan kemudian ke Yathrib atau Madinah untuk mencari kebenaran. Ketika mula masuk Islam, Salman menjadi hamba. Kemudiannya Rasulullah s.a.w telah menganjurkan sahabat agar dibebaskan.

Beliau terkenal kerana sifat takwa dan zuhudnya. Beliau pernah hidup serumah dengan Abu Darda' yang terkenal sebagai seorang ahli sufi.

Selanjutnya Salman Al-Farisi terkenal sebagai tokoh sahabat yang banyak meriwayatkan Hadith dari Rasulullah S.A.W kerana beliau adalah seorang sahabat yang banyak bergaul dengan baginda. Beliau telah hidup di zaman Rasulullah S.A.W sehinggalah sampai ke zaman pemerintahan khalifah Islam yang ketiga iaitu Sayyidina Uthman bin Affan.

Jasa dan Sumbangannya

[sunting | sunting sumber]

Beliau telah memainkan peranan yang penting ketika berlakunya Perang Khandaq. Ketika itu beliau telah mencadangkan supaya kaum Muslimin menggali parit di sekeliling kota Madinah yang sedang diancam oleh tentera Musyrikin Makkah serta kaum Yahudi yang khianat.

Atas cadangan Salman, tentera Islam berjaya bertahan dari dalam kota Madinah dan Abu Sufyan Al-Harb selaku ketua pihak Musyrikin ketika itu telah mengepung daerah pertahanan Madinah dengan anak buahnya selama sebulan terpaksa berundur setelah kehabisan bekalan selain daripada angin taufan dan pergolakan dalaman para tentera Musyrikin.

{{bottomLinkPreText}} {{bottomLinkText}}
Salman Al-Farisi
Listen to this article

This browser is not supported by Wikiwand :(
Wikiwand requires a browser with modern capabilities in order to provide you with the best reading experience.
Please download and use one of the following browsers:

This article was just edited, click to reload
This article has been deleted on Wikipedia (Why?)

Back to homepage

Please click Add in the dialog above
Please click Allow in the top-left corner,
then click Install Now in the dialog
Please click Open in the download dialog,
then click Install
Please click the "Downloads" icon in the Safari toolbar, open the first download in the list,
then click Install
{{::$root.activation.text}}

Install Wikiwand

Install on Chrome Install on Firefox
Don't forget to rate us

Tell your friends about Wikiwand!

Gmail Facebook Twitter Link

Enjoying Wikiwand?

Tell your friends and spread the love:
Share on Gmail Share on Facebook Share on Twitter Share on Buffer

Our magic isn't perfect

You can help our automatic cover photo selection by reporting an unsuitable photo.

This photo is visually disturbing This photo is not a good choice

Thank you for helping!


Your input will affect cover photo selection, along with input from other users.

X

Get ready for Wikiwand 2.0 🎉! the new version arrives on September 1st! Don't want to wait?