For faster navigation, this Iframe is preloading the Wikiwand page for Lembaga Pertubuhan Peladang.

Lembaga Pertubuhan Peladang

Lembaga Pertubuhan Peladang
لمباڬ ڤرتوبوهن ڤلادڠ
Logo LPP
Intisari agensi
Dibentuk14 Februari 1973; 51 tahun yang lalu (1973-02-14)
JenisKerajaan
Ibu pejabatMenara LPP, 20, Jalan Sultan Salahuddin, 50480 Kuala Lumpur
Kakitangan3,176 (2008)[1]
Menteri bertanggungjawab
Eksekutif Kerajaan
  • Dato' Wira Haji Mahfuz Omar, Pengerusi
  • Dato' Azulita Salim, Ketua Pengarah
Agensi induk
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan Malaysia
Dokumen penting
  • Akta 110 - Akta Lembaga Pertubuhan Peladang, 1973
Laman sesawang
www.lpp.gov.my

Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) adalah sebuah Badan Berkanun di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia.

Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) ditubuhkan pada 14 Februari 1973 melalui penggubalan Akta LPP 1973 (Akta 110), Akta Lembaga Pertubuhan Peladang[2]. Penubuhan LPP adalah bertujuan untuk memikul tanggungjawab membantu mempertingkat ekonomi dan sosial masyarakat tani di bawah satu badan yang berperanan khusus[3].

Akta 109, Akta Pertubuhan Peladang 1973[4] pula digubal khusus untuk menyusun semula persatuan-persatuan peladang dan koperasi yang berasaskan pertanian. Di bawah Akta ini, persatuan-persatuan peladang dimansuhkan dan didaftar semula sebagai pertubuhan peladang, manakala koperasi yang berasaskan pertanian menjadi unit ahli kepada PP. Pada masa ini terdapat 1531 buah koperasi berasaskan pertanian dan 119 persatuan peladang yang berkhidmat untuk masyarakat tani di luar bandar.

Senarai Pengerusi

[sunting | sunting sumber]

Senarai Ketua Pengarah

[sunting | sunting sumber]
  • Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid
  • Tuan Hj. Khairi bin Mohamad
  • Encik Abdullah bin Ujang
  • Dato' Khalid bin Husin
  • Encik Pahamin bin Rajab
  • Dato' Hj. A. Rahim bin Rahmat
  • Dato' Hj Nozir Ahmad bin Hussein
  • Dato' Haji Abd. Rahim bin Haji
  • Dato' Hajah Mariam Mas binti Yaacob
  • Dato' Arpan Shah bin Satu
  • Dato' Haji Mohd Salim bin Haji Taha
  • Tuan Haji Hamzah bin Haji Bahari
  • Dato' Azulita binti Salim

Tugas-tugas LPP

[sunting | sunting sumber]

Tugas-tugas LPP sepertimana yang terkandung didalam Seksyen 4 (1) dan 4 (3) Akta LPP 1973 (Akta 110) adalah seperti berikut:-

  1. Untuk menggalak, mempergiat,memudah dan mengusaha kemajuan ekonomi dan sosial Pertubuhan-pertubuhan peladang.
  2. Untuk mendaftar, mengawal dan menyelia Pertubuhan-pertubuhan Peladang dan mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya.
  3. Untuk mengawal dan menyelaras pelaksanaan aktiviti-aktiviti tersebut diatas dan;
  4. Memastikan supaya tugas-tugas itu dilaksanakan dengan cara yang akan memajukan dasar kerajaan khususnya dasar berhubung dengan penyusunan semula masyarakat.

Struktur Pergerakan Pertubuhan Peladang (PP) Tiga Peringkat

[sunting | sunting sumber]

Secara umum kewujudan struktur Pertubuhan Peladang (PP) tiga peringkat yang berasaskan undang-undang dan peraturan Persatuan Peladang diperuntukkan dalam Seksyen 3(1),(2),(3) dan Seksyen 18A, 18B dan 18C, Akta Pertubuhan Peladang (PP) 1973. Pertubuhan Peladang (PP) di peringkat kawasan dipanggil Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK), di peringkat negeri dipanggil Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) dan di peringkat nasional dipanggil Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS).

Agensi-agensi/badan berkaitan Pertubuhan Peladang

[sunting | sunting sumber]

Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK)

[sunting | sunting sumber]

Tarikh 6 Ogos setiap tahun telah diisytiharkan sebagai Hari Peladang oleh Allahyarham Tun Abdul Razak. Perayaan Hari Peladang kali pertama diadakan pada 6 Ogos 1975 bertempat di perkarangan Bangunan Parlimen dengan bertemakan "Perpaduan Peladang – Peladang Penting kepada Kestabilan Negara".

Kata-kata Hikmat

[sunting | sunting sumber]

"LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG adalah PAYUNG kepada PELADANG" - Allahyarham Tun Abdul Razak 19 November 1973.

Peristiwa Penting

[sunting | sunting sumber]
  • 26 Februari 1968 - Persatuan Peladang Mukim Kampung Buaia, Lubuk Merbau, Padang Rengas, Perak (Persatuan Peladang Kawasan yang pertama)
  • 7 Julai 1971 - Persatuan Peladang Negeri Johor ditubuhkan (Persatuan Peladang Negeri yang pertama)
  • 24 Mac 1972 - Persatuan Peladang Kebangsaan atau NAFAS telah dilancarkan
  • 6 Ogos 1972 - Gerakan Pembaharuan bersempena Pembukaan Pesta Pembangunan Negeri Terengganu telah dilancarkan
  • 14 Februari 1973 - Penubuhan LPP
  • 13 Ogos 1973 - Pelancaran LPP
  • 19 November 1973 - Mesyuarat Pihak Berkuasa Lembaga Pertubuhan Peladang dan Majlis Penasihat Peladang yang Pertama
  • 22 Jun 1974 - Persidangan Majlis Perwakilan Persatuan Peladang Kebangsaan (NAFAS)
  • 20 Disember 1974 - Rancangan Buku Hijau @ Gerakan Bumijaya telah dilancarkan
  • 25 Februari 1975 - Pembukaan Rasmi Pusat Kemajuan Peladang Machang, Kelantan
  • 6 Ogos 1975 - Perayaan Hari Peladang Kebangsaan yang Pertama
  • 8 Mac 1976 - Pelancaran Penubuhan PPK Repek/Telong, Bachok, Kelantan
  • 26 Mac 1976 - Penubuhan KNB~LPP
  • 2 Jun 1979 - Perasmian PPK Lembah Pergau/Kuala Balah, Kuala Krai,Kelantan
  • 29 Jun 1981 - Perasmian Pejabat Kemajuan Peladang (PKP) Ulu Kusial, Kelantan
  • 1983 - Penubuhan LPP Wilayah Persekutuan Labuan
  • 25 Februari 1991 - Perasmian Kompleks LPP Negeri Johor
  • 18 Mei 1992 - Perasmian Pejabat PPK Gombak/Petaling,Selangor
  • 3 Februari 1993 - Penubuhan LPP Negeri Sabah
  • 3 Mac 1994 - Permodalan Peladang Berhad (PPB) diperbadankan
  • 22 Jun 1995 - Mesyuarat Agung Tahunan Permodalan Peladang Berhad yang Pertama
  • 26 Jun 1995 - Perasmian Peladang Inn Tioman, Pulau Tioman, Pahang
  • 13 Disember 1995 - Peladang HeiTech Sdn. Bhd diperbadankan
  • 18 April 1996 - Perasmian Bangunan Pejabat LPP Negeri Perak
  • 23 Mei 1996 - Yayasan Pelajaran Peladang ditubuhkan
  • 6 Disember 1998 - Perasmian Bangunan Institut Pengurusan Peladang (IPP) Langkawi, Kedah
  • 29 November 2002 - Kelab Usahawan Tani (KUAT) ditubuhkan
  • 23 Januari 2006 - Logo Baru LPP dilancarkan

Nota dan rujukan

[sunting | sunting sumber]

Pautan Luar

[sunting | sunting sumber]
{{bottomLinkPreText}} {{bottomLinkText}}
Lembaga Pertubuhan Peladang
Listen to this article

This browser is not supported by Wikiwand :(
Wikiwand requires a browser with modern capabilities in order to provide you with the best reading experience.
Please download and use one of the following browsers:

This article was just edited, click to reload
This article has been deleted on Wikipedia (Why?)

Back to homepage

Please click Add in the dialog above
Please click Allow in the top-left corner,
then click Install Now in the dialog
Please click Open in the download dialog,
then click Install
Please click the "Downloads" icon in the Safari toolbar, open the first download in the list,
then click Install
{{::$root.activation.text}}

Install Wikiwand

Install on Chrome Install on Firefox
Don't forget to rate us

Tell your friends about Wikiwand!

Gmail Facebook Twitter Link

Enjoying Wikiwand?

Tell your friends and spread the love:
Share on Gmail Share on Facebook Share on Twitter Share on Buffer

Our magic isn't perfect

You can help our automatic cover photo selection by reporting an unsuitable photo.

This photo is visually disturbing This photo is not a good choice

Thank you for helping!


Your input will affect cover photo selection, along with input from other users.

X

Get ready for Wikiwand 2.0 ๐ŸŽ‰! the new version arrives on September 1st! Don't want to wait?