For faster navigation, this Iframe is preloading the Wikiwand page for Tengku Ahmad Rithauddeen Ismail.

Tengku Ahmad Rithauddeen Ismail


Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail

PMN; SSAP (Pahang); SPMP (Perlis); PMK (Kelantan)
Kelahiran(1928-01-24)24 Januari 1928
Meninggal dunia29 April 2022(2022-04-29) (umur 94)
Kuala Lumpur, Malaysia
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur
WarganegaraMalaysia
Pusat pendidikanUniversiti Nottingham
Pejabat Menteri Perdagangan dan Industri
PendahuluMahathir Mohamad
PenggantiTengku Razaleigh Hamzah
Parti politikUMNO
IbuAlmarhumah Tengku Hajjah Zubaidah binti Almarhum Tengku Haji Abdul Kadir Kamaruddin Shah
BapaAlmarhum Tengku Mek Haji Ismail bin Almarhum Tengku Sulang Haji Abdul Putra
Hubungan

Tengku Sri Mara Raja Tengku Tan Sri Ahmad Rithauddeen bin Tengku Mek Haji Ismail (24 Januari 1928 – 29 April 2022) ialah seorang ahli politik Malaysia berketurunan Melayu yang pernah memegang jawatan pengerusi Lembaga Disiplin UMNO. Beliau pernah memegang jawatan Menteri Pertahanan dan Menteri Luar Negeri. Beliau merupakan Ahli Parlimen Kota Bharu selama lima penggal sebelum tewas pada Pilihan Raya Umum 1990 kepada calon Semangat 46.[1] Beliau merupakan kerabat diraja Kelantan dan cucu kepada Sultan Patani terakhir, Sultan Abdul Kadir Kamarudin Syah. Setelah diturunkan takhta oleh Siam, Sultan Patani dibuang negeri ke Kelantan dan berkahwin dengan Tengku Kembang Petri Binti Sultan Ahmad.

Kronologi

[sunting | sunting sumber]
  • 1932, 24 Januari: Dilahirkan di Kelantan.
  • Tarikh tidak pasti : Menyertai Sekolah Rendah Melayu di Kuala Krai, Kelantan.
  • 1945 (umur 13): Menyertai Sekolah Inggeris Ismail (IES) yang sekarang dikenali sebagai Maktab Sultan Ismail (MSI) atau Sultan Ismail College (SIC) di Kota Bharu, Kelantan.
  • 1946 - 1950 (umur 14-18): Menyertai Penang Free School di Pulau Pinang.
  • 1954 (umur 22): Memperoleh ijazah undang-undang daripada Universiti Nottingham, United Kingdom.
  • 1956 (umur 24):
    • Memperoleh ijazah Barrister-at-Law daripada Lincoln's Inn, London.
    • Menjadi majistret di Ipoh, Perak (1956 - 1958).
  • 1958 (umur 26): Menjadi Presiden Mahkamah Tengah (kini Mahkamah Sesyen) di Muar, Johor.
  • 1960 (umur 28): Menjadi Peguam Persekutuan Timbalan Pendakwa Raya (DPP) di Kuala Lumpur.
  • 1962 (umur 30): Menjadi Peguam Persekutuan Kanan Penasihat Undang-undang Negeri Kelatan.
  • 1965 (umur 33): Meletakkan jawatan perkhidmatan awam untuk menyertai sektor swasta.
  • 2022 (umur 94): Meninggal dunia akibat sakit tua di Kuala Lumpur pada 29 April. Dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

Kerjaya politik

[sunting | sunting sumber]
  • 1965, Mei (umur 33): Menjadi Ahli Parlimen Kota Bharu, Kelantan sehingga 1990.
  • 1970 (umur 38): Menjadi Timbalan Menteri Pertahanan.
  • 1972 (umur 40): Menjadi anggota Majlis Agung UMNO.
  • 1973 (umur 41): Menjadi Menteri Tugas Khas dalam Jabatan Perdana Menteri.
  • 1974, 5 September (umur 42): Menjadi Menteri Penerangan dan Tugas Khas.
  • 1975, 13 Ogos (umur 43): Menjadi Menteri Luar Negeri sehingga 16 Julai 1981.
  • 1976, Februari (umur 44): Menerima anugerah Seri Paduka Mahkota Perlis (S.P.M.P.), dengan gelaran "Datuk".
  • 1981 (umur 49):
    • Menjadi Menteri Perdagangan dan Industri.
    • Menjadi Naib Presiden UMNO.
  • 1982 (umur 50): Menerima Anugerah Kelas Kedua Wisyah Al-Malek Abdul Aziz daripada Raja Khalid dari Arab Saudi.
  • 1984, 17 Julai (umur 52): Menjadi Menteri Hal-ehwal Luar Negeri sehingga 10 Ogos 1986.
  • 1987 (umur 55):
    • 20 Mei: Menjadi Menteri Pertahanan sehingga Oktober 1990.
    • Dipilih sebagai anggota Majlis Agung UMNO (Baru) dengan memperoleh undi yang keempat terbanyak.
  • 1989 (umur 57):
    • Menjadi pengerusi bersama Pihak Berkuasa Bersama Malaysia-Thailand dengan Kasem Samosom Kasemsri, bekas Timbalan Menteri Thailand.
    • Menjadi naib presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
  • 1990 (umur 58): Menjadi Ketua Bahagian UMNO Kota Bharu, Kelantan sehingga September 1993.
  • 1991 (umur 59):
    • April: Menjadi pengerusi Jawatankuasa Separa Profesional FAM.
    • 5 Jun: Menerima anugerah Panglima Mangku Negara (P.M.N.) daripada Yang di-Pertuan Agong, dengan gelaran "Tan Sri".
  • 1992 (umur 60): Menjadi Pro-Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
  • 1993 (umur 61):
    • 11 September: Meletakkan jawatannya sebagai Ketua Bahagian UMNO Kota Bharu, Kelantan.
    • September: Menerima Pingat Penghargaan Perdana Menteri daripada Lembaga Pertubuhan Peladang (FAO).
    • Menjadi Penashihat Kehormat Sepanjang Hayat kepada Bahagian UMNO Kota Bharu, Kelantan.
  • 1999 (umur 67):
    • Ogos: Menjadi anggota Majlis Perundingan Ekonomi Negara Kedua (MAPEN II).
    • Menjadi penasihat kepada KPMG-Peat Marwick.
    • Menjadi Penasihat Undang-undang kepada Lee & Kee Securities.
    • Menjadi Penasihat Kehormat kepada Old Frees Association (OFA) sehingga 2001.
  • 2001 (umur 69):
    • Januari: Menjadi pengerusi Lembaga Disiplin UMNO.
    • 1 April: Menjadi Pro-Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sehingga 2004.
  • 2004 (umur 72): Menjadi pengerusi Yayasan Tuanku Syed Sirajuddin.
  • 2005, 16 September (umur 73): Menerima Anugerah Duta Keamanan pada Hari Keamanan Dunia.

Meninggal dunia

[sunting | sunting sumber]

Beliau meninggal dunia pada 29 April 2022 di kediamannya di Jalan Duta, Kuala Lumpur pada usia 94 tahun.[2] Jenazahnya telah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur.[3]

Anugerah dan penghargaan

[sunting | sunting sumber]
  •  Malaysia :
    • Panglima Mangku Negara (PMN) – Tan Sri (1991)
  •  Kelantan :
    • Gelaran Kebesaran Negeri Kerabat Bergelar - Tengku Sri Mara Raja (1966)
    • Paduka Mahkota Kelantan (Al-Muhammadi III) (PMK)
  •  Perlis :
    • Darjah Seri Paduka Mahkota Perlis (SPMP) – Dato' Seri (1976)[4]
  •  Pahang :
    • Sri Sultan Ahmad Shah (SSAP) – Dato' Sri (1981)[5]
  1. ^ Bukan mahu popular Kosmo!
  2. ^ "Tengku Ahmad Rithauddeen meninggal dunia". Berita Harian. 30 April 2022. Dicapai pada 1 Mei 2022.
  3. ^ "Allahyarham Ku Deen selamat disemadikan". Utusan Malaysia. 30 April 2022. Dicapai pada 1 Mei 2022.
  4. ^ "Senarai Dato-Dato Perlis". perlisroyalty.perlis.gov.my. Dicapai pada 15 March 2021.
  5. ^ "Trengganu Ruler tops awards list". New Straits Times. 24 October 1981. m/s. 4.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat ((tunas)) ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.

{{bottomLinkPreText}} {{bottomLinkText}}
Tengku Ahmad Rithauddeen Ismail
Listen to this article

This browser is not supported by Wikiwand :(
Wikiwand requires a browser with modern capabilities in order to provide you with the best reading experience.
Please download and use one of the following browsers:

This article was just edited, click to reload
This article has been deleted on Wikipedia (Why?)

Back to homepage

Please click Add in the dialog above
Please click Allow in the top-left corner,
then click Install Now in the dialog
Please click Open in the download dialog,
then click Install
Please click the "Downloads" icon in the Safari toolbar, open the first download in the list,
then click Install
{{::$root.activation.text}}

Install Wikiwand

Install on Chrome Install on Firefox
Don't forget to rate us

Tell your friends about Wikiwand!

Gmail Facebook Twitter Link

Enjoying Wikiwand?

Tell your friends and spread the love:
Share on Gmail Share on Facebook Share on Twitter Share on Buffer

Our magic isn't perfect

You can help our automatic cover photo selection by reporting an unsuitable photo.

This photo is visually disturbing This photo is not a good choice

Thank you for helping!


Your input will affect cover photo selection, along with input from other users.

X

Get ready for Wikiwand 2.0 🎉! the new version arrives on September 1st! Don't want to wait?