Bukan logam
Bukan logam adalah siri unsur kimia yang bersifat elektronegatif, iaitu lebih cenderung untuk menarik elektron valens dari atom lain daripada melepaskannya. Yang termasuk dalam unsur bukan logam ialah halogen, gas adi, dan 7 unsur berikut: hidrogen (H), karbon (C), nitrogen (N), oksigen (O), fosforus (P), sulfur (S), dan selenium (Se).
Sebagian besar unsur bukan logam ditemui pada bahagian atas jadual berkala, kecuali hidrogen yang terletak pada bahagian kiri atas bersama logam alkali. Tidak seperti logam yang merupakan pengalir elektrik, unsur bukan logam biasanya bersifat penebat atau separa pengalir. Unsur bukan logam dapat membentuk ikatan ion dengan menarik elektron dari logam, atau membuat ikatan kovalen dengan atom bukan logam yang lain. Satu lagi ciri ialah unsur bukan logam yang teroksida adalah asid.
Walaupun hanya terdiri dari 12 unsur, dibandingkan dengan lebih dari 80 lebih jenis logam, unsur bukan logam merupakan sebahagian besar isi bumi, terutama lapisan luarnya. Makhluk hidup mengandungi hampir kesemunya dari unsur bukan logam. Kebanyakan bukan logam berbentuk diatom (hidrogen, nitrogen, oksigen, fluorin, klorin, bromin, dan iodin) mana kala yang lain lebih kepada poliatom.
Susun atur | Piawai • Menegak • Nama penuh • Nama dan jisim atom • Logam dan bukan logam • Blok • Valens • Tatarajah elektron • Jisim atom • Keelektronegatifan • Alternatif |
---|---|
Senarai unsur | |
Kumpulan | |
Kala: | |
Siri | Alkali • Logam alkali bumi • Lantanid • Aktinid • Logam peralihan • Logam lemah • Metaloid • Bukan logam • Halogen • Gas adi |
Blok |
Text is available under the CC BY-SA 4.0 license; additional terms may apply.
Images, videos and audio are available under their respective licenses.