For faster navigation, this Iframe is preloading the Wikiwand page for Ahmad Razif Abd Rahman.

Ahmad Razif Abd Rahman

Dato' Seri

Ahmad Razif Abdul Rahman

SSMZ (Terengganu)
Anggota Dewan Undangan Negeri Terengganu
untuk N11 Seberang Takir
Dalam jawatan
9 Mac 2008 – 30 Jun 2023
Didahului oleh Mohd Shapian Ali
Digantikan oleh Khazan Che Mat
Majoriti1,884 (PRU-14)
1,510 (PRU-13)
2,430 (PRU-12)
Menteri Besar Terengganu
Dalam jawatan
13 Mei 2013 – 10 Mei 2018
RajaSultan Mizan Zainal Abidin
Didahului oleh Ahmad Said
Digantikan oleh Ahmad Samsuri Mokhtar
Butiran peribadi
Lahir (1965-11-07) 7 November 1965 (umur 58)
Terengganu Seberang Takir, Kuala Nerus, Terengganu
Parti politik Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
PasanganTo' Puan Seri Hajah Halina Zakaria
Anak-anak4
PekerjaanAhli politik
ProfesionGuru
Laman web rasmihttp://ybrazif.blogspot.com/

Dato' Seri Ahmad Razif bin Abdul Rahman (lahir 17 November 1965) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau merupakan mantan Menteri Besar Terengganu (2014-2018) dan mantan ADUN Seberang Takir selama tiga penggal (2008-2023).

Pilihan Raya Umum ke-13

[sunting | sunting sumber]

Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman berjaya mengekalkan kerusi yang disandang di DUN Seberang Takir selepas menang dengan mendapat 9,340 undi mengalahkan calon PAS, Mohd Fazil Wahab (7,456 undi) dan calon PKR, Abu Bakar Abdullah (939 undi).

Menteri Besar Terengganu ke-14

[sunting | sunting sumber]

Pelantikan Ahmad Razif telah diperkenan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Terengganu, Al-Wathiqu Billah, Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah. Beliau mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu di hadapan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin  di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu pada 9.18 malam, 13 Mei 2013.

Pelantikan itu adalah selaras dengan Syarat (1) Perkara 10 Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu yang dibaca bersama-sama perenggan (a) di bawah Syarat (2) Perkara 14.

Krisis Politik Terengganu 2013

[sunting | sunting sumber]

Pada awal perlantikan beliau berlaku krisis politik Terengganu di mana ia berlaku apabila 3 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Barisan Nasional bertindak keluar UMNO dan menjadi ADUN Bebas dan antara yang keluar sementara menjadi ADUN Bebas ialah ADUN Bukit Besi, ADUN Ajil dan ADUN Kijal. Keadaan tersebut menyebabkan Kerajaan Barisan Nasional Terengganu hampir-hampir tumbang.

Darjah Kebesaran

[sunting | sunting sumber]

Beliau menerima Darjah Seri Setia Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu (S.S.M.Z) yang membawa gelaran Dato’ Seri sempena sambutan Ulang Tahun Ke-53 Hari Keputeraan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin pada 27 April 2014 dan telah ditarik balik gelaran tersebut pada 22 April 2016.[1]

Pada 8 Disember 2016, beliau telah dikurniakan kembali Darjah Seri Setia Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu (S.S.M.Z) yang membawa gelaran Dato’ Seri setelah Tuanku Mizan mengampuni perkenan mengurniakan semula darjah kebesaran tersebut.[2]

Transformasi Terengganu Baharu

[sunting | sunting sumber]

Selepas lebih sebulan memikul tanggungjawab sebagai Menteri Besar, Ahmad Razif Abdul Rahman memperkenalkan konsep Transformasi Terengganu Baharu sebagai satu pendekatan kepemimpinannya dalam urus tadbir negeri[3]. TTB mempunyai lapan (8) prinsip.[4]

Logo rasmi Transformasi Terengganu Baharu
  1. Inklusif (suara rakyat, suara keramat),
  2. Masjid dan surau sebagai sumber penyatuan
  3. keluarga bahagia, rakyat sejahtera;
  4. Integriti bersih dalaman dan luaran,
  5. Mesra tapi tegas,
  6. Disiplin kerja yang tinggi
  7. Seruan perpaduan
  8. Memperkasa pendidikan

Keputusan pilihan raya

[sunting | sunting sumber]
Dewan Undangan Negeri Terengganu: N11 Seberang Takir[5]
Tahun Undi Pts Pembangkang Undi Pts Buang Undi Majoriti Keluar
2008 Ahmad Razif Abdul Rahman (UMNO) 6,440 61.24% Muzafeq Assyulzaifuzan Muhammad (PKR) 4,010 38.13% 10,718 2,430 84.06%
2013 Ahmad Razif Abdul Rahman (UMNO) 7,731 54.84% Zakaria Dagang (PAS) 6,221 44.13% 14,302 1,510 88.22%
Ahmad Nazri Mohd Yusoff (IND) 73 0.52%
2018 Ahmad Razif Abdul Rahman (UMNO) 9,340 45.30% Mohd Fazil Wahab (PAS) 7,456 36.20% 17,996 1,884 87.30%
Abu Bakar Abdullah (PKR) 939 4.60%


  1. ^ "Ahmad Razif ketuai senarai penerima bintang, darjah kebesaran". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-07-19. Dicapai pada 2015-04-28.
  2. ^ Ahmad Razif mengucapkan rasa syukur Diarkibkan 2016-12-09 di Wayback Machine Utusan Online, dicapai pada 8 Disember 2016
  3. ^ "Transformasi Terengganu Baharu". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-06-30. Dicapai pada 2015-03-26.
  4. ^ "Tiga Bidang Ditekankan Dalam Transformasi Terengganu Baharu – Ahmad Razif". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-04-22. Dicapai pada 2015-04-28.
  5. ^ "N11: Seberang Takir". Utusan. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-02-12. Dicapai pada 25 October 2014.
Penyandang Terdahulu Menteri Besar Terengganu
2013 – 2018
Penyandang Kemudian
Ahmad Said Ahmad Samsuri Mokhtar
{{bottomLinkPreText}} {{bottomLinkText}}
Ahmad Razif Abd Rahman
Listen to this article

This browser is not supported by Wikiwand :(
Wikiwand requires a browser with modern capabilities in order to provide you with the best reading experience.
Please download and use one of the following browsers:

This article was just edited, click to reload
This article has been deleted on Wikipedia (Why?)

Back to homepage

Please click Add in the dialog above
Please click Allow in the top-left corner,
then click Install Now in the dialog
Please click Open in the download dialog,
then click Install
Please click the "Downloads" icon in the Safari toolbar, open the first download in the list,
then click Install
{{::$root.activation.text}}

Install Wikiwand

Install on Chrome Install on Firefox
Don't forget to rate us

Tell your friends about Wikiwand!

Gmail Facebook Twitter Link

Enjoying Wikiwand?

Tell your friends and spread the love:
Share on Gmail Share on Facebook Share on Twitter Share on Buffer

Our magic isn't perfect

You can help our automatic cover photo selection by reporting an unsuitable photo.

This photo is visually disturbing This photo is not a good choice

Thank you for helping!


Your input will affect cover photo selection, along with input from other users.

X

Get ready for Wikiwand 2.0 🎉! the new version arrives on September 1st! Don't want to wait?