For faster navigation, this Iframe is preloading the Wikiwand page for Ungka tangan putih.

Ungka tangan putih

Ungka tangan putih
CITES Appendix I (CITES)[2]
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Hylobatidae
Genus:
Hylobates
Spesies:
Hylobates lar
Nama binomial
Hylobates lar
(Linnaeus, 1771)
Peta taburan spesies

Ungka tangan putih (nama saintifik: Hylobates lar)[3][4] merupakan spesies ungka yang tinggal di barat daya China dan Myanmar timur ke Thailand serta di barat laut Sumatera dan di seluruh Semenanjung Melayu.[5]

Ia ditemukan di hutan hujan. Ia hinggap di pokok dan jarang turun ke tanah, tetapi menggunakan lengan yang panjangnya untuk berayun dari satu batang pokok ke satu batang pokok yang lain.

Subspesies

[sunting | sunting sumber]

Terdapatnya lima subspesies:

  • Hylobates lar lar
  • Hylobates lar vestitus
  • Hylobates lar entelloides
  • Hylobates lar carpenteri
  • Hylobates lar yunnanensis

Ciri-ciri

[sunting | sunting sumber]

Beratnya Ungka Tangan Putih antara 4.5 hingga 6 kilogram. Warna kulit Ungka Tangan Putih berbeza-beza dari warna hitam dan coklat tua ke warna coklat muda. Walau bagaimanapun, mereka sentiasa mempunyai gegelung bulu putih pada sekeliling mukanya yang hitam. Tangan dan kakinya juga berwarna putih. Kedua-dua ungka jantan dan betina mempunyai kesemua kelainan warna dan saiznya juga tidak banyak berbeza. Serupa dengan ungka yang lain, ungka ini mempunyai tangan yang panjang tetapi tidak berekor.

Ungka tangan putih aktif pada waktu siang.

Pemakanan

[sunting | sunting sumber]

Makanan utamanya terdiri daripada buah-buahan yang masak sahaja, walaupun mereka kekadangnya juga makan daun muda, tunas dan serangga.

Pembiakan

[sunting | sunting sumber]

Ungka ini mengamalkan monogami dan mengawan seumur hidup tanpa musim yang tertentu. Kumpulan-kumpulan keluarga tinggal di kawasan-kawasan tertentu sepanjang hidupnya dan melindungi kawasannya dengan teriakan duet (yakni ungka jantan bersama dengan ungka betina) untuk mencegah ungka lain daripada memasuki kawasan mereka.

Tempoh kebuntingan ungka betina ialah tujuh bulan dan biasanya, mereka melahirkan satu anak setiap dua tahun. Walaupun penjagaan anak ungka adalah tanggungjawab ibunya, bapa dan saudara kandung yang lebih tua juga membantu. Anak ungka disusui selama kira-kira dua tahun dan menjadi matang pada sekitar lapan tahun. Walaupun mereka kemungkinan boleh berdikari pada umur yang lebih awal, mereka tidak meninggalkan kumpulan keluarganya sehingga mereka mencapai kematangan seks. Ungka ini boleh hidup selama 25 tahun di hutan belantara.

Status pemuliharaan

[sunting | sunting sumber]

Ungka ini diancam dalam pelbagai cara: adakalanya mereka diburu untuk dagingnya dan ada juga, ungka dewasa dibunuh untuk menangkap anak-anaknya bagi menjadikan binatang kesayangan. Walau bagaimanapun, kehilangan habitat merupakan bahaya yang terbesar. Dengan pantasnya, hutan-hutan Asia Tenggara telah dibasmi untuk menjadikan ladang dan petempatan manusia. Walaupun terdapat taman-taman negara dan kawasan-kawasan perlindungan, tempat-tempat itu sering tidak diawasi dengan baik dan undang-undang perlindungan yang tersedia jarang dikuatkuasakan.

Spesies ini haiwan yang dilindungi di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 yang memerlukan lesen pemburuan.[3]

  1. ^ Brockelman, W.; Geissmann, T. (2020). "Hylobates lar". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2020: e.T10548A17967253. doi:10.2305/IUCN.UK.2020-2.RLTS.T10548A17967253.en. Dicapai pada 26 Julai 2024.
  2. ^ "Appendices". CITES. Dicapai pada 26 Julai 2024.
  3. ^ a b Akta 716 Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (PDF). Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Dan Taman Negara Semenanjung Malaysia. 2010. m/s. 150.
  4. ^ Schlitter, D.A. (2005). Wilson, D.E.; Reeder, D.M. (penyunting). Mammal Species of the World (ed. ke-4). Baltimore, Maryland, Amerika Syarikat: Johns Hopkins University Press. m/s. 179–180. ISBN 978-0-8018-8221-0.
  5. ^ Brandon-Jones, D.; Eudey, A. A.; Geissmann, T; Groves, C. P.; Melnick, D. J.; Morales, JC; Shekelle, M; Stewart, CB (2004). "Asian primate classification". Int J Primatol. 25: 97–164. doi:10.1023/B:IJOP.0000014647.18720.32. S2CID 29045930.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
{{bottomLinkPreText}} {{bottomLinkText}}
Ungka tangan putih
Listen to this article

This browser is not supported by Wikiwand :(
Wikiwand requires a browser with modern capabilities in order to provide you with the best reading experience.
Please download and use one of the following browsers:

This article was just edited, click to reload
This article has been deleted on Wikipedia (Why?)

Back to homepage

Please click Add in the dialog above
Please click Allow in the top-left corner,
then click Install Now in the dialog
Please click Open in the download dialog,
then click Install
Please click the "Downloads" icon in the Safari toolbar, open the first download in the list,
then click Install
{{::$root.activation.text}}

Install Wikiwand

Install on Chrome Install on Firefox
Don't forget to rate us

Tell your friends about Wikiwand!

Gmail Facebook Twitter Link

Enjoying Wikiwand?

Tell your friends and spread the love:
Share on Gmail Share on Facebook Share on Twitter Share on Buffer

Our magic isn't perfect

You can help our automatic cover photo selection by reporting an unsuitable photo.

This photo is visually disturbing This photo is not a good choice

Thank you for helping!


Your input will affect cover photo selection, along with input from other users.

X

Get ready for Wikiwand 2.0 🎉! the new version arrives on September 1st! Don't want to wait?