For faster navigation, this Iframe is preloading the Wikiwand page for Tuak.

Tuak

Tuak
Litografi pedagang keliling tuak nira dan prajurit pribumi di Hindia Belanda (kini Indonesia) karya Auguste van Pers (1854).
JenisMinuman beralkohol
Negara asalNusantara (merangkumi Indonesia dan Malaysia)

Tuak (Jawi: تواق) merujuk kepada sejenis minuman beralkohol tradisi yang popular dalam kalangan masyarakat asli atau "bumiputera" kawasan Nusantara dari Indonesia dan Malaysia. Minuman ini pada asasnya hasil pemeraman bahan tertentu tergantung kepada perolehan suku kaum yang menghasilkannya.

Bagi masyarakat Kelantan dan Terengganu pula, perkataan tuak merujuk kepada nira iaitu minuman yang dihasilkan daripada mayang kelapa yang kandungan gulanya belum bertukar kepada alkohol.

Di Malaysia terdapat tiga jenis tuak yang diketahui, iaitu tuak beras, tuak kelapa dan tuak nipah.

Jenis tuak

[sunting | sunting sumber]

Tuak beras

[sunting | sunting sumber]

Tuak beras lazim minuman masyarakat kaum Iban dan Dayak di Sarawak dan Kalimantan sejak masa dahulu. Biasanya Tuak diperbuat daripada sejenis beras khas iaitu beras pulut. Beras tersebut akan direndam bersama air dan ragi dalam suatu tempayan. Proses "tajau" ini akan mengambil masa sekurang-kurangnya dua minggu sebelum ia boleh diminum dan beras tersebut juga akan menjadi sejenis makanan dipanggil "nasi tapai". Namun pada masa kini proses pembuatan tuak berlainan sedikit iaitu selain dibuat menggunakan beras pulut, ia juga dicampur dengan gula pasir supaya rasanya manis.

Biasanya tuak akan dihidangkan pada perayaan tertentu seperti perayaan Gawai Dayak, Gawai Hantu, Gawai Burung dan sebagainya.[1][2] Selain daripada masyarakat Iban, terdapat juga masyarakat lain seperti Bidayuh, Orang Ulu juga membuat tuak dengan cara mereka sendiri. Tuak juga boleh membawa kesan yang mudarat seperti mabuk, khayal, muntah sekiranya diminum berlebihan.

Tuak nipah/nira/kelapa

[sunting | sunting sumber]

Tuak nipah, tuak nira atau tuak kelapa) merupakan sejenis minuman kaum asli. Biasanya tuak ini dihasilkan dengan menyadap mayang pohon kelapa, enau atau nipah.[3] Mayang ini sekiranya dibiarkan akan menjadi buah. Ia akan dipotong dan air manis yang menitik dari tandan yang dipotong itu akan dikumpulkan dalam bekas, biasanya bekas buluh. Air ini dikenali sebagai air nira yang boleh diminum tanpa kandungan alkohol. Selepas itu air ini akan diperam sehingga kandungan gula di dalamnya bertukar menjadi alkohol melalui proses proses penapaian selama beberapa hari.[3] Tuak kelapa/nipah ini akan diminum selepas beberapa hari. Begitulah proses pembuatannya.

Biasanya tuak jenis ini akan dihidangkan pada perayaan tertentu seperti pesta atau majlis perkahwinan dan sebagainya. Sekiranya tuak kelapa/nipah ini dibiarkan terlalu lama, ia akan menjadi masam dan lama-kelamaan bertukar menjadi cuka secara semulajadi tanpa perlu mencampurkan bahan asing.

  1. ^ Nyambar, Nickyson (24 Mei 2019). "Ai Pengayu atau Tuak kewajipan pada Hari Gawai". Astro Awani. Dicapai pada 17 Mei 2023.
  2. ^ Choo, Eris (Jun 2018). "The rites and rituals of Hari Gawai". Going Places. Malaysia Airlines.
  3. ^ a b Law, S. V. (2011). "Popular fermented foods and beverages in Southeast Asia" (PDF). International Food Research Journal (18). Dicapai pada 20 Jan 2012.
{{bottomLinkPreText}} {{bottomLinkText}}
Tuak
Listen to this article

This browser is not supported by Wikiwand :(
Wikiwand requires a browser with modern capabilities in order to provide you with the best reading experience.
Please download and use one of the following browsers:

This article was just edited, click to reload
This article has been deleted on Wikipedia (Why?)

Back to homepage

Please click Add in the dialog above
Please click Allow in the top-left corner,
then click Install Now in the dialog
Please click Open in the download dialog,
then click Install
Please click the "Downloads" icon in the Safari toolbar, open the first download in the list,
then click Install
{{::$root.activation.text}}

Install Wikiwand

Install on Chrome Install on Firefox
Don't forget to rate us

Tell your friends about Wikiwand!

Gmail Facebook Twitter Link

Enjoying Wikiwand?

Tell your friends and spread the love:
Share on Gmail Share on Facebook Share on Twitter Share on Buffer

Our magic isn't perfect

You can help our automatic cover photo selection by reporting an unsuitable photo.

This photo is visually disturbing This photo is not a good choice

Thank you for helping!


Your input will affect cover photo selection, along with input from other users.

X

Get ready for Wikiwand 2.0 🎉! the new version arrives on September 1st! Don't want to wait?