For faster navigation, this Iframe is preloading the Wikiwand page for Terauchi Hisaichi.

Terauchi Hisaichi

Marsyal Jeneral
Count Terauchi Hisaichi
Jeneral Count Terauchi Hisaichi pada 1938
KelahiranAugust 8, 1879
Wilayah Yamaguchi, Empayar Jepun
Meninggal dunia12 Jun 1946(1946-06-12) (umur 66)
Renggam, Johor Bahru, Tanah Melayu British
KesetiaanEmpayar Jepun
Perkhidmatan Tentera Darat Imperial Jepun
Tahun perkhidmatan1900–1945
Pangkat Fil Marsyal
ArahanDivisyen Ke-5
Division Ke-4
Tentera Darat Taiwan Jepun
Tentera Darat Kawasan China Utara
Kumpulan Tentera Darat Ekspedisi Selatan
PertempuranPerang Jepun-Rusia
Perang China-Jepun Kedua
Perang Dunia II
AnugerahOrder of the Rising Sun (Kelas 1)

Count Hisaichi Terauchi (寺内 寿一, Terauchi Hisaichi, 8 Ogos 1879 – 12 Jun 1946) ialah seorang Gensui (atau Fil Marsyal) dalam Tentera Darat Imperial Jepun dan Panglima Kumpulan Tentera Darat Ekspedisi Selatan semasa Perang Dunia II.

Terauchi selaku Leftenan Jeneral pada Oktober 1935
Terauchi (kanan) bersama Jeneral Shunroku Hata meraikan kemenangan Jepun di Xuzhou, 1938
Terauchi (kiri) bersama Jeneral Hata pada 1938

Hisaichi Terauchi telah dilahirkan di wilayah Yamaguchi dan merupakan anak sulung bekas Perdana Menteri Jepun yang ke-9 dan Gabenor Jeneral Korea pertama iaitu Gensui Count Terauchi Masatake, yang berketurunan bangsawan. Setelah tamat belajar di Akademi Tentera Jepun pada tahun 1900, beliau menyertai Tentera Darat Imperial dan ditugaskan dalam Perang Rusia-Jepun. Selesai perang, Terauchi menjadi pegawai tentera di Jerman dan bertugas sebagai tenaga pengajar di Akademi Tentera.

Pada tahun 1919, beliau dianugerahi gelaran hakushaku (Count) dan menjadi kolonel. Kemudian menjadi mejar jeneral pada 1924 dan ditugas untuk memimpin pasukan Tentera Darat Chōsen di Korea tahun 1927. Setelah menjadi leftenan jeneral pada tahun 1929, beliau diangkat menjadi pemimpin pasukan Divisyen Ke-5 dan kemudian dipindahtugaskan ke Divisyen Ke-4 pada tahun 1932. Tahun 1934, beliau menjadi panglima Tentera Darat Jepun di Taiwan.

Bulan Oktober 1935, beliau menjadi jeneral (penuh) dan terlibat dalam faksi Kodoha dalam politik Jepun. Setelah peristiwa Insiden 26 Februari, beliau terpilih dari Tentera Darat menjadi Menteri Perang pada tahun 1936, dalam pemerintahan Perdana Menteri Jepun Hirota Koki, yang selanjutnya mempertajam konflik antara kubu tentera dan kubu awam di dalam Diet Jepun.

Apabila berlaku Perang China-Jepun II, beliau kembali ditugaskan ke medan perang sebagai panglima Tentera Darat Kawasan China Utara. Tahun 1938, beliau dianugerahi darjah kebesaran Order of the Rising Sun kelas pertama dan pada 6 November 1941 diangkat sebagai panglima Kumpulan Tentera Darat Ekspedisi Selatan . Kemudian beliau bersama Laksamana Yamamoto Isoroku menyusun pelan strategi Perang Pasifik.

Hisaichi Terauchi memimpin penjajahan Asia Tenggara pada tahun 1941-1942. Dengan Markas besar di Singapura dan dilantik menjadi Fil Marsyal pada Jun 1943. Selanjutnya beliau berpindah ke Filipina pada bulan Mei 1944. Ketika Pihak Berikat mengancam Filipina, Hisaichi Terauchi berundur ke Saigon, di Indochina Perancis (sekarang Vietnam). Setelah mendapat maklumat bahawa Burma bebas daripada Jepun, beliau menderita strok pada 10 Mei 1945. Pada 12 September 1945, Jeneral Itagaki Seishiro, mewakili Terauchi, menyerah kalah kepada Pihak Berikat di Singapura. Terauchi sendiri menyerah diri kepada Lord Mountbatten pada 30 September 1945 dan meninggal sebagai tawanan perang di Johor, Tanah Melayu setelah perang tamat.

Tarikh kenaikkan pangkat

[sunting | sunting sumber]

Chōsen adalah nama Jepun untuk Korea, berasal dari bahasa Korea Joseon (조선, 朝鮮, disebut pula Chosŏn)

Rujukan dan pautan

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
Jawatan politik
Didahului oleh
Yoshiyuki Kawashima
Menteri Tentera Darat
9 Mac 1936 – 2 Februari 1937
Diikuti oleh:
Kotaro Nakamura
Pegawai tentera
Didahului oleh
tiada
Panglima Besar, Kumpulan Tentera Darat Ekspedisi Selatan IJA
Nov 1941 – Ogos 1945
Diikuti oleh:
tiada
Didahului oleh
tiada
Panglima, Tentera Darat Kawasan China Utara IJA
Ogos 1937 – Dis 1938
Diikuti oleh:
Hajime Sugiyama
Didahului oleh
Iwane Matsui
Panglima, Tentera Darat Jepun Taiwan IJA
Ogos 1934 – Dis 1935
Diikuti oleh:
Heisuke Yanagawa
{{bottomLinkPreText}} {{bottomLinkText}}
Terauchi Hisaichi
Listen to this article

This browser is not supported by Wikiwand :(
Wikiwand requires a browser with modern capabilities in order to provide you with the best reading experience.
Please download and use one of the following browsers:

This article was just edited, click to reload
This article has been deleted on Wikipedia (Why?)

Back to homepage

Please click Add in the dialog above
Please click Allow in the top-left corner,
then click Install Now in the dialog
Please click Open in the download dialog,
then click Install
Please click the "Downloads" icon in the Safari toolbar, open the first download in the list,
then click Install
{{::$root.activation.text}}

Install Wikiwand

Install on Chrome Install on Firefox
Don't forget to rate us

Tell your friends about Wikiwand!

Gmail Facebook Twitter Link

Enjoying Wikiwand?

Tell your friends and spread the love:
Share on Gmail Share on Facebook Share on Twitter Share on Buffer

Our magic isn't perfect

You can help our automatic cover photo selection by reporting an unsuitable photo.

This photo is visually disturbing This photo is not a good choice

Thank you for helping!


Your input will affect cover photo selection, along with input from other users.

X

Get ready for Wikiwand 2.0 🎉! the new version arrives on September 1st! Don't want to wait?