For faster navigation, this Iframe is preloading the Wikiwand page for Teh susu mutiara.

Teh susu mutiara

Teh (susu) mutiara
Bubble tea, 珍珠奶茶 zhēn zhū nǎi chá
Segelas teh buih
Nama alternatifTeh mutiara
Teh boba (boba tea)
Teh buih (bubble tea)
JenisTeh susu Sunting ini di Wikidata
Jenis sajianMinuman
Tempat asalTaiwan
Kawasan/rantauAsia Timur, Asia Tenggara, Asia Selatan, Amerika Utara, Eropah, Australia dan New Zealand
Bahan utamaTepung, susu, krim, teh diseduh, gula, perasa
Bahan yang biasa digunakanTapioca, gula, teh, non-dairy creamer, susu, Coconut jelly, popping boba Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Teh susu mutiara (Cina tradisional: 珍珠奶茶pinyin: zhēn zhū nǎi chá, bahasa Inggeris: bubble tea), teh mutiara[1] atau [teh] boba (Cina tradisional: 波霸奶茶pinyin: bō bà nǎi chá) ialah sejenis minuman berasaskan teh yang dicipta di Tainan dan Taichung, Taiwan pada tahun 1980-an.[2] Ia terdiri daripada sejenis teh ditambah susu atau sebaliknya serta dimaniskan mengikut citarasa sebelum ditaruh atau ditambah bebola kecil kanji ubi; jeli buah, cincau, agar dan puding sering juga ditambah. Minuman ini juga dibekukan dan dikisarkan untuk menghasilkan konsistensi yang lembap.[3]

Minuman ini boleh didapati dalam pelbagai perasa, namun minuman berasaskan teh hitam dan teh hijau yang paling popular.[3]

Pembuatan

[sunting | sunting sumber]

Bahan-bahan yang dipakai untuk membancuh minuman berbeza mengikut resepi diingini pengusaha, namun ia mempunyai dua komponen utama iaitu teh dan bebola ubi.

Banyak jenis teh hitam, teh hijau, teh oolong dan teh putih (白茶, bái chá) digunakan sebagai asas. Teh ini boleh dihidangkan terus setelah dimaniskan mahupun diletakkan susu sama ada yang segar, sejat mahupun yang tepung.

"Bebola mutiara" atau boba (粉圓, fěn yuán)

[sunting | sunting sumber]

Bebola-bebola kecil ini ditambahkan kepada teh untuk menambahkan rasa kenyal kepada minuman dijamu. Ia diperbuat daripada kanji ubi yang dicampurkan bersama gula perang - gula jenis inilah yang memberikan warna kehitaman yang tersendiri kepada bebola tersebut.

Jeli pelbagai perisa (termasuk cincau, konnyaku, laici dan sebagainya) dan bentuk (termasuk jejari atau kiub), kastad serta sagu turut boleh ditaruh sebagai penambah perisa dan tekstur dalam minuman.

Minuman ini menjadi terkenal luas serata rantau-rantau Asia Timur dan Asia Tenggara sejak dekad tahun 1990-an,[4] terutamanya di Vietnam.[5]

  1. ^ Contoh nama "teh mutiara": Teh mutiara dan Sinar Harian 13 tahun https://www.sinarharian.com.my/ampArticle/40852
  2. ^ Martin, Laura C. (2007). Tea: The drink that changed the world. Rutland: Tuttle Publishing. m/s. 219. ISBN 9780804837248.
  3. ^ a b Chang, Derrick (12 June 2012). "Is this the inventor of bubble tea?". International Edition. CNN. Dicapai pada 13 February 2015.
  4. ^ "珍珠奶茶的製作方法 Zhēn zhū nǎi chá de zhì zuò fāng fǎ" [Cara pembuatan teh susu mutiara] (dalam bahasa Cina). Crystalpalace.poempalace.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-06-29. Dicapai pada 27 Julai 2011.
  5. ^ Atsushi Tomiyama (3 Mei 2018). "Vietnam embraces Taiwan-style bubble tea". Nikkei Asian Review. Dicapai pada 28 Ogos 2019.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
{{bottomLinkPreText}} {{bottomLinkText}}
Teh susu mutiara
Listen to this article

This browser is not supported by Wikiwand :(
Wikiwand requires a browser with modern capabilities in order to provide you with the best reading experience.
Please download and use one of the following browsers:

This article was just edited, click to reload
This article has been deleted on Wikipedia (Why?)

Back to homepage

Please click Add in the dialog above
Please click Allow in the top-left corner,
then click Install Now in the dialog
Please click Open in the download dialog,
then click Install
Please click the "Downloads" icon in the Safari toolbar, open the first download in the list,
then click Install
{{::$root.activation.text}}

Install Wikiwand

Install on Chrome Install on Firefox
Don't forget to rate us

Tell your friends about Wikiwand!

Gmail Facebook Twitter Link

Enjoying Wikiwand?

Tell your friends and spread the love:
Share on Gmail Share on Facebook Share on Twitter Share on Buffer

Our magic isn't perfect

You can help our automatic cover photo selection by reporting an unsuitable photo.

This photo is visually disturbing This photo is not a good choice

Thank you for helping!


Your input will affect cover photo selection, along with input from other users.

X

Get ready for Wikiwand 2.0 🎉! the new version arrives on September 1st! Don't want to wait?