For faster navigation, this Iframe is preloading the Wikiwand page for Sultan Iskandar Shah.

Sultan Iskandar Shah

Sultan Iskandar Shah
Sultan Perak ke-XXX
Pemerintahan Disember 1918 - 14 Ogos 1938
Pendahulu Sultan Abdul Jalil Karamatullah Shah
Pengganti Sultan Abdul Aziz al-Mu’tasim Billah Shah
Raja Muda Raja Abdul Aziz
Pasangan Tengku Nong Fatimah binti Sultan Sir Ahmad Al-Muazzam Shah
Raja Puteh Umi Kalsom binti Almarhum Raja Kulop Muhammad Kramat
Anakanda
Tengku Fatimah (Tengku Ampuan Pahang)
Raja Idris Shah (Raja Di-Hilir Perak)
Raja Muhammad Iskandar
Raja Dato Sri Ahmad Saiffuddin Shah (Raja Muda Perak) (1984-1987)
Raja Ismail Iskandar
Raja Shaharuddin
Raja Fatima (Tengku Ampuan Pahang)
Raja Rafia
Raja Hajjah Aisha
Raja Aslah
Raja Intan Suraya
Raja Ani
Raja Halima
Raja Khadija
Raja Rahmah
Raja Puteh Mariam
Nama penuh
Sultan Iskandar Shah ibni al-Marhum Sultan Idris Murshidul Azzam Shah Rahmatullah
Tempat persemayaman Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak
Ayahanda Sultan Idris Murshidul Azzam Shah ibni al-Marhum Raja Bendahara Alang Iskandar Teja
Bonda Cik Ngah Manah binti Manda Duwayat
Keputeraan (1881-05-10)10 Mei 1881
Kampung Kuala Keboi, Kampar, Perak, Negeri-negeri Melayu Bersekutu, British Malaya
Kemangkatan 14 Ogos 1938(1938-08-14) (umur 62)
Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak, Malaya British
Dimakamkan 17 Ogos 1938
Makam Diraja Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak, Malaya British
Agama Islam

Sultan Iskandar Shah ibni al-Marhum Sultan Idris Murshidul Azzam Shah Rahmatullah dimasyhurkan sebagai Sultan Perak yang ke-30, menggantikan kekanda tiri baginda, Sultan Abdul Jalil Karamatullah Shah, dan bergelar Sultan Iskandar Shah. Baginda bersemayam di Istana Kenangan, kemudian berpindah ke Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar.

Riwayat Awal

[sunting | sunting sumber]

Baginda diputerakan pada 10 Mei 1881 di Kampung Kuala Keboi, Kampar, Perak. Baginda mula bersekolah di Sekolah Inggeris Central di Taiping. Kemudian baginda melanjutkan pendidikan di Balliol College, Oxford, England. Dalam tahun 1902, baginda berangkat balik ke Negeri Perak bersama Paduka ayahanda, Sultan Idris Shah I, selepas Paduka ayahanda menghabiskan lawatannya ke England. Tiga tahun selepas balik ke tanah air, baginda berkhidmat di Pejabat Setiausaha Kerajaan di Taiping.

Berkhidmat Sebagai Polis dan Aktif Dalam Sukan

[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1906, baginda berkhidmat dalam pasukan polis dan tidak berapa lama kemudian telah dilantik menjadi Penolong Pesuruhjaya Polis di Kuala Lumpur. Kegemaran Baginda ialah bermain bolasepak, hoki serta kriket. Baginda juga merupakan seorang ahli pasukan polo Negeri Selangor dan pasukan polo Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Selepas menjadi Sultan Perak pun baginda masih merupakan pemain polo yang handal dan menubuhkan satu pasukan polo Negeri Perak di Kuala Kangsar.

Menjadi Raja Bendahara dan Sultan

[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1916, ketika berkhidmat dalam pasukan polis di Kuala Lumpur, baginda telah dipanggil balik ke Perak kerana telah dilantik menjadi Raja Bendahara. Apabila Sultan Abdul Jalil mangkat dalam tahun 1918, baginda ditabalkan menjadi Sultan Perak yang ke-30. Enam tahun kemudian, iaitu tahun 1924, baginda berangkat ke England kerana menyaksikan Pertunjukkan Wembley (iaitu pameran barang-barang keluaran negara-negara di dalam empayar British), sekaligus menghadap Baginda King George Kelima.

Baginda ialah seorang 'amateur jockey' dan mempunyai kira-kira tujuh puluh ekor kuda lumbanya sendiri. Dalam Pasukan Volunteer Infantry iaitu cawangan Pasukan Federated Malay States Volunteer Force (atau singkatnya F.M.S.V.F.), baginda adalah seorang Kolonel, manakala di dalam Pasukan Polis Negeri-Negeri Melayu, baginda berpangkat 'Honorary Inspector General'. Baginda King George Kelima, Raja Inggeris, telah menganugerahkan Darjah Kebesaran 'Knight Commander of the Order of Saint Michael and Saint George', K.C.M.G., yang membawa gelaran "Sir' kepada baginda.

Selaku seorang penyokong kuat penubuhan 'Malay Regiment' (sekarang dikenalikan sebagai Askar Melayu Diraja), baginda telah mendesakkan bahawa kuasa pentadbiran yang sejak penubuhannya dipegang oleh pegawai Inggeris, khususnya Residen Jeneral Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, telah dirombak mengikut sistem desentralisasi dan pangkat-pangkatnya dibahagikan semula kepada semua Sultan mahupun Residen dan Majlis Mesyuarat Negeri-Negeri Melayu itu. Baginda pernah membawa desakan baginda semasa berangkat ke England serta mengemukakannya kepada Setiausaha Negara Bagi Tanah-Tanah Jajahan British di London, dan berjaya memperolehi kelulusan dan restu Setiausaha Negara itu.

Dengan rayuan baginda kepada pihak Kerajaan Inggeris, daerah Dindings dan Pulau Pangkor (sekarang dinamakan daerah Manjung) yang telah diberikan kepada Kompeni Inggeris dalam tahun 1826, diserahkan balik kepada Kerajaan Negeri Perak pada tahun 1935.

Sultan yang Warak

[sunting | sunting sumber]

Tuanku turut dikenali sebagai seorang raja yang alim. Baginda pernah berkata kepada rakyatnya bahawa celakalah seseorang lelaki itu jika tidak menghadiri Solat Jumaat tanpa sebab. Baginda turut melantik seorang alim ulama agama Islam bernama Shaikh Muhammad Saleh yang berasal dari Minangkabau, Sumatera, untuk menjalankan kerja-kerja tabligh di Teluk Anson (sekarang dinamakan Teluk Intan). Sheikh Muhammad Saleh digelarkan Sheikhul-Islam (pangkat itu sesama dengan mufti sekarang) bagi Negeri Perak. Baginda sendiri selalu melawat dan memberi titah ucapan mengenai ajaran agama Islam kepada rakyat di seluruh Negeri Perak.

Dalam pemerintahan baginda, baginda telah mengurniakan gelaran 'Orang Kaya-kaya Mahakurnia Indera Diraja' kepada Alang Ahmad bin Muhanmmad Yunus. Gelaran baru ini menggantikan gelaran 'Orang Kaya-Kaya Maharaja Lela Tan Lela Putera' yang telah dimansuhkan selepas pembunuhan J.W.W. Birch dahulu. Bagaimanapun, gelaran ini pula disingkirkan pada tahun 1987 supaya gelaran lama 'Orang Kaya-Kaya Seri Agar Diraja' dapat dihidupkan kembali.

Setelah memerintah selama 20 tahun lamanya dengan jayanya, Sultan Iskandar Shah mangkat pada 14 Ogos 1938 dan dimakamkan di Makam Diraja Bukit Chandan, Kuala Kangsar. Baginda bergelar Marhum Kaddasullah.

Sultan Iskandar Shah
Tarikh keputeraan: 10 Mei 1876 Tarikh kemangkatan: 14 Ogos 1938
Gelaran pemerintah
Didahului oleh
Sultan Abdul Jalil Karamatullah Shah
Sultan Perak
1918-1938
Diikuti oleh:
Sultan Abdul Aziz al-Mutasim Billah Shah

Istana Iskandariah dan Jambatan Iskandariah di Kuala Kangsar mengambil sempena nama baginda.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Nota kaki

[sunting | sunting sumber]
{{bottomLinkPreText}} {{bottomLinkText}}
Sultan Iskandar Shah
Listen to this article

This browser is not supported by Wikiwand :(
Wikiwand requires a browser with modern capabilities in order to provide you with the best reading experience.
Please download and use one of the following browsers:

This article was just edited, click to reload
This article has been deleted on Wikipedia (Why?)

Back to homepage

Please click Add in the dialog above
Please click Allow in the top-left corner,
then click Install Now in the dialog
Please click Open in the download dialog,
then click Install
Please click the "Downloads" icon in the Safari toolbar, open the first download in the list,
then click Install
{{::$root.activation.text}}

Install Wikiwand

Install on Chrome Install on Firefox
Don't forget to rate us

Tell your friends about Wikiwand!

Gmail Facebook Twitter Link

Enjoying Wikiwand?

Tell your friends and spread the love:
Share on Gmail Share on Facebook Share on Twitter Share on Buffer

Our magic isn't perfect

You can help our automatic cover photo selection by reporting an unsuitable photo.

This photo is visually disturbing This photo is not a good choice

Thank you for helping!


Your input will affect cover photo selection, along with input from other users.

X

Get ready for Wikiwand 2.0 🎉! the new version arrives on September 1st! Don't want to wait?