For faster navigation, this Iframe is preloading the Wikiwand page for Siti Saerah.

Siti Saerah

Siti Saerah
Kelahiran
Siti Nursairah binti Tarudin

(1983-05-15) 15 Mei 1983 (umur 41)
Nama lainSairah Tarudin
PekerjaanPenyanyi
Tahun aktif2008–kini
Kerjaya muzik
GenrePop
InstrumenVokal
Syarikat rakaman
Siti Nurhaliza Productions
Pengkarya berkait
Siti Nurhaliza, Siti Saida

Siti Nursairah Tarudin (lahir 15 Mei 1983) atau lebih dikenali sebagai Siti Saerah atau Sairah Tarudin merupakan seorang penyanyi wanita Malaysia dan merupakan adik kepada Siti Saida dan Dato Sri Siti Nurhaliza yang juga penyanyi. [1]

Kehidupan awal

[sunting | sunting sumber]

Sairah dilahirkan pada 15 Mei 1983 di Kampung Awah, Temerloh, Pahang sebagai anak kelima daripada tujuh adik-beradik kepada pasangan Tarudin Ismail (11 April 1942–15 Februari 2009), seorang pegawai polis berpangkat Koperal dan Siti Salmah Bachik (lahir 31 Disember 1948), seorang surirumah dan peniaga. Kakaknya, Dato' Seri Siti Nurhaliza merupakan penyanyi popular lewat era 1990an dan berjaya sehingga kini, adik-beradiknya, Saiful Bahri, dan Siti Nursaida juga bergiat aktif dalam bidang muzik, adik-beradiknya yang lain termasuk Saiful Suhairil (meninggal dunia), Saifullizan, Mohd Hafiz dan Mohd Ali.

Dibesarkan dalam keluarga yang berkecimpung dalam bidang muzik, Sairah pernah menyertai rancangan realiti TV, One in a Million pada 2006, namun terkandas separuh jalan. Beliau seterusnya muncul dengan single "Hero Wayang" yang diciptanya sendiri dengan lirik oleh Loloq.[2]

Beliau bersama kakaknya, Siti Saida muncul dengan album Apresiasi pada Mac 2010 yang mana beliau merakamkan dua lagu - "Hero Wayang" dan "Akhir Cinta".[3]

Kehidupan peribadi

[sunting | sunting sumber]

Beliau berkahwin dengan Saiful Anuar Ahmad Shafie pada 2010 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Ummi Umaira, Ahmad Daiyan, dan Ahmad Aisy. Pasangan ini memfailkan perceraian pada 2014.[4]

Sairah mendedahkan pada September 2017 bahawa beliau tidak lagi berhijab.[5]

Beliau berkahwin kali kedua dengan Mohd Sharidan Johari pada 24 Februari 2018.[6]

Diskografi

[sunting | sunting sumber]
  • "Hero Wayang"
  • "Akhir Cinta"
  1. ^ Nor Fadzilah Baharuddin (31 Julai 2008). "Saerah bukan lagi ilusi". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-11-21. Dicapai pada 19 April 2010.
  2. ^ Maliah Surip (27 Julai 2008). "Bukan wayang Saerah". Kosmo!. Dicapai pada 19 April 2010.
  3. ^ Shazryn Mohd Faizal (31 Mac 2010). "Apresiasi cara Saida, Sairah". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-04-01. Dicapai pada 19 April 2010.
  4. ^ "Siti Saerah Diceraikan Talak Tiga Pada Ulangtahun Perkahwinan". Beautifulnara. 3 November 2014. Dicapai pada 21 November 2014.
  5. ^ Sudirman Mohd Tahir (7 September 2017). "Siti Saerah tidak lagi berhijab". Harian Metro. Dicapai pada 21 November 2017.
  6. ^ Alda Rismariza Kamarudin (9 Februari 2018). "Siti Saerah nikah 24 Februari". Harian Metro. Dicapai pada 25 Februari 2018.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
{{bottomLinkPreText}} {{bottomLinkText}}
Siti Saerah
Listen to this article

This browser is not supported by Wikiwand :(
Wikiwand requires a browser with modern capabilities in order to provide you with the best reading experience.
Please download and use one of the following browsers:

This article was just edited, click to reload
This article has been deleted on Wikipedia (Why?)

Back to homepage

Please click Add in the dialog above
Please click Allow in the top-left corner,
then click Install Now in the dialog
Please click Open in the download dialog,
then click Install
Please click the "Downloads" icon in the Safari toolbar, open the first download in the list,
then click Install
{{::$root.activation.text}}

Install Wikiwand

Install on Chrome Install on Firefox
Don't forget to rate us

Tell your friends about Wikiwand!

Gmail Facebook Twitter Link

Enjoying Wikiwand?

Tell your friends and spread the love:
Share on Gmail Share on Facebook Share on Twitter Share on Buffer

Our magic isn't perfect

You can help our automatic cover photo selection by reporting an unsuitable photo.

This photo is visually disturbing This photo is not a good choice

Thank you for helping!


Your input will affect cover photo selection, along with input from other users.

X

Get ready for Wikiwand 2.0 🎉! the new version arrives on September 1st! Don't want to wait?