For faster navigation, this Iframe is preloading the Wikiwand page for Separa tentera.

Separa tentera

Separa tentera ialah sebuah pasukan separuh tentera yang mempunyai struktur organisasi, taktik, latihan, subbudaya, dan (selalunya) fungsi adalah serupa dengan seperti tentera profesional, tetapi ia tidak termasuk sebagai sebahagian daripada angkatan tentera rasmi sesebuah entiti negara.[1]

Di bawah undang-undang perang, sebuah negara boleh menggabungkan organisasi separa tentera atau agensi bersenjata (seperti pasukan polis, pasukan sukarelawan militia) kedalam kombatan angkatan tentera, pihak-pihak lain dalam konflik perlu diberitahu mengenai perombakan kedudukan dan perbarisan angkatan sebegini.[2]

Penggunaan istilah separa tentera boleh dibahaskan, tetapi telah disepakati sebagai pasukan kombatan atau organisasi, lebih kepada tentera daripada orang awam. Organisasi-organisasi yang telah digambarkan sebagai separa tentera adalah seperti Minutemen, Black Panthers, SS, kumpulan-kumpulan belia (dari Pergerakan Pengakap hingga Pergerakan Pioneer), dan juga sekolah berasrama yang berasaskan tentera.

Walaupun separa tentera bukanlah sebuah pasukan tentera, ia biasanya bersamaan dengan pasukan infantri ringan tentera dari segi kekuatan, kuasa tembakan dan struktur organisasi. Separa tentera juga boleh diletakkan dibawah pemerintahan angkatan tentera, walaupun tidak menjadi sebahagian daripadanya atau memainkan satu peranan membantu kepada pasukan tentera di masa perang.

Jenis-jenis

[sunting | sunting sumber]

Bergantung pada standard yang digunakan, "separa tentera" mungkin termasuk:

  • Pasukan tentera tidak tetap: militia, gerila, pemberontak, pengganas, dan sebagainya
  • Pasukan-pasukan bantuan angkatan tentera negara: Pengawal Kebangsaan, Pengawal Presiden, Pengawal Republikan, Pengawal Negeri
  • Beberapa jenis pasukan polis, seperti polis bantuan
  • Gendarmerie, seperti Pasukan Keselamatan Pusat Mesir dan Pengawal Kebangsaan Rusia
  • Pengawal sempadan, seperti Perkhidmatan Pengawal Sempadan Rusia
  • Pasukan keselamatan dengan status tentera tidak jelas: pasukan dalam negeri, pengawal landasan keretapi atau pasukan keretapi
  • Anggota polis separuh tentera, seperti tim SWAT di Amerika Syarikat
  • Sukarelawan asing
  • Pertubuhan Kadet Tentera Remaja, seperti Kor Latihan Pegawai Muda Simpanan, Kor Kadet Kebangsaan Bangladesh
  • Di United Kingdom dan Ireland, istilah ini sering terhad kepada beberapa kumpulan bersenjata yang terlibat dalam Kekacauan Ireland Utara, seperti Pasukan Sukarelawan Ulster atau Tentera Republikan Sementara Ireland.

Contoh-contoh unit separa tentera:

  • Senarai organisasi separa tentera
  • Senarai organisasi separa tentera yang kini tidak wujud

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  • Kategori:Kumpulan pemberontak militia
  • Kumpulan separa tentera Weimar
  • Senarai formasi separa tentera Serbia
  • Penenteraan polis
  • Peperangan generasi keempat
  • Tentera persendirian
  • Skuad maut
  • Violent non-state actor (negara bukan pelaku ganas)
  1. ^ "paramilitary". Oxford English Dictionary (ed. 3rd). Oxford University Press. June 2011 [online edition; original published in June 2005]. Dicapai pada 2011-09-13. Designating, of, or relating to a force or unit whose function and organization are analogous or ancillary to those of a professional military force, but which is not regarded as having professional or legitimate status.
  2. ^ "Customary IHL - Section B. Incorporation of paramilitary or armed law enforcement agencies into armed forces". Icrc.org. Dicapai pada 2013-07-27.

Bacaan lanjut

[sunting | sunting sumber]
  • Golkar, Saeid. (2012) Paramilitarization of the Economy: the Case of Iran's Basij Militia, Armed Forces & Society, Vol. 38, No. 4
  • Golkar, Saeid. (2012). Organization of the Oppressed or Organization for Oppressing: Analysing the Role of the Basij Militia of Iran. Politics, Religion & Ideology, Dec., 37–41. doi:10.1080/21567689.2012.725661

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
{{bottomLinkPreText}} {{bottomLinkText}}
Separa tentera
Listen to this article

This browser is not supported by Wikiwand :(
Wikiwand requires a browser with modern capabilities in order to provide you with the best reading experience.
Please download and use one of the following browsers:

This article was just edited, click to reload
This article has been deleted on Wikipedia (Why?)

Back to homepage

Please click Add in the dialog above
Please click Allow in the top-left corner,
then click Install Now in the dialog
Please click Open in the download dialog,
then click Install
Please click the "Downloads" icon in the Safari toolbar, open the first download in the list,
then click Install
{{::$root.activation.text}}

Install Wikiwand

Install on Chrome Install on Firefox
Don't forget to rate us

Tell your friends about Wikiwand!

Gmail Facebook Twitter Link

Enjoying Wikiwand?

Tell your friends and spread the love:
Share on Gmail Share on Facebook Share on Twitter Share on Buffer

Our magic isn't perfect

You can help our automatic cover photo selection by reporting an unsuitable photo.

This photo is visually disturbing This photo is not a good choice

Thank you for helping!


Your input will affect cover photo selection, along with input from other users.

X

Get ready for Wikiwand 2.0 🎉! the new version arrives on September 1st! Don't want to wait?