For faster navigation, this Iframe is preloading the Wikiwand page for Segan (burung).

Segan (burung)

Segan
Segan perang pada waktu malam
Pengelasan saintifik s
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Aves
Klad: Strisores
Order: Podargiformes
Matthews, 1918
Keluarga: Podargidae
Gray, 1847
Genera

Burung segan ialah sekumpulan burung nokturnal yang berkaitan dengan burung hantukang, burung lelayang, dan burung madu. Spesies dalam kumpulan tersebut bertaburan sekitar alam Indomalaya dan Australasia.

Ia mempunyai paruh bengkok leper besar dan nganga besar seperti katak, yang ia gunakan untuk menangkap serangga. Tiga spesies Podargus ialah segan bersaiz besar yang terhad kepada Australia dan New Guinea, mempunyai paruh lebar rata besar. Ia diketahui menangkap mangsa yang lebih besar seperti vertebrata kecil (katak, tikus, dll.), yang kadangkala dipukul dengan batu sebelum ditelan.[1] Sepuluh spesies segan Batrachostomus ditemui di Asia tropika. Ia mempunyai paruh yang lebih kecil, lebih bulat, dan kebanyakannya ialah insektivor. Kedua-dua Podargus dan Batrachostomus mempunyai bulu kejur di sekeliling pangkal paruh, dan Batrachostomus mempunyai bulu kejur lain yang lebih panjang yang mungkin wujud untuk melindungi matanya daripada mangsa serangga.[1] Pada April 2007, spesies baharu segan telah diterangkan dari Kepulauan Sulaiman dan diletakkan dalam genus yang baru ditubuhkan, iaitu Rigidipenna.[2]

Penerbangannya lemah. Ia berehat secara mendatar di atas dahan pada siang hari, disamarkan oleh buluan samar mereka. Melalui evolusi konvergen sebagai pemburu malam, ia menyerupai burung hantu, dengan mata besar menghadap ke hadapan.

Ia menghasilkan sehingga tiga biji telur putih, dan bertelur di cabang dahan, serta dieram oleh betina pada waktu malam dan jantan pada siang hari.

Taksonomi

[sunting | sunting sumber]

Kajian hibridisasi DNA-DNA telah mencadangkan bahawa kedua-dua kumpulan segan mungkin tidak berkait rapat seperti yang difikirkan sebelum ini, dan bahawa spesies Asia mungkin boleh diasingkan kepada keluarga baru, Batrachostomidae.[3][4] Walaupun segan dahulunya termasuk dalam order Caprimulgiformes, kajian pada tahun 2019 menganggarkan perbezaan antara Podargus dan Batrachostomus antara 30 dan 50 myr dan membentuk klad yang dipisahkan dengan baik dari burung tukang dan menjadi kumpulan saudara burung lelayang, burung madu, dan burung hantukang. Nama Podargiformes dicadangkan pada tahun 1918 oleh Gregory Mathews telah dikembalikan semula sebagai kladnya.[5]

Sepasang segan perang berehat di cabang pokok pada siang hari

Dalam kebudayaan

[sunting | sunting sumber]

Dalam rencana jurnal yang diterbitkan pada April 2021, penyelidik Katja Thömmes dan Gregor Hayn-Leichsenring dari kumpulan Estetik Ujikajian di Hospital Universiti Jena, Jerman, mendapati segan ialah spesies burung yang paling "sesuai bergambar di Instagram".[6] Menggunakan algoritma untuk menganalisis daya tarikan estetik lebih daripada 27,000 gambar burung di Instagram, mereka mendapati bahawa gambar burung segan menerima bilangan suka tertinggi berbanding dengan pendedahan siaran kepada pengguna. Rencana jurnal tersebut dilaporkan oleh beberapa saluran berita, termasuk The New York Times dan The Guardian.[7]

  1. ^ a b Perrins, Christopher (2003). Firefly Encyclopedia of Birds. Firefly Books. m/s. 342. ISBN 1-55297-777-3.
  2. ^ Cleere (2007). "A new genus of frogmouth (Podargidae) from the Solomon Islands – results from a taxonomic review of Podargus ocellatus inexpectatus Hartert 1901". Ibis. 149 (2): 271–286. doi:10.1111/j.1474-919x.2006.00626.x. Unknown parameter |displayauthors= ignored (bantuan)
  3. ^ Sibley, Charles G.; Alquist, John E.; Monroe Jr., Burt L. (1988). "A Classification of the Living Birds of the World Based on DNA-DNA Hybridization Studies" (PDF). The Auk. 105 (3): 409–423. doi:10.1093/auk/105.3.409.
  4. ^ Mayr, G. (2002). "Osteological evidence for paraphyly of the avian order Caprimulgiformes (nightjars and allies)" (PDF). Journal für Ornithologie. 143 (1): 82–97. doi:10.1007/bf0246546.
  5. ^ Chen, Albert; White, Noor D.; Benson, Roger B.J.; Braun, Michael J.; Field, Daniel J. (2019). "Total-Evidence Framework Reveals Complex Morphological Evolution in Nightbirds (Strisores)". Diversity. 11 (9): 143. doi:10.3390/d11090143.
  6. ^ Thömmes, Katja; Hayn-Leichsenring, Gregor (2021-03-01). "What Instagram Can Teach Us About Bird Photography: The Most Photogenic Bird and Color Preferences". i-Perception (dalam bahasa Inggeris). 12 (2): 20416695211003585. doi:10.1177/20416695211003585. ISSN 2041-6695. PMC 8073730. PMID 33996019.
  7. ^ Waller, Allyson (2021-04-29). "This 'Angry' Bird Is the Most Photogenic, Research Finds". The New York Times (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0362-4331. Dicapai pada 2021-04-30.
{{bottomLinkPreText}} {{bottomLinkText}}
Segan (burung)
Listen to this article

This browser is not supported by Wikiwand :(
Wikiwand requires a browser with modern capabilities in order to provide you with the best reading experience.
Please download and use one of the following browsers:

This article was just edited, click to reload
This article has been deleted on Wikipedia (Why?)

Back to homepage

Please click Add in the dialog above
Please click Allow in the top-left corner,
then click Install Now in the dialog
Please click Open in the download dialog,
then click Install
Please click the "Downloads" icon in the Safari toolbar, open the first download in the list,
then click Install
{{::$root.activation.text}}

Install Wikiwand

Install on Chrome Install on Firefox
Don't forget to rate us

Tell your friends about Wikiwand!

Gmail Facebook Twitter Link

Enjoying Wikiwand?

Tell your friends and spread the love:
Share on Gmail Share on Facebook Share on Twitter Share on Buffer

Our magic isn't perfect

You can help our automatic cover photo selection by reporting an unsuitable photo.

This photo is visually disturbing This photo is not a good choice

Thank you for helping!


Your input will affect cover photo selection, along with input from other users.

X

Get ready for Wikiwand 2.0 🎉! the new version arrives on September 1st! Don't want to wait?