For faster navigation, this Iframe is preloading the Wikiwand page for Tupai.

Tupai

Tupai
Julat zaman: Eosen Akhir – Kini
Bermacam ahli keluarga Sciuridae
Callosciurus prevostii Eutamias sibiricus Tamiasciurus hudsonicus
Sciurus niger Urocitellus columbianus Paraxerus cepapi
Geosciurus inauris Marmota sp. Cynomys ludovicianus
Pengelasan saintifik s
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Mammalia
Order: Rodentia
Suborder: Sciuromorpha
Keluarga: Sciuridae
Fischer de Waldheim, 1817
Genus jenis
Sciurus
Linnaeus, 1758
Subkeluarga dan suku

Tupai (Jawi: توڤاي) atau bajing (Jawi: باجيڠ) ialah sejenis rodensia bersaiz kecil atau sedang dengan ekor berbulu dalam keluarga Sciuridae yang ditemukan di benua-benua Amerika, Eurasia dan Afrika.[1] Banyak spesies tupai hinggap di pokok-pokok. Walau bagaimanapun, ada juga tupai tanah termasuk tupai belang dan spesies-spesies Cynomys.[2]

Fosil-fosil tupai yang terawal diketahui wujud sejak zaman Eosen, dan antara keluarga rodensia hidup yang lain, tupai paling berkait rapat dengan beaver gunung dan tikus tidur.[perlu rujukan]

Ciri-ciri

[sunting | sunting sumber]
Rencana ini memerlukan petikan dan rujukan tambahan untuk pengesahan. Sila bantu memperbaiki rencana ini dengan menambahkan petikan ke sumber-sumber yang boleh dipercayai. Bahan yang tidak disahkan mungkin akan dipertikai dan dipadam.Cari sumber: "Tupai" – berita · akhbar · buku · sarjana · JSTOR (Februari 2024) (Ketahui cara dan masa untuk membuang pesanan templat ini)

Badan tupai lonjong, kaki belakangnya lebih panjang daripada kaki depannya yang memegang benda seperti tangan.[1] Kukunya yang tajam menjadikan cengkamannya sangat kuat pada daun atau dahan kayu yang ia hinggap. Tupai mampu bergerak pantas dan laju dengan melompat dari satu dahan ke dahan lain dalam pokok atau dari bahagian atas ke bahagian bawah dengan imbangan kaki dan ekornya.

Ia mempunyai sepasang gigi kacip di depan yang tajam seperti pahat.[3] Ia mampu menggigit dengan pantas untuk menebuk kulit buah-buahan malahan kulit atau batang pokok.

Tupai ialah mamalia yang bersosial dan bermasyarakat di mana tupai jantan dan betina tinggal di dalam sarang bersama dan kemudian melahirkan anak. Sarang tupai terdiri daripada ranting-ranting dan daun-daun kayu yang dibuat di kawasan agak tinggi dan selamat daripada ancaman musuh seperti ular dan burung pemangsa. Tupai biasanya mengeluarkan bunyi yang nyaring untuk berkomunikasi dengan kumpulan atau ahli keluarganya apabila mereka mencari makanan atau diganggu oleh musuh.

Taksonomi

[sunting | sunting sumber]

Nama keluarga Sciuridae diberikan daripada genus Sciurus; nama genus itu pula adalah perkataan yang membawa maksud "tupai" dalam bahasa Latin dijejak daripada daripada kata-kata bahasa Yunani Purba σκία skia "bayang" dan ουρά ourá "ekor".[4]

  • Dasar dan incertae sedis Sciuridae (semuanya fosil)
    • Hesperopetes
    • Kherem
    • Lagrivea
    • Oligosciurus
    • Plesiosciurus
    • Prospermophilus
    • Sciurion
    • Similisciurus
    • Sinotamias
    • Vulcanisciurus
  • Subkeluarga Cedromurinae (fosil)
  • Subkeluarga Ratufinae – tupai kerawak (1 genus, 4 spesies)
  • Subkeluarga Sciurillinae – tupai pigmi neotropika (monotip)
  • Subkeluarga Sciurinae
    • Suku Sciurini – tupai pokok (5 genus, sekitar 38 spesies)
    • Suku Pteromyini – tupai terbang sebenar (15 genus, sekitar 45 spesies)
  • Subkeluarga Callosciurinae – tupai ornat Asia
    • Suku Callosciurini (13 genus, hampir 60 spesies)
    • Suku Funambulini – tupai palma (1 genus, 5 spesies)
  • Subkeluarga Xerinae – tupai daratan
    • Suku Xerini – tupai berduri (3 genus, 6 spesies)
    • Suku Protoxerini (6 genus, sekitar 50 spesies)
    • Suku Marmotini – tupai tanah, marmot, tupai belang, tupai Cynomys, dsb. (6 genus, sekitar 90 spesies)
  1. ^ a b Busher & Hartman 2001, m/s. 599.
  2. ^ Busher & Hartman 2001, m/s. 590–591.
  3. ^ Busher & Hartman 2001, m/s. 560.
  4. ^ Whitaker, John O. Jr.; Elman, Robert (1980). The Audubon Society Field Guide to North American Mammals (ed. ke-2). New York, AS: Alfred A. Knopf, Jr. m/s. 370. ISBN 0-394-50762-2.

Sumber-sumber

[sunting | sunting sumber]

Bacaan lanjut

[sunting | sunting sumber]
  • Milton, Katherine (1984): "Family Sciuridae". In: Macdonald, D. (ed.): The Encyclopedia of Mammals: 612–623. Facts on File, New York. ISBN 0-87196-871-1.
  • Steppan, Scott J. and Hamm, Shawn M. (2006): Tree of Life Web Project – "Sciuridae (Squirrels)". Version of 13 May 2006. Retrieved 10 December 2007.
  • Steppan, S. J.; Storz, B. L.; Hoffmann, R. S. (2004). "Nuclear DNA phylogeny of the squirrels (Mammalia: Rodentia) and the evolution of arboreality from c-myc and RAG1". Molecular Phylogenetics and Evolution. 30 (3): 703–719. doi:10.1016/S1055-7903(03)00204-5. PMID 15012949.
  • Thorington, R.W. and Hoffmann, R.S. (2005): "Family Sciuridae". In: Mammal Species of the World: A Taxonomic and Geographic Reference: 754–818. Johns Hopkins University Press, Baltimore.
  • Whitaker, John O. Jr. and Elman, Robert (1980): The Audubon Society Field Guide to North American Mammals (2nd ed.). Alfred Knopf, New York. ISBN 0-394-50762-2

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
{{bottomLinkPreText}} {{bottomLinkText}}
Tupai
Listen to this article

This browser is not supported by Wikiwand :(
Wikiwand requires a browser with modern capabilities in order to provide you with the best reading experience.
Please download and use one of the following browsers:

This article was just edited, click to reload
This article has been deleted on Wikipedia (Why?)

Back to homepage

Please click Add in the dialog above
Please click Allow in the top-left corner,
then click Install Now in the dialog
Please click Open in the download dialog,
then click Install
Please click the "Downloads" icon in the Safari toolbar, open the first download in the list,
then click Install
{{::$root.activation.text}}

Install Wikiwand

Install on Chrome Install on Firefox
Don't forget to rate us

Tell your friends about Wikiwand!

Gmail Facebook Twitter Link

Enjoying Wikiwand?

Tell your friends and spread the love:
Share on Gmail Share on Facebook Share on Twitter Share on Buffer

Our magic isn't perfect

You can help our automatic cover photo selection by reporting an unsuitable photo.

This photo is visually disturbing This photo is not a good choice

Thank you for helping!


Your input will affect cover photo selection, along with input from other users.

X

Get ready for Wikiwand 2.0 🎉! the new version arrives on September 1st! Don't want to wait?