For faster navigation, this Iframe is preloading the Wikiwand page for Sandra Dianne.

Sandra Dianne

Sandra Dianne
ساندرا ديانة
Sandra ditemuramah dalam rancangan MeleTOP di Astro Ria pada 19 Januari 2016.
Kelahiran
Alessandra Dianne Ampuria

(1994-09-16)16 September 1994
Meninggal dunia11 September 2020(2020-09-11) (umur 25)
Sebab kematianKemalangan jalan raya
PekerjaanPenyanyi, pelakon
Tahun aktif2014–2020
Ibu bapa
  • Ampuria Jasthy (bapa)
  • Nur Syakinah Abdullah (ibu)
SaudaraFarah Nabilah (sepupu)
KeluargaAdam Dearborn Ampuria (abang)
Kerjaya muzik
Genre
InstrumenVokal
Syarikat rakaman
Pengkarya berkait
Zizi Kirana, Benzooloo, Khodi, Aisha Retno, Ryan Deedat

Alessandra Dianne Ampuria (16 September 1994 – 11 September 2020) merupakan seorang penyanyi wanita Malaysia. Memulakan kerjaya sebagai peserta Mentor Legend, beliau terkenal dengan lagu masyhurnya "Hey! Kau".[1][2] Pada tahun 2020, Sandra merupakan salah seorang daripada 12 peserta rancangan pertandingan nyanyian Big Stage musim ketiga.[3]

Pada 2 Oktober 2017, pemilik YouTube yang Sgmanila17 Sg dari Sandakan, Sabah, telah merakam video lagu arwah Sandra yang disiarkan di radio Era Sabah pada ketika itu.[4]

Sandra mengadakan persembahan pada 2016.

Sandra Dianne memulakan kerjaya awal sebagai pelukis pelan di syarikat kejuruteraan dalam tempoh singkat, namun mengambil keputusan untuk berhenti kerana ingin memberi tumpuan terhadap kerjaya muziknya.[5]

Pada usia 20 tahun, beliau mengambil bahagian dalam rancangan TV realiti Mentor Legend di TV3 yang turut disertai oleh Sarah Fazny dan Aina Abdul, di mana beliau merupakan anak didik Dayang Nurfaizah.[6] Bagaimanapun, beliau tersingkir di konsert minggu pertama. Pada tahun 2015, Sandra muncul dengan single sulungnya, "Hey! Kau" yang dikeluarkan pada Jun 2015,[7][8] ia juga menjadi runut bunyi drama Cik Cinderella dan Encik Tengku dan Tersuka Tanpa Sengaja.[9]

Beliau merupakan antara penyanyi yang menjayakan persembahan di Konsert Jelajah Ledakan 25 Tahun Harian Metro yang diadakan di Miri, Sarawak pada 16 April 2016, antara artis yang terlibat dalam konsert itu ialah Akim & The Majistret, Sakura Band dan Ronnie Hussein.[10] Mengakui pertama kali mengadakan persembahan di Miri, Sandra berkata dalam temuramah bersama Harian Metro:

"Saya bertuah kerana kerana diberi kepercayaan untuk sama-sama terbabit dalam konsert ini sekaligus memberi sokongan kepada Harian Metro. Ia juga pertama kali saya mengadakan persembahan di Miri dan mengenali peminat di sana dengan lebih dekat lagi. Sebagai artis baru, saya sangat berharap konsert ini akan menjadi platform untuk lebih dikenali peminat di sana.".[11]

Sandra melancarkan single ketiganya, "Aku dan Kekasih" pada Julai 2017 yang berentak balada.[12][13][14]

Pada tahun 2018, beliau bersama Mell Ahmad dan Lii menubuhkan kumpulan Dona sebagai sebuah projek khas. Mereka muncul dengan single pertama, "Rasa".[15] Beliau seterusnya berkolaborasi bersama Zizi Kirana dan Benzooloo menerusi lagu "Terkemuka".[16] Pada tahun 2019, Sandra membuat penampilan khas dalam telefilem bertajuk Dari Jauh di TV3, dibintangi oleh Ariff Bahran dan Shiha Zikir.

Pada 25 Februari 2020, Sandra bersama Aisha Retno dan Khodi menjayakan persembahan di Showcase 3 Souls yang berlangsung di Loud Speaker Family Karaoke, Puchong.[17]

Beliau merupakan salah seorang daripada 12 peserta Big Stage musim ketiga yang bersiaran di Astro Ria.[18] Ia turut disertai oleh Nana Sheme, Hanie Soraya, Qody Rany dan Azzam Sham. Meskipun begitu, akibat insiden yang menimpanya, beliau dikecualikan.

Single terakhirnya, "Jelaskan" dikeluarkan secara anumerta pada 2 Oktober 2020, iaitu 4 minggu selepas kematiannya.[19] Pada Disember 2020, satu lagi single terakhirnya, "Sandra" telah dikeluarkan.[20]

Mentor Legend

[sunting | sunting sumber]
Persembahan
Minggu Tema Lagu Penyanyi asal Keputusan
Minggu 1 Pengenalan "Cinta dan Benci" Geisha TERSINGKIR

Big Stage (musim 3)

[sunting | sunting sumber]
Persembahan
Minggu Tema Lagu Penyanyi asal Keputusan
Minggu 1 Starter Pack "Hey Kau!" Dirinya sendiri SELAMAT
Minggu 2 Hype Beat "Kau Atau Aku (Main Tarik Tali)" Elyana SELAMAT
Minggu 3 Duominasi "Aku Kau Dan Muzik" (duet bersama Sufi Rashid) Akim & Stacy SELAMAT
Minggu 4 Baby Bash "Nuri" Ella DIKECUALIKAN

Kehidupan peribadi

[sunting | sunting sumber]

Sandra Dianne dilahirkan dan dibesarkan di Tuaran, Sabah dan merupakan seorang Muslim sejak lahir. Beliau ialah anak kepada pasangan Ampuria Jasthy dan Nur Syakinah Abdullah dan mempunyai empat adik-beradik, seorang abang dan dua adik tiri.[21][6] Beliau juga ialah sepupu kepada pelakon Farah Nabilah.[6]

Pada 5 September 2020, Sandra terlibat dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 9.2, Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE) berdekatan Subang Jaya, Selangor pada jam 2:30 petang. Beliau mengalami kecederaan di kepala selepas kereta Haval H1 yang dinaiki bersama-sama sepupunya, Jessica R James, 22 tahun dikatakan mengalami masalah brek sebelum hilang kawalan lalu terbalik dan melanggar tiga kenderaan lain.[22] Sandra dibawa ke unit rawatan rapi Hospital Putrajaya dalam keadaan beliau tidak sedarkan diri dan kritikal. Beliau dilaporkan dalam perjalanan ke Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya untuk menjalani sesi latihan penuh konsert minggu keempat Big Stage.[23][24]

Pada 11 September 2020 jam 1:20 pagi, Sandra meninggal dunia di Hospital Putrajaya selepas lima hari terlantar dalam keadaan koma selepas terlibat dalam kemalangan tersebut.[25] Beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir tepat lima hari sebelum ulang tahun kelahirannya yang ke-26 pada 16 September. Jenazah beliau dibawa pulang ke Sabah dan disemadikan di Kampung Kauluan, Tuaran.[26][27] Sandra ialah peserta Mentor ketiga yang meninggal dunia selepas Yanie Julkarim pada 2010, Alif Johan pada 2019 dan diikuti oleh Camellus De'lelli Anam pada 2023.

Diskografi

[sunting | sunting sumber]
Single
Tahun Tajuk Catatan
2015
2016
"Ku Tak Mahu Cinta"
2017
"Aku dan Kekasih"
2018
"Terkemuka"
Duet bersama Zizi Kirana dan Benzooloo
"Salimah"
Penyanyi undangan untuk lagu nyanyian Ryan Deedat
2020
"Tulus"
Dikeluarkan secara anumerta
"Sandra"

Filemografi

[sunting | sunting sumber]

Telefilem

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2019 Dari Jauh Nasha Hashim TV3 Telefilem pertama dan terakhir, penampilan khas

Televisyen

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2014 Mentor Legend Dirinya sendiri/peserta TV3
2020 Big Stage (musim 3) Astro Ria

Anugerah dan pencalonan

[sunting | sunting sumber]
Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan
2019 ERA Digital Muzik Awards 2018 Lagu Kolaborasi Terbaik (bersama Ryan Deedat) "Salimah" Tercalon
  1. ^ Kemalia Othman (9 Mei 2016). "Sandra Gembira 'Hey Kau' Terima Respons Positif Di Indonesia". mStar Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 September 2020. Dicapai pada 21 Ogos 2016.
  2. ^ Feride Hikmet Atak (19 April 2018). "Sandra gilap semula nama". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 April 2018. Dicapai pada 21 Ogos 2018.
  3. ^ Qarami Hashim (4 Ogos 2020). "Tiada peserta luar negara, Usop, Qody dan Nana Sheme antara 12 'BBNU' bakal berentap di Big Stage 2020". Mstar Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 September 2020. Dicapai pada 20 Ogos 2020.
  4. ^ 02/10/2017 1:52 p.m. (Jalan Lintas Sibuga, 90000 Sandakan, Sabah,)
  5. ^ Syed Mussaddad Syed Mahdi (15 November 2015). "Tuah pertama Sandra". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-03-11. Dicapai pada 13 Disember 2015.
  6. ^ a b c Nur Asyikin Mayudin (12 September 2020). "Sepupu Farah Nabilah, protege Dayang Nurfaizah dan jual ikan masin antara fakta tentang Sandra Dianne". mStar Online. Dicapai pada 30 Oktober 2020.
  7. ^ Feride Hikmet Atak (11 September 2015). "Tiga artis Mentor Legend promosi single baharu". mStar Online. Dicapai pada 6 November 2015.
  8. ^ Georgie Joseph (2 September 2015). "Tak sia-sia mantap vokal". Harian Metro. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-11-08. Dicapai pada 30 Oktober 2015.
  9. ^ Wahi Aziz (22 Disember 2015). "Kesan populariti mendadak". Harian Metro. Dicapai pada 10 November 2016.
  10. ^ Ramlah Zainal (14 April 2016). Promosi single terbaru Harian Metro. Dicapai pada 3 Oktober 2016.
  11. ^ Ramlah Zainal (13 April 2016). Pertama kali buat persembahan di Miri Harian Metro. Dicapai pada 10 November 2016.
  12. ^ Rudy Imran Shamsuddin (11 November 2017). "Dugaan bantu hayati lagu". Harian Metro. Dicapai pada 15 November 2017.
  13. ^ Mohd Fuad Mohd Noor (19 April 2018). "Sandra merajuk bawa diri kerana lagu tak laku". XTRA. Dicapai pada 15 November 2018.
  14. ^ "Sandra releases a poignant ballad". New Straits Times. 3 Julai 2017. Dicapai pada 15 November 2017.
  15. ^ Syafil Syazwan Jefri (7 Mei 2018). "Sandra tak duduk diam". Harian Metro. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Februari 2020.
  16. ^ Georgie Joseph (9 Ogos 2018). "Misi rakan sekampung". Harian Metro. Dicapai pada 8 November 2018.
  17. ^ Mya Amri (27 Februari 2020). "Khodi, Aisha Retno & Sandra Dianne gabungan mantap showcase 3 Souls". Astro Gempak. Dicapai pada 8 April 2020.
  18. ^ "Dimensi berbeza Big Stage 2020 pada skala norma baharu". Utusan Borneo. 6 Ogos 2020. Dicapai pada 30 Oktober 2020.
  19. ^ Farhana Joni (5 Oktober 2020). "Jelaskan, naskhah terakhir Sandra Dianne". Astro Awani. Dicapai pada 12 Oktober 2020.
  20. ^ Juliana Johar (25 Disember 2020). "Lagu terakhir Sandra Dianne tentang kisah cinta Ashraf Sinclair dan Bunga Citra Lestari". mStar Online. Dicapai pada 11 April 2021.
  21. ^ Kemalia Othman (7 Julai 2016). "Sandra balik Sabah, sedia bajet RM5,000". mStar Online. Dicapai pada 12 Oktober 2016.
  22. ^ Hafizul Hilmi Mohd Noor (6 September 2020). "Kereta Sandra langgar tiga kereta". Harian Metro. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 September 2020. Dicapai pada 11 September 2020.
  23. ^ Farihad Shalla Mahmud (6 September 2020). "Penyanyi Sandra Dianne tak sedar diri selepas kemalangan". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 September 2020. Dicapai pada 7 September 2020.
  24. ^ Syafil Syazwan Jefri (6 September 2020). "Sandra Dianne kemalangan". Harian Metro. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 September 2020. Dicapai pada 7 September 2020.
  25. ^ Sudirman Mohd Tahir (11 September 2020). "Sandra meninggal dunia". Harian Metro. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 September 2020. Dicapai pada 11 September 2020.
  26. ^ Georgie Joseph (11 September 2020). "Jenazah Sandra dikebumi di Sabah". Harian Metro. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 September 2020. Dicapai pada 11 September 2020.
  27. ^ "Jenazah Sandra Dianne selamat dikebumikan". Astro Awani. 11 September 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 September 2020.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
{{bottomLinkPreText}} {{bottomLinkText}}
Sandra Dianne
Listen to this article

This browser is not supported by Wikiwand :(
Wikiwand requires a browser with modern capabilities in order to provide you with the best reading experience.
Please download and use one of the following browsers:

This article was just edited, click to reload
This article has been deleted on Wikipedia (Why?)

Back to homepage

Please click Add in the dialog above
Please click Allow in the top-left corner,
then click Install Now in the dialog
Please click Open in the download dialog,
then click Install
Please click the "Downloads" icon in the Safari toolbar, open the first download in the list,
then click Install
{{::$root.activation.text}}

Install Wikiwand

Install on Chrome Install on Firefox
Don't forget to rate us

Tell your friends about Wikiwand!

Gmail Facebook Twitter Link

Enjoying Wikiwand?

Tell your friends and spread the love:
Share on Gmail Share on Facebook Share on Twitter Share on Buffer

Our magic isn't perfect

You can help our automatic cover photo selection by reporting an unsuitable photo.

This photo is visually disturbing This photo is not a good choice

Thank you for helping!


Your input will affect cover photo selection, along with input from other users.

X

Get ready for Wikiwand 2.0 🎉! the new version arrives on September 1st! Don't want to wait?