For faster navigation, this Iframe is preloading the Wikiwand page for Ratu Kala Jengking: Puteri Keranda.

Ratu Kala Jengking: Puteri Keranda

Ratu Kala Jengking: Puteri Keranda
PengarahBade Hj. Azmi
PenulisA. Aida
Dihasilkan olehA. Aida
Mohd Fariz Che Aziz (eksekutif)
Dibintangi
Disunting olehMat Bross
Muzik olehYusry Abd Halim
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehSkop Productions
Tarikh tayangan
  • 27 Februari 2020 (2020-02-27)
Masa tayangan
120 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

Ratu Kala Jengking: Puteri Keranda ialah filem seram mitologi Malaysia 2020 arahan Bade Hj. Azmi dengan skrip oleh A. Aida yang turut berkhidmat sebagai penerbit. Berdasarkan daripada kisah benar yang berlaku di Johor,[1] filem ini ditayangkan di pawagam pada 27 Februari 2020.[2]

Mengisahkan tentang Cik Siti yang mempunyai dua orang sahabat baik iaitu Mawar dan Teratai. Siti bercinta dengan Awang, namun dalam diam rupa-rupanya Mawar juga mencintai Awang. Teratai yang mengetahui pekara tersebut menasihati Mawar agar tidak mengkhianati sahabat baik sendiri. Kemudian, wajah Cik Siti tiba-tiba diserang penyakit misteri apabila ditumbuhi jerawat batu. Keadaan mukanya sangat teruk sehingga orang kampung memanggilnya hantu dan diasering dihina dan dikeji, malah akhirnya Awang juga meninggalkannya. Cik Siti kecewa lalu berkawan dengan Nadim, pemotong kayu yang menjadi tempatnya mengadu. Mawar telah menghasut Cik Siti supaya pergi ke gunung panti untuk berubat dengan Nenek Kebayan, dengan harapan Awang akan menjadi miliknya.

Cik Siti nekad untuk pergi berubat dengan Nenek Kebayan, meskipun ibunya melarang. Semasa ketiadaan Cik Siti, Nadim yang menjaga ibunya siang dan malam. Terharu dengan kebaikkan Nadim, ibu Cik Siti telah berjanji yang dia akan mengahwinkan Nadim dengan Cik Siti. Sementara itu, Cik Siti meredah hutan belantara tiga hari tiga malam, sehingga dia berjumpa dengan Nenek Kebayan yang bersetuju mengubati penyakitnya, tetapi dengan syarat Cik Siti tidak boleh menderhaka dan mengecilkan hati ibunya. Sekiranya melanggar pantang, Siti akan menerima akibatnya. Cik Siti bersetuju dan terus berubat. Dia juga menuntut ilmu kebatinan. Setelah menuntut selama 99 hari, terdapat perubahan pada wajahnya. Mukanya licin dan cantik berseri-seri seperti bulan purnama.

Senarai barisan pelakon diperoleh daripada Sensasi Selebriti:[3]

Penerbitan

[sunting | sunting sumber]

Ratu Kala Jengking diterbitkan berdasarkan kisah benar wanita bernama Cik Siti Aminah Tanah Mahsyur yang juga dikenali dengan nama Puteri Keranda dan Puteri Jalang, yang mempunyai 99 suami.[4] Menurut A. Aida, tajuk asal filem ini ialah Scorpion Queen kerana beliau mahu memasarkannya ke pasaran antarabangsa, tetapi akhirnya ditukar kepada Ratu Kala Jengking. Beliau juga mendapatkan nasihat daripada pengarah Syafiq Yusof untuk proses imej janaan komputer (CGI) untuk filem itu.[5]

Nadia Brian yang terkenal dengan peranan TV termasuk Sweetie Nanie dan Lelakimu Yang Dulu, memegang watak Cik Siti Tanah Masyhur. Untuk menjayakan watak ini, Nadia terbang ke Indonesia untuk menjalani latihan silat dan tarian kuda kepang selama sebulan sebagai persiapan.[6]

  1. ^ Filem Ratu Kala Jengking berdasarkan kisah benar Berita RTM (2 Mac 2020). Dicapai pada 20 Mac 2020.
  2. ^ Tahir Alhamzah (21 Februari 2020). #Showbiz: Channelling the legendary Cik Siti New Straits Times. Dicapai pada 20 Mac 2020.
  3. ^ Budiey (4 Februari 2020). "Tentang filem Ratu Kala Jengking: Puteri Keranda". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 7 Mac 2020.
  4. ^ Juliana Johar (21 Februari 2020). Ratu Kala Jengking Papar Kisah Sebenar Wanita Kahwin 99 Lelaki Kopi Planet. Dicapai pada 20 Mac 2020.
  5. ^ Ridzuan Abd Rahman (25 Mac 2018). "'Ratu Kala Jengking adaptasi kisah benar'". Harian Metro. Dicapai pada 7 Mac 2020.
  6. ^ Syafil Syazwan Jefri (26 Mac 2018). "Ratu Kala Jengking belajar silat". Harian Metro. Dicapai pada 7 Mac 2020.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
{{bottomLinkPreText}} {{bottomLinkText}}
Ratu Kala Jengking: Puteri Keranda
Listen to this article

This browser is not supported by Wikiwand :(
Wikiwand requires a browser with modern capabilities in order to provide you with the best reading experience.
Please download and use one of the following browsers:

This article was just edited, click to reload
This article has been deleted on Wikipedia (Why?)

Back to homepage

Please click Add in the dialog above
Please click Allow in the top-left corner,
then click Install Now in the dialog
Please click Open in the download dialog,
then click Install
Please click the "Downloads" icon in the Safari toolbar, open the first download in the list,
then click Install
{{::$root.activation.text}}

Install Wikiwand

Install on Chrome Install on Firefox
Don't forget to rate us

Tell your friends about Wikiwand!

Gmail Facebook Twitter Link

Enjoying Wikiwand?

Tell your friends and spread the love:
Share on Gmail Share on Facebook Share on Twitter Share on Buffer

Our magic isn't perfect

You can help our automatic cover photo selection by reporting an unsuitable photo.

This photo is visually disturbing This photo is not a good choice

Thank you for helping!


Your input will affect cover photo selection, along with input from other users.

X

Get ready for Wikiwand 2.0 ๐ŸŽ‰! the new version arrives on September 1st! Don't want to wait?