For faster navigation, this Iframe is preloading the Wikiwand page for Tumbuhan saka.

Tumbuhan saka

Pokok cekur manis ialah sejenis tumbuhan saka yang daunnya dibuat sayuran

Tumbuhan saka ialah tumbuhan yang hidup lebih dari dua tahun.[1] Istilah ini digunakan bagi membezakan antara tumbuhan yang hidup semusim dan dwimusim. Kadang-kala istilah ini disalah anggap oleh sesetengah pekebun atau ahli hortikultur merujuk sebagai khusus kepada tumbuhan herba saka. Untuk lebih tepat, tumbuhan berkayu seperti pokok renek dan pokok juga merupakan tumbuhan saka.

Bagi negara beriklim sederhana, pertumbuhan pokok saka berlaku pada musim bunga dan musim panas. Kemudian ia akan meluruhkan dedaunnya pada musim luruh bersedia untuk ke musim sejuk. Pada masa ini ia kekal dorman. Ia kemudian tumbuh kembali pada musim bunga dan kitaran ini berlaku setiap tahun. Ini berlainan dengan pokok saka di kawasan beriklim tropika yang mana ia kekal hidup sepanjang tahun tanpa meluruhkan dedaun.

Simbol untuk tumbuhan saka berdasarkan Species Plantarum oleh Linnaeus ialah (dalam astronomi ia juga adalah simbol untuk planet Jupiter)

Kategori tumbuhan saka

[sunting | sunting sumber]

Walaupun begitu, tumbuhan saka boleh dipecahkan lagi kepada dua kategori dalamnya iaitu tumbuhan herba saka dan tumbuhan berkayu saka.

Tumbuhan herba saka

[sunting | sunting sumber]

Tumbuhan herba saka mempunyai jangka hidup yang panjang di antara sepuluh hingga dua puluh tahun, atau mungkin lebih lagi, bergantung kepada spesis dan keadaan. Ia menghasilkan pertumbuhan baru setiap tahun, dan mengekalkan ketinggian dan ukur lilit maksimum semasa musim pertumbuhan. Kemudian pada setiap hujung musim tersebut ia mati kembali di atas tanah. Proses ini berulang setiap tahun dengan pertumbuhan pada awal musim seterusnya (dan musim berikut lagi), dijana oleh pemakanan dari organ simpanan bawah tanah. Antara contoh tumbuhan herba saka ialah:-

  • Daisi (Aster novae-belgae)
  • Lili siang (Hemerocalis spp.)
  • Dafodil (Narcissus spp.)
  • Lili (Lillium spp.)
  • Bunga loceng (Geranium spp.)
  • Perosak serigala (Campanula spp., Platycodon spp.)
  • Titisan salji (Galanthus nivale)

Tumbuhan berkayu saka

[sunting | sunting sumber]

Contoh tumbuhan berkayu saka ialah cempaka putih, dedap, kasai, pondokarpus, pulai, tembusu dan tulang daing.

Kitaran hidup

[sunting | sunting sumber]

Tumbuhan saka boleh hidup sementara (beberapa tahun) atau hidup lama seperti pokok kayu yang boleh hidup sehingga lrbih dari 4,000 tahun. Ia boleh berbeza dari ketinggian beberapa milimeter sehinggalah 100 meter tinggi. Ini termasuklah pelbagai jenis kumpulan dari paku-pakis dan lumut hati sehinggalah tumbuhan berpangkat tinggi seperti anggerik dan rumput.

Tumbuhan yang berbunga dan berbuah hanya sekali dan kemudiannya mati digelar monokarpa. Walaupun begitu, kebanyakan tumbuhan saka ialah polikarpa iaitu berbunga dalam banyak musim sepanjang ia hidup.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
{{bottomLinkPreText}} {{bottomLinkText}}
Tumbuhan saka
Listen to this article

This browser is not supported by Wikiwand :(
Wikiwand requires a browser with modern capabilities in order to provide you with the best reading experience.
Please download and use one of the following browsers:

This article was just edited, click to reload
This article has been deleted on Wikipedia (Why?)

Back to homepage

Please click Add in the dialog above
Please click Allow in the top-left corner,
then click Install Now in the dialog
Please click Open in the download dialog,
then click Install
Please click the "Downloads" icon in the Safari toolbar, open the first download in the list,
then click Install
{{::$root.activation.text}}

Install Wikiwand

Install on Chrome Install on Firefox
Don't forget to rate us

Tell your friends about Wikiwand!

Gmail Facebook Twitter Link

Enjoying Wikiwand?

Tell your friends and spread the love:
Share on Gmail Share on Facebook Share on Twitter Share on Buffer

Our magic isn't perfect

You can help our automatic cover photo selection by reporting an unsuitable photo.

This photo is visually disturbing This photo is not a good choice

Thank you for helping!


Your input will affect cover photo selection, along with input from other users.

X

Get ready for Wikiwand 2.0 🎉! the new version arrives on September 1st! Don't want to wait?