For faster navigation, this Iframe is preloading the Wikiwand page for Monorel Melaka.

Monorel Melaka

Monorel Melaka
مونوريل ملاك
Monorel Melaka pada tahun 2010.
Umum
Nama lainMonorail Themepark & Studios (MTS)
JenisMonorel lingkaran persiaran dan pelancongan
SistemMonorel
StatusDigantung operasi[1]
LokasiBandaraya Melaka
Stesen3
Operasi
Dibuka21 Oktober 2010[4]
4 Disember 2017[5]
Ditutup3 Disember 2011 (kali pertama)[2]
Mac 2020 (kali kedua)[3]
PemilikMajlis Bandaraya Melaka Bersejarah
PengendaliMenara Taming Sari Sdn Bhd (2010-2013)[4]
Monorail Theme Park & Studios Sdn Bhd (2017-2021)[6]
CiriBertingkat
Teknikal
Panjang landasan2.9 kilometer (1.8 bt)
Bilangan landasan1
Ketinggian tertinggi7 meter
Peta laluan
Gerabak monorel Melaka

Monorel Melaka merupakan satu perkhidmatan monorel jenis 'straddle-beam' yang terletak di Bandaraya Melaka, Melaka. Pada asalnya, sistem ini dibina sebagai salah satu tarikan pelancong dan bukannya sebagai sistem pengangkutan awam. Sejak tahun 2020, sistem ini tidak lagi beroperasi.[3]

Pembinaan Awal

[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2008, Ketua Menteri Melaka pada masa itu, Datuk Seri Mohd Ali Rustam telah menyampaikan hasrat Kerajaan Negeri Melaka menarik 6.8 juta pelancong untuk melawat negeri tersebut. Salah satu cara merealisasikan hasrat tersebut adalah melalui pembinaan sebuah monorel yang bersifat seperti sebahagian daripada taman permainan ala Disneyland dan bakal menjadi mercu tanda unik Melaka.[7]

Jajaran awal monorel ini adalah sepanjang 1.6 kilometer (0.99 bt) dan melalui bahagian pesisiran Sungai Melaka serta mengandungi dua stesen iaitu Stesen Hang Jebat di Taman Rempah dan Stesen Hang Tuah di Kampung Bunga Raya Pantai. Semasa fasa perbincangan, kos pembinaan projek ini pada mulanya dianggarkan sebanyak RM28 juta tetapi kemudian dikurangkan kepada RM15.9 juta. Kapasiti gerabak monorel ini turut dikurangkan daripada 88 orang kepada 22 orang.[7] Bagi memastikan kelancaran proses pembinaan monorel ini, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) telah melakukan perjanjian usaha sama dengan Kumpulan Melaka Bhd dan Agibs Engineering & Construction Sdn Bhd.[8] Bulan Mei 2008 menyaksikan bermulanya pembinaan monorel ini yang seterusnya disiapkan dan dilancarkan oleh Ketua Menteri Melaka pada malam 20 Oktober 2010 serta dibuka kepada orang awam pada keesokan hari.[4][9]

Namun demikian, monorel ini mengalami gangguan sistem beberapa jam selepas pembukaan yang menyebabkan sebuah gerabak monorel terhenti di pretengahan laluan dan memerangkap sebanyak 20 penumpang.[8] Monorel ini masih menjalankan operasi walaupun menghadapi gangguan sebanyak 27 kali dan beberapa penggantungan operasi sementara sepanjang setahun pengoperasian.[10]

Pembinaan Fasa Kedua

[sunting | sunting sumber]

Semasa hari perasmian pembukaan Monorel Melaka, Kementerian Pelancongan, Seni Dan Budaya Malaysia telah meluluskan pembinaan fasa kedua monorel ini yang bernilai RM13.2 juta dan menghubungkan Jalan Tun Ali yang bakal membentuk sebuah jajaran lingkaran sepanjang 2.9 kilometer (1.8 bt).[9] Proses pembinaan bermula pada Disember 2011.[10]

Fasa kedua projek monorel ini mengandungi satu stesen penyelenggaraan di persimpangan Jalan Tun Ali dan Jalan Tun Mutahir bagi memastikan sistem monorel itu menepati piawaian yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). Antara penambahbaikan yang dilakukan pada fasa kedua projek ini adalah penambahan pintu bantuan kecemasan di gerabak serta penyediaan laluan antara gerabak, pusat kawalan trafik dan sistem pemindahan automatik selain generator.[10]

Kelewatan Pembukaan

[sunting | sunting sumber]

Kelewatan pembinaan fasa kedua menyebabkan monorel ini tidak dapat dibuka kepada orang awam. Namun begitu, monorel ini dilihat bergerak pada waktu malam berkemungkinan bagi melakukan proses pengujian ke atas sistem tersebut. Pada 4 Disember 2017, monorel ini akhirnya memulakan operasi[6] dan telah digunakan oleh lebih 17,000 pengunjung sepanjang 2 bulan pengoperasian[11]. Malangnya, monorel ini masih mengalami masalah yang sama apabila sebuah gerabak monorel terhenti di tengah-tengah landasan pada 2 Mei 2019.[12]

Penghentian Operasi dan Insiden yang Berlarutan

[sunting | sunting sumber]

Monorel ini berhenti beroperasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan pada tahun 2020, tetapi syarikat pengendali tidak dapat memulakan semula operasi monorel ini kerana kekangan kewangan dan bilangan pengunjung yang rendah.[3] Situasi ini turut menjadi lebih rumit apabila syraikat tersebut ditamatkan kontrak mengoperasi monorel ini disebabkan melanggar terma dan syarat perjanjian yang dimeterai pada 23 Ogos 2018.[1] Disebabkan itu, Kerajaan Negeri Melaka masih mencari penyelesaian bagi menghidupkan semula monorel ini sejak Ogos 2020.[3][13]

Monorel Melaka
Sungai Melaka
Tun Ali
Hang Jebat
Hang Tuah

Monorel ini menelusuri pesisir Sungai Melaka dan mematah balik sepanjang 2.9km. Monorel ini mempunyai tiga stesen iaitu Stesen Hang Jebat yang terletak bersebelahan Taman Rempah di Pengkalan Rama, Stesen Hang Tuah yang terletak berhampiran stesen bas lama Melaka dan Stesen Tun Ali yang terletak di Jalan Tun Ali. Setiap stesen monorel ini berkeluasan 2,500 kaki persegi.

Kontroversi

[sunting | sunting sumber]
Tiang monorel Melaka yang terbengkalai pada tahun 2015.

Penggantungan Operasi oleh SPAD

[sunting | sunting sumber]

Setelah monorel ini mengalami pelbagai jenis masalah sejak permulaan operasi pada Oktober 2010, SPAD bertindak menghantar lima jurutera bagi melaksanakan pemeriksaan sistem dan teknikal dari 3 November hingga 5 November 2011.[14] Keadaan monorel yang penuh dengan masalah menyebabkan monorel ini digantung perkhidmatan selama 30 hari. Menurut Ketua Pegawai Operasi SPAD, Azhar Ahmad, antara masalah yang timbul ialah monorel yang diimport dari China itu tidak mempunyai manual fungsi yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu dan Inggeris dan menyukarkan operasi pembaikan dan penyelenggaraan. Selain itu, monorel itu turut mengalami kesulitan operasi pada waktu hujan disebabkan cengkaman tayar monorel yang tidak kuat.[15]

Jika pengendali berkenaan ingin meneruskan operasi, pegawai berkenaan mengarahkan pengendali menyediakan beberapa fasiliti yang disarankan oleh SPAD seperti sebuah kenderaan berkren ‘cherry picker’ untuk mengangkut penumpang terkandas sekiranya berlaku situasi seperti sebelum ini.[15]

Pengendali Ditamatkan Kontrak

[sunting | sunting sumber]

Pada 22 September 2021, Kerajaan Negeri Melaka telah membatalkan kontrak pengendali perkhidmatan monorel ini kerana melanggar perjanjian yang dimeterai bersama Unit Pembangunan Ekonomi Negeri (UPEN) pada tahun 2018. Syarikat berkenaan menambah klausa membangunkan 15 lot tanah di sekitar stesen monorel ini. Syarikat tersebut juga telah gagal membayar yuran komitmen sebanyak RM100,000 kepada UPEN dan gagal membayar lima peratus daripada jumlah keuntungan atau minimum RM1,000 kepada MBMB sejak kontrak bermula. Selain itu, aspek keselamatan turut diabaikan oleh syarikat berkenaan.[1]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ a b c "Kontrak pengendali monorel Melaka ditamatkan, langgar syarat perjanjian". Berita Harian. 22 September 2021. Dicapai pada 5 Ogos 2024.
  2. ^ Cik Rohanita Mahmud (3 Disember 2011). "Monorel Melaka dihenti lagi". Kosmo Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Julai 2018. Dicapai pada 2 Ogos 2024.
  3. ^ a b c d R.S.N. Murali (17 Ogos 2020). "Melaka sedang mencari kontraktor baharu untuk menghidupkan semula laluan monorel persiaran yang bermasalah". The Star (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 5 Ogos 2024.
  4. ^ a b c Martin Carvalho & Allison Lai (21 Oktober 2010). "Hari Kebanggaan buat Melaka". The Star (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Oktober 2010. Dicapai pada 6 November 2010.
  5. ^ Mokhtar, Shahril (2023). Keberkesanan Mass Rapid Transit (MRT) Corporation Sdn Bhd Sebagai Penyedia Kemudahan Pengangkutan Kepada Masyarakat di Kuala Lumpur (PDF) (Tesis). Universiti Utara Malaysia. Dicapai pada 30 Julai 2024.
  6. ^ a b "Perkhidmatan Monorel di Melaka akan Diteruskan Selepas Empat Tahun Tertangguh". The Star. 3 Disember 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Disember 2017. Dicapai pada 2 Ogos 2024.
  7. ^ a b "Melaka bakal miliki monorel RM28 juta 2009". Utusan Malaysia. 7 Mac 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-10-13. Dicapai pada 27 Ogos 2015.
  8. ^ a b Allison Lai (11 Disember 2010). "Perkhidmatan Monorel Melaka ditangguhkan". The Star (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Disember 2010. Dicapai pada 1 Ogos 2024.
  9. ^ a b "Monorel Sungai Melaka Berharga RM16.5 Juta Dilancarkan". MStar. 20 Oktober 2010. Dicapai pada 1 Ogos 2024.
  10. ^ a b c Rizanizam Abdul Hamid (14 Disember 2011). "Projek monorel kedua tetap diteruskan". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Julai 2018. Dicapai pada 1 Ogos 2024.
  11. ^ "Monorel Melaka tarik lebih 17,000 penumpang sejak mula beroperasi". Malay Mail (dalam bahasa Inggeris). 2 Februari 2018. Dicapai pada 5 Ogos 2024.
  12. ^ "Melaka nilai semula keselamatan produk pelancongan". Bernama. 3 Mei 2019. Dicapai pada 5 Ogos 2024.
  13. ^ Amran Mulup (12 Mei 2023). "Perkhidmatan Monorel Melaka akan dihidupkan semula". Utusan Malaysia. Dicapai pada 5 Ogos 2024.
  14. ^ Elissa Helmy (3 November 2011). "Sering tergendala: SPAD periksa monorel Melaka". Malaysiakini. Dicapai pada 5 Ogos 2024.
  15. ^ a b "KM tak puas hati SPAD gantung monorel Melaka". Malaysiakini. 5 November 2011. Dicapai pada 5 Ogos 2024.
{{bottomLinkPreText}} {{bottomLinkText}}
Monorel Melaka
Listen to this article

This browser is not supported by Wikiwand :(
Wikiwand requires a browser with modern capabilities in order to provide you with the best reading experience.
Please download and use one of the following browsers:

This article was just edited, click to reload
This article has been deleted on Wikipedia (Why?)

Back to homepage

Please click Add in the dialog above
Please click Allow in the top-left corner,
then click Install Now in the dialog
Please click Open in the download dialog,
then click Install
Please click the "Downloads" icon in the Safari toolbar, open the first download in the list,
then click Install
{{::$root.activation.text}}

Install Wikiwand

Install on Chrome Install on Firefox
Don't forget to rate us

Tell your friends about Wikiwand!

Gmail Facebook Twitter Link

Enjoying Wikiwand?

Tell your friends and spread the love:
Share on Gmail Share on Facebook Share on Twitter Share on Buffer

Our magic isn't perfect

You can help our automatic cover photo selection by reporting an unsuitable photo.

This photo is visually disturbing This photo is not a good choice

Thank you for helping!


Your input will affect cover photo selection, along with input from other users.

X

Get ready for Wikiwand 2.0 🎉! the new version arrives on September 1st! Don't want to wait?