For faster navigation, this Iframe is preloading the Wikiwand page for Mohd Khairul Ikhwan Rosli.

Mohd Khairul Ikhwan Rosli

Ikhwan Rosli
Kelahiran
Mohd Khairul Ikhwan bin Rosli

(1983-10-06) 6 Oktober 1983 (umur 40)
Nama lainIkhwan Lein
PekerjaanPenyampai radio, pengacara, pelakon, penyanyi
Tahun aktif2006–kini
MajikanMedia Prima Audio (2006–17)
PasanganNor Hidayu Mohd Shari (k. 2017)
Anak-anak2
IbuHasnah Ibrahim
KeluargaErna Elliyana (adik)

Mohd Khairul Ikhwan Rosli (lahir 6 Oktober 1983) atau lebih dikenali sebagai Ikhwan Rosli merupakan seorang penyampai radio, pengacara, penyanyi dan pelakon Malaysia. Beliau terkenal sebagai penyampai radio Hot FM (2006-16) dan Kool FM (2016-17).[1]

Kehidupan awal

[sunting | sunting sumber]

Ikhwan dilahirkan pada 6 Oktober 1983 di Kuala Lumpur kepada pasangan Rosli Ali dan Hasnah Ibrahim (meninggal 1995). Beliau merupakan anak kelima dari enam beradik, adik bongsunya Erna Elliyana ialah seorang penyanyi. Ibu beliau, Hasnah merupakan pelakon terkenal era 80-an.

Beliau menyertai Hot FM sewaktu stesen radio itu mula beroperasi pada 15 Januari 2006. Ikhwan merupakan salah seorang penyampai terawal bersama Faizal Ismail, Fara Fauzana, Muhammad Azmir Selamat (AG) dan Sharifah Aleya. Semasa tempoh berkhidmat di Hot FM, beliau mengendalikan rancangan Hot FM Jam dan Hot FM Prelud.

Ikhwan bersama-sama AG dan Liza Khairudin menyertai Kool FM pada Mac 2016 selepas 10 tahun berkhidmat di Hot FM. Beliau menamatkan khidmatnya Kool FM pada 24 November 2017.[2]

Mewarisi bakat lakonan daripada ibunya, Allahyarhamah Hasnah Hashim, Ikhwan mula berkecimpung dalam bidang lakonan seawal usia 10 tahun. Beliau ditawarkan berlakon dalam sitkom bertajuk Kawan arahan Aziz M. Osman yang bersiaran di TV3 pada 2006. Tiga tahun kemudian, beliau memegang watak utama dalam sitkom Bong, yang berjaya melonjakkan nama dan bakat Ikhwan.

Ikhwan juga berbakat dalam bidang muzik dan menggunakan nama "Nawhki" dalam kerjaya muziknya. Beliau pernah menyumbangkan suaranya untuk lagu "Sudah-Sudah" nyanyian kumpulan pop Singapura, Dynda.

Kehidupan peribadi

[sunting | sunting sumber]

Beliau berkahwin dengan Nor Hidayu Mohd Shari pada 7 Januari 2017 dan dikurniakan anak perempuan bernama Nur Aiira Orked. Beliau juga mempunyai seorang anak tiri, Mohd Isaac Iman dari perkahwinan pertama isterinya.[3]

Filemografi

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2006 Kawan TV3 Drama pertama
2007-2009 Bong Bong TV9
2018 Selafaz Cinta Azrel Astro Prima
2019 Gerak Khas (Musim 19) Aziz TV2 Episod: "Kifarah"
Suri Katriana Ady Astro Prima
2022 Risik Pada Hati Farid TV3
2023 Bukan Puteri Lindungan Bulan Johan
2024 SeOfis Dato Ashburn Tonton

Radiografi

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Stesen
Januari 2006 – 26 Februari 2016 Jam Hot Hot FM
3 Mac 2016 – 24 November 2017 Malam Kool Kool FM

Diskografi

[sunting | sunting sumber]
  • "Sudah-Sudah" (Dynda menampilkan Ikhwan; 2013)
  1. ^ Norhayati Nordin (29 Jun 2018). 12 tahun cukuplah Harian Metro. Dicapai pada 16 Oktober 2018.
  2. ^ Zul Husni Abdul Hamid (25 November 2017). Ikhwan tinggalkan Kool FM Berita Harian. Dicapai pada 1 Disember 2017.
  3. ^ Ridzuan Abdul Rahman (28 Disember 2016). Ikhwan pilih bersederhana Harian Metro. Dicapai pada 16 Januari 2017.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
{{bottomLinkPreText}} {{bottomLinkText}}
Mohd Khairul Ikhwan Rosli
Listen to this article

This browser is not supported by Wikiwand :(
Wikiwand requires a browser with modern capabilities in order to provide you with the best reading experience.
Please download and use one of the following browsers:

This article was just edited, click to reload
This article has been deleted on Wikipedia (Why?)

Back to homepage

Please click Add in the dialog above
Please click Allow in the top-left corner,
then click Install Now in the dialog
Please click Open in the download dialog,
then click Install
Please click the "Downloads" icon in the Safari toolbar, open the first download in the list,
then click Install
{{::$root.activation.text}}

Install Wikiwand

Install on Chrome Install on Firefox
Don't forget to rate us

Tell your friends about Wikiwand!

Gmail Facebook Twitter Link

Enjoying Wikiwand?

Tell your friends and spread the love:
Share on Gmail Share on Facebook Share on Twitter Share on Buffer

Our magic isn't perfect

You can help our automatic cover photo selection by reporting an unsuitable photo.

This photo is visually disturbing This photo is not a good choice

Thank you for helping!


Your input will affect cover photo selection, along with input from other users.

X

Get ready for Wikiwand 2.0 🎉! the new version arrives on September 1st! Don't want to wait?