For faster navigation, this Iframe is preloading the Wikiwand page for Milenium ke-2 SM.

Milenium ke-2 SM

Milenium:
Abad:


Milenium ke-2 SM menandakan peralihan daripada Zaman Gangsa Pertengahan ke Zaman Gangsa Akhir. Separuh pertamanya dikuasai oleh Kemaharajaan Pertengahan Mesir dan Babylon. Kawasan Indo-Iran berkembang sehingga dataran Parsi dan anak benua India dan memperkenalkan rata ke kawasan-kawasan tersebut. Abjad diperkembangkan. Perang rata dan pergerakan-pergerakan penduduk mengakibatkan perubahan-perubahan yang hebat pada pertengahan milenium, dan suatu ketenteraman yang baru muncul dengan penguasaan Aegea oleh Yunani dan kebangkitan Empayar Hittite. Akhir milenium melihat peralihan ke Zaman Besi. Jumlah penduduk dunia semakin bertambah dan mencapai 50 juta menjelang 1000 SM. Era ini juga merupakan masa apabila agama Yahudi dikatakan muncul.

Gambaran keseluruhan

[sunting | sunting sumber]

Zaman Gangsa Pertengahan

[sunting | sunting sumber]

Bahagian pertama milenium ini tidak begitu berwarna-warni berbanding dengan zaman-zaman yang lain dan masih wujud dalam bayangan zaman-zaman lampau yang lebih masyhur. Zaman ini merupakan reda dalam sejarah Timur Dekat Kuno, dengan peradaban-peradaban ketika peralihan milenium menghabiskan semua tenaga untuk mencuba memulihkan keadaan yang amat huru-hara. Mesir dan Mesopotamia yang merupakan peradaban-peradaban yang paling berkuasa pada masa itu juga mengalami apa yang dipanggil zaman yang tidak menonjolkan diri, dan hanya menyasarkan matlamat-matlamat yang sederhana dan realistik. Firaun-firaun Kemaharajaan Mesir Pertengahan dan raja-raja Babylon sezaman yang berketurunan Amorite memerintah dengan baik tanpa terlalu banyak kezaliman, suka akan seni dan seni bina yang elegan tanpa tokok tambah, dan mencapai kestabilan yang malangnya berlangsung hanya untuk masa yang singkat. Di timur yang lebih jauh, peradaban Lembah Indus merupakan zaman kemerosotan yang mungkin diakibatkan oleh pembanjiran yang teruk.

Taktik ketenteraan Mesir dan Babylon masih berasaskan pada askar-askar berjalan kaki yang mengangkut pelengkapan mereka dengan keldai. Bergabung dengan sebuah ekonomi yang lemah dan kesulitan untuk mengekalkan ketenteraman, keadaan yang tidak kukuh ini hancur musnah di bawah tekanan-tekanan luar negeri yang tidak dapat ditentang oleh mereka.

Kekacauan pada abad ke-16 SM

[sunting | sunting sumber]

Lebih kurang seabad sebelum pertengahan milenium, gerombolan-gerombolan penyerang Indo-Eropah menerpa masuk Timur Dekat dari dataran Asia Tengah bak sebuah siri kejutan elektrik. Mereka menaiki rata-rata dua roda yang laju yang dikuasai oleh kuda-kuda. Sistem persenjataan itu telah dikembangkan pada masa yang lebih awal untuk peperangan dataran dan tidak dikenali di kalangan peradaban-peradaban timur klasik. Askar-askar berjalan kaki Mesir dan Babylon langsung tidak dapat menewaskannya. Hyskos menerpa masuk ke delta Nile pada 1630 SM, manakala tentera Balkan dan Aryan menerpa masuk ke Yunani dan India pada 1600 SM, dan tentera Hittite menerpa masuk ke Mesopotamia pada tahun 1595 SM.

Zaman Gangsa Akhir

[sunting | sunting sumber]

Orang-orang yang telah ditewaskan menyesuaikan diri dengan pantas kepada taktik-taktik yang baru ini, dan menyebabkan suatu keadaan antarabangsa yang baru. Untuk sebahagian besar separuh kedua milenium ke-2 SM, Timur Dekat Kuno menjadi sebuah papan catur raksasa yang banyak kuasa kawasan bersaing tidak henti-henti untuk hegemoni dengan menggunakan rata-rata mereka di semua arah. Zaman ini sebenarnya merupakan zaman yang berwarna-warni, dengan penekanan baru terhadap seni bina yang terlalu hebat, fesyen pakaian yang baru, surat-menyurat diplomatik pada tablet lempung, dan pertukaran ekonomi yang dibaharui, dengan Kemaharajaan Baru Mesir memainkan peranan kuasa terbesar yang utama. Antara negara-negara yang agung pada masa itu, hanya Babylon menahan diri daripada mengambil bahagian dalam permainan catur ini kerana berpuas hati dengan kedudukan barunya yang berprestij sebagai ibu kota agama dan intelek dunia.

Ini adalah peradaban Zaman Gangsa pada zaman yang terakhir dan yang paling gemilang, dengan segala sifat sosialnya: tahap pembandaran yang rendah, kota-kota kecil yang dipusatkan pada kuil-kuil atau istana-istana, pemisahan kelas yang ketat antara rakyat buta huruf dengan elit tentera yang berkuasa (dibolehkan kerana pengetahuan penulisan dan pendidikan dikhaskan untuk segolongan kecil yang terdiri daripada katib-katib), serta kehidupan bangsawan yang hebat.

Menjelang akhir milenium ke-2 SM, gelombang-gelombang baru orang-orang gasar yang menunggang kuda pada kali ini memusnahkan sama sekali dunia Zaman Gangsa, dan disusuli oleh gelombangan-gelombangan perubahan sosial yang menandakan permulaan zaman yang amat berbeza. Yang juga menyebabkan perubahan-perubahan ini ialah Orang-orang Laut yang merupakan penyerang pelaut dari Laut Mediterranean.

Peristiwa

[sunting | sunting sumber]
  • Dinasti ke-2 Babylon.
  • Penghijrahan pertama orang-orang Bantu dari Afrika Barat.
  • Orang-orang Cushite menghalau penduduk-penduduk asli dari Ethiopia dan mengasaskan hubungan perdagangan dengan Mesir.
  • Kemaharajaan Pertengahan di Mesir (20521570 SM)
  • k.k. 2000 SM - Arca wanita Menhir dari Montagnac, Perancis dibuat dan kini berada di Musee d'Histoire Naturelle et de Prehistoire, Nimes.
  • k.k. 2000 SM - 1900 SM - Jag Kamares Ware dari Phaistos, Crete dibuat dan kini berada di Muzium Arkeologi Heraklion, Iraklion, Crete.
  • Kemaharajaan Lama Hittites di Anatolia (1900 SM).
  • Peradaban di Kanaan (1800 SM).
  • k.k. 1800 SM - 1600 SM - Rata kuda dan suria dari Trundholm, Zealand, Denmark, dibuat dan kini berada di Muzium Negara, Copenhagen.
  • k.k. 1750 SM - Sebuah gempa bumi memusnahkan istana-istana di Knossos dan Phaistos.
  • k.k. 1700 SM - 1550 SM - Arca wanita atau dewi dengan ular-ular dari kompleks istana, Knossos, Crete, dibuat dan kini berada di Muzium Arkeologi Heraklion, Iraklion, Crete.
  • k.k. 1700 SM - 1550 SM - Loket berbentuk dua ekor lebah atau penyengat dari Chryssolakkos dekat Mallia, Crete dibuat dan kini berada dik Muzium Arkeologi Heraklion, Iraklion, Crete.
  • k.k. 1700 SM - 1550 SM - Lukisan pelompatan lembu jantan dari kompleks istana, Knossos, Crete, dibuat dan kini berada di Muzium Arkeologi Heraklion, Iraklion, Crete.
  • k.k. 1700 SM - 1300 SM - Kompleks istana di Knossos, Crete dibina.
  • k.k. 1650 SM - 1450 SM - Jambangan Penuai dari Hagia Triada, Crete dibuat dan kini berada di Muzium Arkeologi Heraklion, Iraklion, Crete.
  • k.k. 1650 SM - 1450 SM - Cawan Vapheio yang ditemui dekat Sparta, Yunani dibuat dan kini berada di Muzium Arkeologi Negara, Athens.
  • Pada 1620-an SM atau 1520-an SM, peletupan Minoan di Thera memusnahkan Minoan Akrotiri.
  • 1600 SM: Dinasti Shang diasaskan di China.
  • Penguasaan Kanaan dan Syria oleh Mesir (1600 SM1360 SM).
  • k.k. 1550 SM - 1450 SM - Cawan berbentuk kepala lembu jantan dari kompleks istana, Knossos, Crete, dibuat dan kini berada di Muzium Arkeologi Heraklion, Iraklion, Crete.
  • k.k. 1550 SM - 1450 SM - Lukisan dinding yang menggambarkan pelompatan lembu jantan dari kompleks istana, dan yang telah menjalani pemulihan moden, kini berada di Muzium Arkeologi Heraklion, Iraklion, Crete.
  • k.k. 1500 SM - 1450 SM - Kelalang berbentuk sotong kurita dari Palaikastro, Crete dibuat dan kini berada di Muzium Arkeologi Heraklion, Iraklion, Crete.
  • 1235 SM - Athens diasaskan.
  • Penaklukan Kanaan oleh orang Israel. Pemerintahan Beraja Bersatu muncul dalam dekad-dekad terakhir pada milenium ini.
  • Permulaan agama Yahudi (1200 SM).
  • Kejatuhan Troy (tarikh tradisi: 1184 SM. Bandingkanlah dengan Troy VII).

Perekaan, penemuan, dan pengenalan

[sunting | sunting sumber]

Kebudayaan

[sunting | sunting sumber]

Tokoh-tokoh

[sunting | sunting sumber]

Kitab Bible

[sunting | sunting sumber]
  • Bapa-bapa kitab Bible: Abraham, Isaac, dan Jacob di dalam naratif Genesis dilatarbelakangkan pada milenium ke-2 awal hingga pertengahan.
  • Exodus dan Moses berlatarbelakangkan pada milenium ke-2 akhir (mungkin pada zaman Amarna; lihat juga Osarseph, Moses dan Monoteisme).
  • S.M. Stirling, seorang pengarang fiksyen spekulatif Amerika-Kanada, telah menulis sebuah trilogi (siri Nantucket) yang berlatarbelakangkan pada kira-kira 1250-an SM dalam Zaman Gangsa. Trilogi itu memerihalkan perbalahan antara puak-puak penduduk yang berbeza di pulau Nantucket selepas sebuah fenomena yang tidak diketahui ("Si Peristiwa") membawa mereka ke masa lampau — dengan sesetengah mereka cuba menguasai dunia untuk manfaat sendiri, dan yang lain cuba memperbaiknya — dan peradaban-peradaban Zaman Gangsa yang berbeza.
{{bottomLinkPreText}} {{bottomLinkText}}
Milenium ke-2 SM
Listen to this article

This browser is not supported by Wikiwand :(
Wikiwand requires a browser with modern capabilities in order to provide you with the best reading experience.
Please download and use one of the following browsers:

This article was just edited, click to reload
This article has been deleted on Wikipedia (Why?)

Back to homepage

Please click Add in the dialog above
Please click Allow in the top-left corner,
then click Install Now in the dialog
Please click Open in the download dialog,
then click Install
Please click the "Downloads" icon in the Safari toolbar, open the first download in the list,
then click Install
{{::$root.activation.text}}

Install Wikiwand

Install on Chrome Install on Firefox
Don't forget to rate us

Tell your friends about Wikiwand!

Gmail Facebook Twitter Link

Enjoying Wikiwand?

Tell your friends and spread the love:
Share on Gmail Share on Facebook Share on Twitter Share on Buffer

Our magic isn't perfect

You can help our automatic cover photo selection by reporting an unsuitable photo.

This photo is visually disturbing This photo is not a good choice

Thank you for helping!


Your input will affect cover photo selection, along with input from other users.

X

Get ready for Wikiwand 2.0 🎉! the new version arrives on September 1st! Don't want to wait?