For faster navigation, this Iframe is preloading the Wikiwand page for Menara Azadi.

Menara Azadi

Pemandangan menara dari tapak dataran

Menara Azadi (Parsi: برج آزادی Borj-e Āzādi ; "Menara Kebebasan") adalah monumen yang terletak dalam Dataran (atau "Medan") Azadi di kota Tehran, Iran. Rekaan ia diciptakan Hossein Amanat dengan ketinggian mencecah 45 meter dilapisi kepingan marmar,[1][2] ia siap dibina tahun 1971. Ia salah satu mercu tanda Teheran yang menandakan arah barat kota ini serta merupakan sebahagian dari Kompleks Budaya Azadi yang menempatkan suatu muzium bawah tanah.

Tugu ini didirikan atas perintah Shah Mohammad Reza Pahlavi memperingati ulang tahun ke-2500 penubuhan kerajaan Iran dengan nama asalnya Menara Shahyad (برج شهیاد Borj-e Šahyād "Menara Peringatan Shah"); namun binaan ini diberi nafas baru sebagai titik tumpuan rakyat jelata Iran menunjuk perasaan terhadap pemerintahan Shah[3][4] tersebut selama berbulan-bulan yang membawa kepada revolusi menggulingkan raja tersebut tahun 1979.

Sejarah perekaan

[sunting | sunting sumber]
Plans of the Shahyad Tower.

Iran mula menjadi negara pengeksport minyak utama sepanjang tahun 1960-an lalu kerajaannya mahu menggunakan kekayaan yang baru ditemukan ini untuk memodenkan dan mengindustrikan negara itu. Pada ketika ini juga para pengkarya seni Iran mula berkarya seni moden diilhamkan warisan budaya Parsi sambil terterap juga pemodennan Barat dalam suatu gerakan pembaharuan.[4]

Pada tahun 1966, Hossein Amanat memenangi pertandingan untuk merancang bangunan tersebut. Projek ini didana sekelompok 500 orang pakar industri Iran; laporan dari Middle East Economic Digest menganggarkan pembinaan ini memakan kos sekitar 6 juta dolar Amerika Syarikat.[5] Pembinaan batu diuruskan kontraktor dari syarikat MAP Company diawasi Ghaffar Davarpanah Varnosfaderani, seorang pengukir batu terkenal Iran.[6]

Pembinaan

[sunting | sunting sumber]

Kekubah menara dibina mengikut bentuk lengkungan yang lazim pada istana-istana Sasaniyah mewakili era klasik manakala suatu lengkungan patah di atasnya dari senibina zaman pertengahan melambangkan era pasca-klasik;[4] jaringan tetulang yang menghubungkan dua-dua lengkungan ini melambangkan penyatuan dua zaman dalam sejarah berkesinambungan negara Iran. Binaan keseluruhan menara ini sendirinya menjadi cerminan estetika kota Tehran yang menggabungkan unsur-unsur Iran dan Islam sehingga menjadikan tarikan rakyat.[4]

Sebanyak 8,000 bongkah batu marmar putih dibawa dari Wilayah Isfahan oleh syarikat Ghanbar Rahimi untuk membina tugu ini. Pembinaan tersebut turut berbantu teknologi komputer baharu yang mengira permukaan sokongan asas menara.[7]

  1. ^ "Yahoo News - Latest News & Headlines". news.yahoo.com. Dicapai pada 1 September 2015.
  2. ^ Hureau, Jean. Iran Today, 2nd. Ed, editions j.a.
  3. ^ Rosenfeld, Everett (28 Jun 2011). "Muharram Protests in Iran, 1978". Time. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 May 2015. Dicapai pada 7 May 2015.
  4. ^ a b c d Riazati, Rozita (14 January 2016). "The man behind Iran's most famous tower". BBC News. Dicapai pada 22 February 2017.
  5. ^ "MEED". Middle East Economic Digest. 15. 29 October 1971.
  6. ^ Grigor, Talinn (2003). "Of Metamorphosis Meaning on Iranian Terms". Third Text. 17 (3): 207–225. doi:10.1080/0952882032000136858.
  7. ^ "Shahyad / Azadi Monument". Amanat Architect. Dicapai pada 20 Februari 2017.
{{bottomLinkPreText}} {{bottomLinkText}}
Menara Azadi
Listen to this article

This browser is not supported by Wikiwand :(
Wikiwand requires a browser with modern capabilities in order to provide you with the best reading experience.
Please download and use one of the following browsers:

This article was just edited, click to reload
This article has been deleted on Wikipedia (Why?)

Back to homepage

Please click Add in the dialog above
Please click Allow in the top-left corner,
then click Install Now in the dialog
Please click Open in the download dialog,
then click Install
Please click the "Downloads" icon in the Safari toolbar, open the first download in the list,
then click Install
{{::$root.activation.text}}

Install Wikiwand

Install on Chrome Install on Firefox
Don't forget to rate us

Tell your friends about Wikiwand!

Gmail Facebook Twitter Link

Enjoying Wikiwand?

Tell your friends and spread the love:
Share on Gmail Share on Facebook Share on Twitter Share on Buffer

Our magic isn't perfect

You can help our automatic cover photo selection by reporting an unsuitable photo.

This photo is visually disturbing This photo is not a good choice

Thank you for helping!


Your input will affect cover photo selection, along with input from other users.

X

Get ready for Wikiwand 2.0 🎉! the new version arrives on September 1st! Don't want to wait?