For faster navigation, this Iframe is preloading the Wikiwand page for Maximilian I dari Mexico.

Maximilian I dari Mexico

Rencana ini mungkin boleh dikembangkan melalui teks yang diterjemah daripada rencana yang sepadan dalam Wikipedia Bahasa Sepanyol. (November 2022) .mw-parser-output .hidden-begin{box-sizing:border-box;width:100%;padding:5px;border:none;font-size:95%}.mw-parser-output .hidden-title{font-weight:bold;line-height:1.6;text-align:left}.mw-parser-output .hidden-content{text-align:left}Klik [tunjuk] pada sebelah kanan untuk melihat maklumat penting sebelum menterjemahkan. Lihat versi rencana Sepanyol itu yang diterjemahkan oleh mesin. Terjemahan mesin Google adalah permulaan yang berguna untuk terjemahan, tetapi penterjemah harus membaiki kesalahan-kesalahan mengikut keperluan dan mengesahkan bahawa terjemahan itu adalah tepat, bukan sahaja salin dan tampal teks keterjemahan mesin ke dalam Wikipedia Bahasa Melayu. Jangan terjemah teks yang tidak boleh dipercayai atau berkualiti rendah. Jika boleh, sahkan teks dengan rujukan yang disediakan dalam rencana bahasa asing. Selepas menterjemah, templat ((Laman diterjemahkan|es|Maximiliano de México)) hendaklah ditambah pada laman perbincangan untuk memastikan pematuhan kepada hak cipta. Untuk panduan lebih lanjut, sila lihat Wikipedia:Terjemahan.
Maximilian I
Potret Maximilian I, sekitar 1857-1867
Maharaja Mexico
Pemerintahan10 April 1864 – 19 Jun 1867[1]
Didahului olehSistem beraja diasaskan semula
(Benito Juárez, Presiden Mexico)
Diikuti olehSistem beraja dimansuhkan
(Benito Juárez, Presiden Mexico)
Pemangku raja
Lihat senarai
  • José Mariano Salas
    Juan Nepomuceno Almonte
    Pelagio Antonio de Labastida y Dávalos
Keputeraan(1832-07-06)6 Julai 1832
Schönbrunn, Vienna, Austria
Kemangkatan19 Jun 1867(1867-06-19) (umur 34)
Cerro de las Campanas, Santiago de Querétaro, Mexico
PemakamanKaisergruft, Vienna, Austria
PasanganCharlotte dari Belgium
Nama penuh
Ferdinand Maximilian Joseph
KerabatKerabat Habsburg-Lorraine
AyahandaArchduke Franz Karl dari Austria
BondaPuteri Sophie dari Bavaria
AgamaRoman Katolik
TandatanganTandatangan Maximilian I

Maximilian I, (6 Julai, 183219 Jun 1867) merupakan Maharaja Mexico yang berketurunan daripada kerabat Habsburg daripada Austria. Dengan sokongan Napoleon III dari Perancis dan sekumpulan konservatif Mexico, baginda dimahkotakan sebagai Maharaja Mexico pada 10 April 1864.

Ramai rakyat Mexico dan kerajaan asing enggan mengesahkan kerajaannya dan Maximilian dihukum bunuh selepas dia ditawan oleh penyokong republik Mexico.

Kehidupan awal

[sunting | sunting sumber]

Maximilian dilahirkan di Schönbrunn, Vienna, Austria, anak kedua Archduke Franz Karl dari Austria dan isterinya Sophie Friederike Dorothee Wilhelmine, Puteri Bavaria. Abangnya merupakan Maharaja Franz Josef Austria (sometimes identified by the English spelling Francis Joseph). Maximilian dilahirkan sebagai His Imperial dan Royal Highness Ferdinand Maximilian Joseph, Prince Imperial and Archduke of Austria, Putera Diraja bagi Hungary dan Bohemia.

Baginda mempunyai kebijaksanaan yang tinggi dengan menampakkan minat yang besar kearah kesenian dan mempamerkan minat awal kepada sains, terutama botani. Baginda dilatih sebagai seorang tentera laut yang menunjukkan semangat yang kuat sehingga baginda naik dengan cepat ke pemerintahan tertinggi tentera, dan memainkan peranan penting dalam penubuhan pangkalan tentera laut Trieste dan armada dengan Laksamana Wilhelm von Tegetthoff memenangi kemenangannya dalam Perang Itali. Baginda terpengaruh oleh idea-idea progresif yang popular pada masa itu, dan mempunyai reputasi sebagai seorang berfahaman liberal yang kuat, maka ia mendorong kepada jawatan sebagai wizurai bagi negara Lombardo-Venetia pada 1857.

Baginda berkahwin, pada 27 Julai 1857, di Brussel, Belgium, dengan Puteri Charlotte dari Belgium (juga dikenali sebagai maharani Carlota Mexico), anak perempuan kepada Leopold I, Raja Belgium.

Sebagai Maharaja Mexico

[sunting | sunting sumber]

Pada 1859, baginda dihubungi puak penyokong monarki Mexico pimpinan José Pablo Martínez del Río—yang mempelawa baginda menduduki takhta Maharaja Mexico. Sambil itu pula, Maximilian sudah ada potensi kelayakan mendapatkan pewarisan takhta Wangsa Habsburg yang memerintah Kewizuraian Sepanyol Baru sejak berkurun lamanya, namun tidak dapat memerintah di Eropah atas kehadiran kakandanya.[2] Pada 20 Oktober 1861 di Paris, Maximilian menerima suatu perutusan surat daripada Gutierrez de Estrada agar menaiki takhta raja Mexico. Baginda pada asalnya enggan melakukan demikian, namun bertukar fikiran setelah campur tangan Perancis di Mexico, selain mahu memenuhi hasratnya mahu mengembara di hutan-hutan tropika di Brazil. Maximilian bersetuju menerima pertabalan ini pada October 1863 selepas diundang Napoleon III, berikutan pengepungan Bandar Raya Mexico oleh Jeneral Élie-Frédéric Forey serta suatu plebisit urusan Perancis yang merasmikan penubuhan sebuah Empayar yang baru.[2]

  1. ^ Derecho Mexicano, Jacinto Pallares, Mexico ISBN 1-162-47704-0
  2. ^ a b Maximilian in Mexico

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
{{bottomLinkPreText}} {{bottomLinkText}}
Maximilian I dari Mexico
Listen to this article

This browser is not supported by Wikiwand :(
Wikiwand requires a browser with modern capabilities in order to provide you with the best reading experience.
Please download and use one of the following browsers:

This article was just edited, click to reload
This article has been deleted on Wikipedia (Why?)

Back to homepage

Please click Add in the dialog above
Please click Allow in the top-left corner,
then click Install Now in the dialog
Please click Open in the download dialog,
then click Install
Please click the "Downloads" icon in the Safari toolbar, open the first download in the list,
then click Install
{{::$root.activation.text}}

Install Wikiwand

Install on Chrome Install on Firefox
Don't forget to rate us

Tell your friends about Wikiwand!

Gmail Facebook Twitter Link

Enjoying Wikiwand?

Tell your friends and spread the love:
Share on Gmail Share on Facebook Share on Twitter Share on Buffer

Our magic isn't perfect

You can help our automatic cover photo selection by reporting an unsuitable photo.

This photo is visually disturbing This photo is not a good choice

Thank you for helping!


Your input will affect cover photo selection, along with input from other users.

X

Get ready for Wikiwand 2.0 🎉! the new version arrives on September 1st! Don't want to wait?