For faster navigation, this Iframe is preloading the Wikiwand page for Majlis Bandaraya Pulau Pinang.

Majlis Bandaraya Pulau Pinang

Rencana ini perlu dikemas kini. Sila bantu mengemaskinikan rencana ini bagi mencerminkan peristiwa yang terkini atau maklumat yang baru.
Majlis Bandaraya Pulau Pinang
Logo
Jenis
Jenis
Kerajaan Tempatan
Sejarah
Diasaskan15 Disember 1976
Didahului oleh
Majlis Perbandaran Pulau Pinang
Kepimpinan
Datuk Bandar
Datuk Ir Rajendran A/L P. Anthony (sejak 2023)
Setiausaha Bandaraya
Sr. Cheong Chee Hong
Struktur
Ahli24 orang
Moto
Memimpin Sambil Berkhidmat
Tempat persidangan
Majlis Bandaraya Pulau Pinang

Paras 17, KOMTAR, Jalan Penang

10675 Pulau Pinang
Laman sesawang
https://www.mbpp.gov.my/ms/
Perlembagaan
Akta Kerajaan Tempatan 1976
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Majlis Bandaraya Pulau Pinang merupakan kerajaan tempatan yang mentadbir Bandar raya George Town, Pulau Pinang. Majlis ini berfungsi untuk memberikan perkhidmatan-perkhidmatan perbandaran kepada penduduk. Ia juga bertanggungjawab pada kesihatan dan sanitasi awam, pengurusan dan pembuangan sampah, perancangan bandar, perlindungan dan kawalan alam sekitar, pembangunan ekonomi dan sosial, pengurusan lalu lintas dan penyelenggaraan umum bagi infrastruktur bandar[1]. Majlis ini diketuai oleh seorang Datuk Bandar dan mempunyai 24 orang Ahli Majlis.

Latar belakang

[sunting | sunting sumber]

Majlis Bandaraya Pulau Pinang merupakan satu kawasan pentadbiran tempatan di kawasan Pulau dan Bandaraya Georgetown.

Pada 15 Disember 1976, Lembaga Pengurus Kerajaan Tempatan Pulau Pinang telah digantikan dengan Majlis Perbandaran Pulau Pinang dengan penguatkuasaan Akta KerajaanTempatan 1976. Pihak Berkuasa Negeri Pulau Pinang telah bersetuju pada 25 Jun 2010 agar Majlis Perbandaran Pulau Pinang dinaiktaraf kepada Majlis Bandaraya Pulau Pinang berpandukan peruntukan bawah seksyen 4(2), Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171). Sehubungan dengan itu, Majlis Mesyuarat Kerajaan meluluskan cadangan persempadanan baru kawasan Majlis Perbandaran Pulau Pinang.

Pada 28 Mac 2013 Pihak Berkuasa Negeri di bawah seksyen 4(3) Akta Kerajaan Tempatan 1976 dengan berunding dengan Menteri dan Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya secara pemberitahuan melalui Warta bahawa sempadan kawasan Majlis Perbandaran Pulau Pinang diubah dengan menambah kawasan tebusguna. Selaras dengan itu, pihak Kerajaan Negeri telah membentangkan kepada Jawatankuasa Pemandu Saiz Perkhidmatan Awam pada 9 April 2014 mengenai penambahan sempadan (tebus guna) kawasan Majlis Perbandaran Pulau Pinang iaitu sebanyak 8.773km persegi menjadikan keluasan Majlis kini 305.773 km persegi (asal 297 km persegi). Pembentangan tersebut juga merangkumi penambahan jawatan sebanyak 388, menjadikan jumlah perjawatan kini sejumlah 3964 (asal 3576).

Pengiktirafan Majlis Bandaraya Pulau Pinang memperlihatkan penambahan 4 jabatan baru iaitu Jabatan Landskap, Jabatan Warisan, Jabatan Penguatkuasaan dan Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal & Permbersihan Awam. Justeru, Mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh 7 November 2014 telah bersetuju dengan cadangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk mengubah sempadan MPPP dan seterusnya menaiktaraf MPPP ke MBPP. Selaras dengan itu, DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan pengisytiharan MPPP kepada MBPP berkuatkuasa 1 Januari 2015 pada 10 Mac 2015 .[2]

Bagi memastikan perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan di bahagian Pulau diuruskan dengan baik, terdapat 14 buah jabatan yang membantu melancarkan pentadbiran majlis iaitu:

  • Jabatan Khidmat Pengurusan
  • Jabatan Perbendaharaan
  • Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta
  • Jabatan Perancangan Pembangunan
  • Jabatan Kejuruteraan
  • Jabatan Kawalan Bangunan
  • Jabatan Kesihatan Persekitaran
  • Jabatan Perlesenan
  • Jabatan Perkhidmatan Perbandaran
  • Jabatan Pengurusan Korporat dan Komuniti
  • Jabatan Konservasi Warisan
  • Jabatan Landskap
  • Jabatan Penguatkuasaan
  • Jabatan Pesuruhjaya Bangunan

Ahli Majlis

[sunting | sunting sumber]

Seramai 24 orang ahli majlis dipilih oleh Kerajaan Negeri di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976. Tempoh perkhidmatan ahli majlis adalah selama setahun.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Mohd Yahya, N., The local government system in Peninsular Malaysia: with special reference to the structure, management, finance and planning, 1987
  2. ^ https://www.facebook.com/pages/Majlis-Bandaraya-Pulau-Pinang-MBPP/824716250937723?sk=info&tab=page_info

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
{{bottomLinkPreText}} {{bottomLinkText}}
Majlis Bandaraya Pulau Pinang
Listen to this article

This browser is not supported by Wikiwand :(
Wikiwand requires a browser with modern capabilities in order to provide you with the best reading experience.
Please download and use one of the following browsers:

This article was just edited, click to reload
This article has been deleted on Wikipedia (Why?)

Back to homepage

Please click Add in the dialog above
Please click Allow in the top-left corner,
then click Install Now in the dialog
Please click Open in the download dialog,
then click Install
Please click the "Downloads" icon in the Safari toolbar, open the first download in the list,
then click Install
{{::$root.activation.text}}

Install Wikiwand

Install on Chrome Install on Firefox
Don't forget to rate us

Tell your friends about Wikiwand!

Gmail Facebook Twitter Link

Enjoying Wikiwand?

Tell your friends and spread the love:
Share on Gmail Share on Facebook Share on Twitter Share on Buffer

Our magic isn't perfect

You can help our automatic cover photo selection by reporting an unsuitable photo.

This photo is visually disturbing This photo is not a good choice

Thank you for helping!


Your input will affect cover photo selection, along with input from other users.

X

Get ready for Wikiwand 2.0 🎉! the new version arrives on September 1st! Don't want to wait?