For faster navigation, this Iframe is preloading the Wikiwand page for Jemaah Islamiah Aceh.

Jemaah Islamiah Aceh

Jemaah Islamiah Aceh membina kem latihan di hutan pegunungan Jalin, Kecamatan Kota Jantho, Kabupaten Aceh Besar, 70 km di timur Banda Aceh, utara pulau Sumatera,Indonesia. Pada 22 Februari 2010 kem ini digempur oleh polis Indonesia.

Risikan polis Indonesia mendapat maklumat kira-kira 50 pengganas beroperasi di Acheh. 100 polis komando Indonesia menyerbu dan berbalas tembak selama 14 jam. Polis menemui pakaian seragam mirip tentera Malaysia ketika polis Indonesia membuat serbuan di pusat latihan paramilitari Jemaah Islamiyah (JI). Turut dirampas ialah pisau komando, teleskop, rangsum tentera, pakaian seragam mirip tentera Malaysia (ATM) dan khemah. CD tentang perjuangan kaum yang tertindas turut ditemui.

Ketua Polis Aceh, Adityawarman menyatakan 50 pengganas baru itu mendapat inspirasi perjuangan Imam Samudera dan Noordin Mohammad Top. Pengganas itu memiliki 17 pucuk senjata api.4 lelaki tempatan berusia 21-46 berjaya ditangkap. Seorang terbunuh. Kira-kira 50 lelaki beroperasi di situ sejak September 2009. Kumpulan ini sering pindah randah.

Orang awam yang terbunuh ialah Kamaruddin (36) dan anaknya Suheri (14), berasal dari Lamleupueng, Kecamatan Kuta Cot Glie, Aceh Besar.Kamaruddin atau gelarnya Raja Rimba meninggal dunia semasa dihantar ke RS Bhayangkara, Banda Aceh. Mereka baru pulang dari memancing ikan.

Mereka yang ditangkap ialah Ismed Hakiki (40) dan Zakky Rahmatullah (27) berasal dari Kecamatan Picung, Kabupaten Pandeglang, Provinsi Banten. Yudi Zulfahri (27) warga Perumnas Lambheu, Kecamatan Darul Imarah dan Masykur Rahmat (21), warga Gampong Miruek, Kecamatan Krueng Barona Jaya.[1]

Pada 1 Mac 2010, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menafikan Malaysia mahupun Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terlibat. Beliau meminta laporan lengkap daripada Ketua Polis Indonesia melalui Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta.

Ketua skuad antikeganasan, Sarjan Abdi percaya saki baki pengganas masih bersembunyi di hutan tebal di Aceh Besar. Polis lengkap dengan perisan badan dan raifel menggeledah perkampungan Idoh Tunong.Lebih 20 militan menyerang hendap pasukan polis pimpinan Abdi di perkampungan Lamkabeue, kurang tiga kilometer dari barat ibu negeri, Banda Aceh. Tiga anggotanya maut dan 11 lagi cedera. Pos kawalan polis dibina di setiap beberapa kilometer di Aceh Besar.

Dulmatin ditembak

[sunting | sunting sumber]

Pada 9 Mac 2010, Dulmatin dan 2 pengawalnya berjaya ditembak di sebuah kafe siber di Pamulang, Tangerang, Banten, Indonesia.

Pertempuran di Aceh

[sunting | sunting sumber]

Pada 12 Mac 2010, ketua penyiasat polis Persekutuan Indonesia, Itu Sumardi memberitahu bahawa 2 militan ditembak mati dan lapan lagi ditahan perkampungan Leupung, wilayah Aceh.Ketika itu polis memeriksa sebuah van kecil di sebatang jalan raya. Dua lelaki melompat turun dan menembak polis. Baki penumpang dalam van itu ditahan. Polis turut menemui lima laras senapang, sepucuk pistol semi-automatik dan 25 butir peluru. [2]

{{bottomLinkPreText}} {{bottomLinkText}}
Jemaah Islamiah Aceh
Listen to this article

This browser is not supported by Wikiwand :(
Wikiwand requires a browser with modern capabilities in order to provide you with the best reading experience.
Please download and use one of the following browsers:

This article was just edited, click to reload
This article has been deleted on Wikipedia (Why?)

Back to homepage

Please click Add in the dialog above
Please click Allow in the top-left corner,
then click Install Now in the dialog
Please click Open in the download dialog,
then click Install
Please click the "Downloads" icon in the Safari toolbar, open the first download in the list,
then click Install
{{::$root.activation.text}}

Install Wikiwand

Install on Chrome Install on Firefox
Don't forget to rate us

Tell your friends about Wikiwand!

Gmail Facebook Twitter Link

Enjoying Wikiwand?

Tell your friends and spread the love:
Share on Gmail Share on Facebook Share on Twitter Share on Buffer

Our magic isn't perfect

You can help our automatic cover photo selection by reporting an unsuitable photo.

This photo is visually disturbing This photo is not a good choice

Thank you for helping!


Your input will affect cover photo selection, along with input from other users.

X

Get ready for Wikiwand 2.0 ๐ŸŽ‰! the new version arrives on September 1st! Don't want to wait?