Jambatan Angkat Kuala Terengganu
Jambatan Angkat Kuala Terengganu جمبتن اڠكت كوالا ترڠڬانو | |
---|---|
Koordinat | 5°20′23″N 103°08′41″E / 5.33977°N 103.14483°EKoordinat: 5°20′23″N 103°08′41″E / 5.33977°N 103.14483°E |
Membawa | Kenderaan bermotor, Pejalan kaki |
Menyeberangi | Sungai Terengganu |
Lokasi | Kuala Terengganu |
Penyelenggara | TI Properties Sdn Bhd[1] |
Ciri-ciri | |
Reka bentuk | Jambatan imbang |
Panjang keseluruhan | 638 meter |
Lebar | 23 meter[2] |
Tinggi | 12.5 meter dari aras laut[3] |
Bilangan lorong | Empat |
Sejarah | |
Kos pembinaan | RM248 juta[4] |
Dibuka | 2-17 Jun 2019 (tempoh percubaan) 1 Ogos 2019 (dibuka secara tidak rasmi)[5] |
Dirasmikan | 14 September 2022[6] |
Lokasi | |
sunting · sunting di Wikidata |
Jambatan Angkat Kuala Terengganu merupakan sebuah jambatan imbang yang terletak di Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia.[7] Ia merupakan jambatan keempat di kawasan bandar Kuala Terengganu yang menyeberangi Sungai Terengganu selepas Jambatan Sultan Mahmud, Jambatan Manir dan Jambatan Pulau Sekati.
Jambatan Angkat Kuala Terengganu merupakan sebuah projek dalam inisiatif Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER). Jambatan imbang sulung di Malaysia ini dibina oleh Zelan Construction Sdn Bhd dengan menelan belanja RM248 juta. Kerja pembinaan bermula pada Ogos 2014 dan disiapkan pada pertengahan tahun 2019. Jambatan angkat ini juga merupakan sebahagian daripada projek pembangunan Kuala Terengganu City Centre (KTCC).[8][9]
Jambatan Angkat Kuala Terengganu dibuka untuk tempoh percubaan dari 2 hingga 17 Jun sewaktu musim perayaan Aidilfitri, kemudian ditutup semula untuk memberi ruang kepada kerja-kerja ujian dan penambahbaikan. Akhirnya ia dibuka kepada kenderaan dan pejalan kaki pada 1 Ogos 2019.[10]
Reka bentuk
[sunting | sunting sumber]Reka bentuknya mendapat ilham daripada Tower Bridge di London yang juga berbentuk jambatan imbang. Ia mempunyai jalan raya satu jalur, dua hala dengan lebar 23 meter yang merentangi 638 meter di atas muara Sungai Terengganu.[11] Ia menghubungkan Muara Selatan, sebuah kawasan tanah tebus guna di pusat bandar berdekatan Tanjung, dengan Muara Utara di Seberang Takir. Terdapat ruang legar setinggi 12.5 meter dari paras air ke jambatan apabila daunnya ditutup. Rentang legarnya ialah 50 meter.[12] Terdapat empat batang menara 15 meter tingginya, sepasang untuk setiap pangkal daun jambatan, setiap pasang dihubungkan dengan jejantas.[13] Setiap menara berpangkalkan lobi untuk membolehkan pengunjung menaiki kawasan perniagaan yang terletak di dalam jejantas. Pada waktu malam, jambatan disinari hiasan lampu berwarna-warni.[14] Jambatan angkat membolehkan pengguna memendekkan waktu perjalanan antara Lapangan Terbang Sultan Mahmud atau Universiti Malaysia Terengganu dan Kuala Terengganu sebanyak 15 minit. Sebatang jalan raya empat lorong di pesisir pantai telah dibina untuk menghubungkan jambatan dengan Kuala Nerus.[15]
Galeri
[sunting | sunting sumber]-
Papan tanda Jambatan Angkat
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Jambatan Angkat Dibuka Untuk Laluan Kapal Sebulan Lagi
- ^ Pembinaan infrastruktur Drawbridge
- ^ Jambatan angkat dibuka semula esok
- ^ "Infografik Jambatan Angkatan Terengganu". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-08-07. Dicapai pada 2019-08-07.
- ^ "Jambatan Angkat Drawbridge Kuala Terengganu Dibuka 1 Ogos". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-08-07. Dicapai pada 2019-08-07.
- ^ "Sultan Mizan rasmi Jambatan Angkat Kuala Terengganu". 2022-09-14. Dicapai pada 2022-09-18.
- ^ "Jambatan Angkat Terengganu bakal jadi tumpuan lokasi 'wajib' bergambar". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-08-07. Dicapai pada 2019-08-07.
- ^ Shamsuddin, Mohd Aizat (May 28, 2019). "'Draw bridge' Kuala Terengganu terbaik..." HM Online.
- ^ "Zelan gets RM248.7mil bridge contract". The Star Online. Aug 1, 2014.
- ^ "Kuala Terengganu drawbridge to be opened for test run from June 2-17". The Star Online. May 20, 2019.
- ^ "Zelan gets RM248.7mil bridge contract". The Star Online. Aug 1, 2014.
- ^ http://www.zelan.com/our-business/engineering-construction/infrastructure-construction/drawbridge/
- ^ https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/07/591077/jambatan-angkat-dibuka-semula-esok
- ^ July 2019, Published 2 weeks ago on 31. "Terengganu MB: Iconic drawbridge to be opened tomorrow | Malay Mail". www.malaymail.com.
- ^ https://www.nst.com.my/news/nation/2019/05/492600/terengganus-drawbridge-set-be-key-attraction
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Daerah | ||
---|---|---|
Bandaraya | Kuala Terengganu (ibu negeri) | |
Bandar | Ajil • Bandar Al-Muktafi Billah Shah • Bandar Ketengah Jaya • Bandar Permaisuri • Bandar Seri Bandi • Batu Rakit • Bukit Besi • Chukai • Gong Kedak • Jabur • Jerangau • Jerteh • Kemasik • Kerteh • Kijal • Kuala Besut • Kuala Berang • Kuala Dungun • Marang • Merchang • Paka • Pasir Raja • Rantau Abang • Rasau Kerteh • Seberang Takir • Teluk Kalung • Wakaf Tapai • Putera Jaya • Seri Langkap • Gong Badak | |
Jambatan | ||
Pantai | Pantai Air Tawar • Pantai Batu Buruk • Pantai Batu Pelanduk • Pantai Batu Rakit • Pantai Bukit Keluang • Pantai Kelulut • Pantai Kemasik • Pantai Kuala Ibai • Pantai Mengabang Telipot • Pantai Lembah Bidong • Pantai Merang • Pantai Pandak • Pantai Penarik • Pantai Penunjuk Kijal • Pantai Rantau Abang • Pantai Kuala Abang • Pantai Rusila • Pantai Tanjung Jara • Pantai Teluk Bidara • Pantai Teluk Gadung • Pantai Teluk Kalong • Pantai Teluk Ketapang • Pantai Teluk Lipat • Pantai Teluk Mak Nik • Pantai Tok Jembal | |
Pulau | ||
Istana | ||
Hospital | ||
Empangan | ||
Peristiwa | ||
Bahagian pilihan raya |
ECER di Kelantan | |
---|---|
ECER di Terengganu | Bandar Al-Muktafi Billah Shah • Bandar Chenih Bahru • Bandar Ketengah Jaya • Jambatan Angkat Terengganu • Taman Tamadun Islam • Tasik Kenyir • Kuala Terengganu • Paka • Pulau Perhentian • Rantau Abang • Pulau Redang • Kerteh • Kemaman • Lebuhraya Pantai Timur • Lebuhraya Timur-Barat Kedua • Lapangan Terbang Sultan Mahmud • Universiti Malaysia Terengganu • Universiti Sultan Zainal Abidin • Taman Negara • Pulau Warisan • Pelabuhan Kerteh |
ECER di Pahang | Bandar Indera Mahkota • Bandar Muadzam Shah • Bandar Pusat Jengka • Bandar Tun Abdul Razak • Tasik Bera • Cameron Highlands • Tasik Chini • Cherating • Lebuhraya Pantai Timur • Gambang • Gebeng • Genting Highlands • Jerantut • Kuantan • Pelabuhan Kuantan • Pekan • Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah • Pulau Tioman • Universiti Malaysia Pahang • Taman Negara |
ECER di Johor |
Text is available under the CC BY-SA 4.0 license; additional terms may apply.
Images, videos and audio are available under their respective licenses.