For faster navigation, this Iframe is preloading the Wikiwand page for Hubungan antarabangsa.

Hubungan antarabangsa

Hubungan antarabangsa (bahasa Inggeris: International relations IR) merupakan cabangan sains politik yang mengkaji hal ehwal luar negeri serta isu-isu global dalam sistem antarabangsa, termasuk peranan negara-negara, pertubuhan antarabangsa, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), serta perbadanan multinasional (MNC). Ia merupakan bidang akademik dan dasar awam, dan boleh dianggap sebagai positif atau normatif. Kajian ini bertujuan menganalisis serta membentuk dasar luar negeri bagi pelbagai negara.

Hubungan antarabangsa sebagai kajian juga menggunakan ilmu pelbagai bidang seperti ekonomi, sejarah, undang-undang, falsafah, geografi, sosiologi, antropologi, psikologi dan kajian budaya. Ia melibatkan jumlah isu yang luas, dari globalisasi serta kesannya terhadap masyarakat dan kedaulatan negeri ke kemapanan ekologi, percambahan senjata nuklear, nasionalisme, pembangunan ekonomi, keganasan berbentuk terorisme, jenayah berorganisasi, keselamatan manusia dan hak asasi manusia.

Epistemologi dan teori IR

[sunting | sunting sumber]

Teori IR boleh dibahagikan kepada dua fahaman epistemologi utama, iaitu positivis dan pasca-positivis. Teori positivis bertujuan menngulangi kaedah sains semula jadi dengan manganalisis kesan kuasa material. Fahaman ini biasanya menumpu kepada ciri-ciri hubungan antarabangsa seperti interaksi negara-negara, saiz angakatan tentera, keseimbangan kuasa, dan sebagainya. Epistemologi pasca-positivis pula menolak idea bahawa dunia sosial boleh dikaji melalui cara objektif serta tanpa nilai (value-free). Ia menolak idea utama neo-realisme/liberalisme, seperti teori pilihan rasional, dengan alasan bahawa kaedah saintifik tidak boleh digunakan ketika mengkaji dunia sosial dan adalah mustahil jika IR dikaji sebagai sains.

Perbezaan utama antara dua fahaman tersebut ialah teori positivis memberi penjelasan secara ringkas (seperti sebab dan cara kuasa digunakan), manakala teori pasca-positivis memberi fokus kepada persoalan asas seperti apa maksudnya 'kuasa'; apakah tapak asasnya, bagaimanakah ia dialami, serta bagaimanakah ia digunakan semula. Teori pasca-positivis menggalakkan pendekatan normatif kepada IR dengan mempertimbangkan etika dalam kejian. Perkara ini sering diketepikan dalam IR 'tradisional', kerana teori positivis membezakan 'fakta' daripada pertimbangan normatif, iaitu 'nilai'.

Teori positivis

[sunting | sunting sumber]

Realisme mementingkan keselamatan negara dan kuasa. Penyumbang kepada teori ini, seperti E.H. Carr, Daniel Bernhard dan Hans Morgenthau mendakwa bahawa negara-negara hanya menjaga kepentingan diri, dan merupakan watak rasional mencari kuasa, yang ingin memaksimumkan keselamatan diri serta peluang meneruskan kewujudan diri. Kerjasama antara negara disifatkan sebagai cara meningkatkan keselamatan setiap negara (bertentangan dengan fahaman idealistik).

Liberalisme/idealisme/Internasionalisme liberal

[sunting | sunting sumber]

Teori hubungan antarabangsa liberal membangkit selepas Perang Dunia I berikutan ketidakmampuan negara-negara mengawal dan mengelakkan peperangan dalam hubungan antarabangsa mereka. Penyokong teori ini seperti Woodrow Wilson dan Norman Angell mendakwa bahawa semua negara boleh mendapat faedah daripada kerjasama dan peperangan begitu memusnahkan sehingga ia tidak memberi faedah kepada mana-mana pihak. E.H. Carr memberikan teori ini satu istilah yang baru, iaitu "idealisme".

Neorealisme

[sunting | sunting sumber]

berasas daripada realism serta berkongsi andaian-andaian dan konsep-konsep asas namun telah dimodifikasikan untuk menyesuaikannya dengan dunia temporari. neorealis mengambil kira aktor non-negara.

Neoliberalisme

[sunting | sunting sumber]

berasaskan kepada 4 jenis liberalisme (perdagangan/republikan/sosiologikal/neo-institusionalisme)

lebih fokus kepada isu kerjasama, politik ekonomi antarabangsa dan persekitaran.

Teori rejim

[sunting | sunting sumber]

Teori pasca-positivis

[sunting | sunting sumber]

Teori masyarakat antarabangsa

[sunting | sunting sumber]

Teori masyarakat antarabangsa menumpu kepada norma dan nilai negara-negara serta cara norma dan nilai itu memberi kesan kepada hubungan antarabangsa. Contoh norma tersebut termasuk diplomasi, tertib dan undang-undang antarabangsa. Teoris fahaman ini memberi tumpuan kepada campur tangan kemanusiaan, dan boleh dibahagikan kepada solidaris yang lebih menyokong campur tangan kemanusiaan, serta pluralis, yang memberi kepentingan kepada tertib dan kedaulatan.

Konstruktivisme sosial

[sunting | sunting sumber]

Teori kritikal hubungan antarabangsa

[sunting | sunting sumber]

Marxisme menolak pandangan fahaman liberalisme/realisme tentang konflik atau kerjasama, dan memberi fokus kepada aspek ekonomi dan material. Fahaman ini berkait rapat dengan teori kebergantungan yang mendakwa bahawa negara maju, dalam usaha mereka mencari kuasa, menyusup ke dalam negara sedang membangun melalui pensihat politik, pakar dan MNC untuk menyepadukan negara membangun ke dalam sistem kapitalis untuk mendapatkan sumber semula jadi serta menambahkan kebergantungan negara membangun kepada negara maju.

Konsep dalam hubungan antarabangsa

[sunting | sunting sumber]

Konsep tahap sistemik

[sunting | sunting sumber]
  • Kuasa dalam hubungan antarabangsa
    • Polariti
  • Saling bergantungan
  • Teori kebergantungan

Alat sistemik dalam hubungan antarabangsa

[sunting | sunting sumber]
  • Diplomasi
  • Isbat (sekatan)
  • Perang
  • Mobilisasi pemaluan antarabangsa
  • Keuntungan ekonomi atau diplomatik

Institusi dalam hubungan antarabangsa

[sunting | sunting sumber]

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu

[sunting | sunting sumber]

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu merupakan pertubuhan antarabangsa yang menggalakkan kerjasama antara kerajaan-kerajaan seluruh negara dalam uandang-undang antarabangsa, keselamatan antarabangsa, pembangunan ekonomi dan ekuiti sosial.

Istitusi ekonomi

[sunting | sunting sumber]

Badan undang-undang antarabangsa

[sunting | sunting sumber]

Hak asasi manusia

[sunting | sunting sumber]

Undang-undang

[sunting | sunting sumber]

Hubungan keselamatan serantau

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
{{bottomLinkPreText}} {{bottomLinkText}}
Hubungan antarabangsa
Listen to this article

This browser is not supported by Wikiwand :(
Wikiwand requires a browser with modern capabilities in order to provide you with the best reading experience.
Please download and use one of the following browsers:

This article was just edited, click to reload
This article has been deleted on Wikipedia (Why?)

Back to homepage

Please click Add in the dialog above
Please click Allow in the top-left corner,
then click Install Now in the dialog
Please click Open in the download dialog,
then click Install
Please click the "Downloads" icon in the Safari toolbar, open the first download in the list,
then click Install
{{::$root.activation.text}}

Install Wikiwand

Install on Chrome Install on Firefox
Don't forget to rate us

Tell your friends about Wikiwand!

Gmail Facebook Twitter Link

Enjoying Wikiwand?

Tell your friends and spread the love:
Share on Gmail Share on Facebook Share on Twitter Share on Buffer

Our magic isn't perfect

You can help our automatic cover photo selection by reporting an unsuitable photo.

This photo is visually disturbing This photo is not a good choice

Thank you for helping!


Your input will affect cover photo selection, along with input from other users.

X

Get ready for Wikiwand 2.0 🎉! the new version arrives on September 1st! Don't want to wait?