For faster navigation, this Iframe is preloading the Wikiwand page for Grup Kapten.

Grup Kapten

Grup Kapten
Group Captain

Panji pemerintah Grup Kapten RAF Lencana bahu dan jalur lengan Grup Kapten
Negara
United Kingdom
Cabang perkhidmatan Bendera Tentera Udara UK Tentera Udara Diraja
Kumpulan pangkat Pegawai kanan
Singkatan Gp Capt/GPCAPT
Diperkenalkan 1 April 1918
Persamaan
NATO
OF-5
Pangkat tinggi seterusnya Komodor Udara

Pangkat rendah seterusnya

Wing Komander

Persamaan pangkat tentera laut Kepten (RN)
Persamaan pangkat tentera darat/marin Kolonel (TD/RM)

Grup Kapten (Group Captain atau Gp Capt dalam RAF, IAF dan PAF, GPCAPT dalam RNZAF dan RAAF; kadang kala G/C dalam semua cabang perkhidmatan) ialah pegawai bertauliah kanan yang berasal daripada Tentera Udara Diraja.[1] Pangkat tersebut juga telah digunakan oleh banyak tentera udara negara-negara yang mempunyai pengaruh sejarah British dan ia kadangkala digunakan sebagai terjemahan bahasa Inggeris yang setaraf dengan pangkat di negara-negara yang mempunyai struktur pangkat spesifik tentera udara bukan Inggeris. Ia berkedudukan atas Wing Komander dan berada dibawah Komodor Udara. Nama pangkat tersebut dibaca penuh, dan tidak pernah diringkaskan kepada Kapten".

Ia mempunyai kod pangkat OF-5 NATO, dan ia setaraf dengan Kepten dalam Tentera Laut Diraja atau Kolonel dalam Tentera Darat British atau Marin Diraja. Grup Kapten ialah pangkat yang biasanya disandang oleh pegawai memerintah pangkalan udara RAF.

Pangkat setaraf dalam Women's Auxiliary Air Force, Women's Auxiliary Australian Air Force, Women's Royal Air Force (hingga 1968) dan Princess Mary's Royal Air Force Nursing Service (hingga 1980) ialah "pegawai grup". Pangkat sepadan dalam Royal Observer Corps (hingga 1995) ialah "kapten peninjau", yang mempunyai insignia pangkat yang sama.

Grup Kapten yang ternama

[sunting | sunting sumber]
  • Leonard Cheshire VC, juruterbang pesawat pengebom Perang Dunia II dan pekerja kebajikan.
  • Douglas Bader, juruterbang pesawat pejuang Perang Dunia II dan kedua-dua kakinya dipotong.
  • Peter Townsend, juruterbang Perang Dunia II dan pernah melamar Puteri Margaret.
  • Hugh Dundas, juruterbang pesawat pejuang Perang Dunia II. Orang termuda memegang pangkat ini (umur 24 tahun).
  • Stanisław Skarżyński, juruterbang pesawat pengebom Perang Dunia II. Pegawai memerintah Lindholme RAF. Tentera Udara Poland. Pemegang Rekod Dunia Rentas Atlantik. Dikurniakan Blériot Medal 1936.
  • James Stagg, ahli kaji cuaca RAF yang terlibat dalam merancang pencerobohan D-Day.
  • Percy Charles Pickard DSO & Dua Bar, DFC, juruterbang pesawat pengebom Perang Dunia II dan kapten "F for Freddie" dalam filem dokumentari Target for Tonight, terbunuh dalam Operasi Jericho.
  • Thomas "Loel" Guinness, juruterbang pesawat pejuang Perang Dunia II, ahli politik dan ahli perniagaan
  • Lionel Mandrake, pegawai fiksyen dalam filem Dr. Strangelove yang dilakonkan oleh Peter Sellers
  • Sachin Tendulkar, grup kapten kehormat Tentera Udara India untuk pencapaiannya dalam sukan kriket.
  • Chris Hoy, bekas Duta ke Royal Air Force Air Cadets
  • Carol Vorderman, Duta terbaru, mengambil alih dari orang diatas
  • Kapten Jack Harkness, watak fiksyen dalam siri tv Doctor Who dan sambungan siri tv Torchwood beliau memakai pangkat grup kapten pada kot labuhnya, namun beliau selalu tersilap dirujuk sebagai hanya "kapten".
  • Grup Kapten Ramsey, watak fiksyen dalam Filem The Great Escape tahun 1963. Gelaran rasmi ialah Pegawai Kanan British, atau Senior British Officer (SBO). Watak beliau berdasarkan watak sebenar Group Captain Herbert Massey, yang telah menjadi Senior British Officer di Stalag Luft III sewaktu ditahan sebagai POW disana semasa Perang Dunia Kedua. Ramsey, seperti Massey, lumpuh sebelah kaki dan berjalan dengan tongkat. Watak beliau dalam wayang dimainkan oleh James Donald.
  • Geoffrey Flindell Wood OBE, DFC, bekerja untuk Eksekutif Operasi Khas (SOE) semasa Perang Dunia 2.
  • Clive Robertson "Killer" Caldwell DSO, DFC & Bar, Cross of Valor (Poland), juruterbang pejuang ace bermarkah tertinggi Australia dan juruterbang P-40 bermarkah tertinggi daripada mana-mana tentera udara dan juruterbang pihak Bersekutu bermarkah tertinggi di Afrika Utara. Menjadi salah seorang dari kumpulan kecil juruterbang disepanjang sejarah yang menjadi "Ace dalam satu hari".
  • Walter Churchill, DSO DFC, juruterbang pejuang ace Perang Dunia II, yang juga menilai beberapa pembuatan pesawat pejuang untuk RAF, dan memainkan peranan penting dalam membawa pesawat pejuang Spitfire ke pertahanan Malta.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ "Ranks and Badges of the Royal Air Force". Royal Air Force. 2007. Dicapai pada 2007-12-01.
{{bottomLinkPreText}} {{bottomLinkText}}
Grup Kapten
Listen to this article

This browser is not supported by Wikiwand :(
Wikiwand requires a browser with modern capabilities in order to provide you with the best reading experience.
Please download and use one of the following browsers:

This article was just edited, click to reload
This article has been deleted on Wikipedia (Why?)

Back to homepage

Please click Add in the dialog above
Please click Allow in the top-left corner,
then click Install Now in the dialog
Please click Open in the download dialog,
then click Install
Please click the "Downloads" icon in the Safari toolbar, open the first download in the list,
then click Install
{{::$root.activation.text}}

Install Wikiwand

Install on Chrome Install on Firefox
Don't forget to rate us

Tell your friends about Wikiwand!

Gmail Facebook Twitter Link

Enjoying Wikiwand?

Tell your friends and spread the love:
Share on Gmail Share on Facebook Share on Twitter Share on Buffer

Our magic isn't perfect

You can help our automatic cover photo selection by reporting an unsuitable photo.

This photo is visually disturbing This photo is not a good choice

Thank you for helping!


Your input will affect cover photo selection, along with input from other users.

X

Get ready for Wikiwand 2.0 🎉! the new version arrives on September 1st! Don't want to wait?