For faster navigation, this Iframe is preloading the Wikiwand page for Erwin Gutawa.

Erwin Gutawa

Erwin Gutawa
Erwin di konsert Krisdayanti di Singapura pada 2004.
Kelahiran
Erwin Gutawa Sumapraja

(1962-05-16) 16 Mei 1962 (umur 62)
WarganegaraIndonesia
PekerjaanPemuzik, penulis lagu, komposer
Tahun aktif1985–kini
PasanganLuthfi Andirani
Anak-anak
Kerjaya muzik
GenrePop, balada, muzik klasikal, pop opera, R&B
InstrumenPiano, gitar bes
Pengkarya berkait
Karimata

Erwin Gutawa Sumapraja (lahir 16 Mei 1962) ialah seorang komposer, pemuzik, dan penerbit rakaman Indonesia. Beliau merupakan suami kepada Lufti Andriani dan juga merupakan bapa kepada Gita Gutawa dan Aura Aria. Beliau memulakan kerjaya muzik profesional pada 1985 sebagai ahli kumpulan jaz Karimata, kemudiannya menjadi pemuzik bebas pada 1991. Sebagai komposer, beliau telah memenangi Festival Lagu Midnight Sun 1992 di Finland bersama Ruth Sahanaya. Pada 2001, beliau memenangi Anugerah Musik Indonesia bagi gubahan muzik terbaik untuk konsert Rockestra beliau.

Beliau dilahirkan di Jakarta, Indonesia sebagai Erwin Gutawa Sumapraja pada 16 Mei 1962.[1] Sewaktu zaman kanak-kanaknya, beliau gemar bermain bola keranjang dan bola sepak;[2] dalam tempoh ini beliau juga bermain muzik bagi Bina Musika di bawah arahan Agus Rusli di Televisi Republik Indonesia.[1] Sebagai remaja, beliau terus bermain muzik bersama rakan-rakannya.[2] Selepas menamatkan pengajian di sekolah tinggi, Erwin memperoleh ijazah sarjana muda dalam seni bina dari Universiti Indonesia.[1]

Pada awal tahun 1980 Erwin bekerja sebagai pengatur bunyi untuk siri TVRI Telerama.[1] Walau bagaimanapun, kerjaya profesionalnya bermula pada 1985 apabila beliau menyertai kumpulan jazz Karimata sebagai pemain bes, bermain bersama-sama dengan Candra Darusman, Aminoto Kosin, Denny T.R. dan Uce Hariono. Bersama-sama Karimata, beliau membuat persembahan di Festival Jazz Laut Utara di The Hague, Belanda pada tahun yang sama.[3]

Dalam tempoh itu, beliau juga bekerja sebagai penggubah dan penerbit untuk penyanyi lain. Selepas Karimata dibubarkan pada tahun 1991, Erwin membentuk orkestra sendiri dan bekerja sebagai komposer. Selain mengarang, beliau juga menganjurkan konsert untuk artis-artis lain.[3]

Pada 3 November 2000, Erwin mengadakan konsert Rockestra, konsert rock menampilkan Slank, Gigi, dan Dewa 19. Melibatkan orkestra 85 ahli muzik, konsert itu diadakan di Dewan Plenari Pusat Konvensyen Jakarta. pemuzik tetamu termasuk Ahmad Albar, Roni Harahap, Jockie Soerjoprajogo, dan Nicky Astria.[4]

Pada 16 Mei 2002, beliau meraikan ulang tahun ke-40 dengan mengadakan konsert solo pertamanya, Konsert EG. Ia berlangsung di Dewan Plenari Pusat Konvensyen Jakarta dan juga menampilkan Chrisye (kini Allahyarham), Ruth Sahanaya, Krisdayanti, Sheila on 7, dan Slank.[3][5] Sejak itu, beliau telah memegang pelbagai konsert, termasuk Semangat Ramadhan (2008)[6] dan konsert selamat tinggal untuk anak perempuannya Gita Gutawa bertajuk A Masterpiece of Erwin Gutawa (2011).[7]

Pada tahun 2005, beliau pergi ke London, England untuk bekerja sebagai konduktor di Orkestra Simfoni London di Royal Albert Hall.[1]

Pada tahun 2010, beliau telah dipilih untuk menjadi salah seorang juri untuk musim keenam Indonesian Idol.[8]

Kehidupan peribadi

[sunting | sunting sumber]
Erwin Gutawa dan anaknya, Aluna Sagita, 2008

Beliau berkahwin dengan Lufti Andriani yang juga lebih dikenali sebagai Lulu. Pasangan ini mempunyai dua orang anak, Aluna Sagita dan Aura Aria Gutawa.[1][2] Beliau juga mempunyai hobi berbasikal dan memasak di rumah, terutamanya makanan Indonesia.[2]

Pada tahun 1992, Erwin dan lagu nyanyian Ruth Sahanaya "Kaulah Segalanya" memenangi 5 anugerah di Festival Lagu Midnight Sun di Finland.[1][3] Pada tahun 2001, beliau memenangi anugerah Anugerah Musik Indonesia bagi penggubah muzik terbaik untuk albumnya Rockestra.[5]

Beliau telah digambarkan sebagai mempunyai "sentuhan Midas" untuk muzik, dengan gerak hati yang tajam.[3]

Diskografi separa

[sunting | sunting sumber]

(Sebagai penggubah)[1][9]

  1. ^ a b c d e f g h Jodhi Yudono (19 Februari 2011). "Rekomendasi Musik Erwin Gutawa" [Pengesyoran Muzik Erwin Gutawa]. Kompas. Dicapai pada 11 Julai 2011. (Indonesia)
  2. ^ a b c d "Erwin Gutawa: It's all about music and family" [Erwin Gutawa: Segalanya mengenai muzik dan keluarga]. The Jakarta Post. 18 April 2010. Dicapai pada 11 July 2011. (Indonesia)
  3. ^ a b c d e Hera Diani (12 May 2002). "Erwin an all-round concert maestro" [Maestro konsert sana-sini Erwin Gutawa]. The Jakarta Post. Dicapai pada 11 July 2011. (Inggeris)
  4. ^ Helly Minarti (3 November 2000). "Rock the nite away with the 'Rockestra'" [Menggegarkan malam ini bersama 'Rockestra']. The Jakarta Post. Dicapai pada 11 Julai 2011. (Inggeris)
  5. ^ a b "Erwin Gutawa to hold solo concert" [Erwin Gutawa adakan konsert solo]. The Jakarta Post. 11 May 2002. Dicapai pada 11 July 2011. (Inggeris)
  6. ^ "Erwin to hold Islamic concert" [Erwin adakan konsert Islam]. The Jakarta Post. 13 August 2008. Dicapai pada 11 July 2011. (Inggeris)
  7. ^ "Gita Gutawa to Sign Off at Farewell Concert" [Gita Gutawa mengadakan konsert perpisahan]. The Jakarta Globe. 30 January 2011. Dicapai pada 11 July 2011. (Inggeris)
  8. ^ "Erwin Gutawa Cari "Artis Komplit"" [Erwin Gutawa cari "Artis Lengkap"]. Gatra. 7 Januari 2010. Dicapai pada 11 Julai 2011.[pautan mati kekal] (Indonesia)
  9. ^ Erwin Gutawa Tokoh Indonesia.com. 11 July 2011. (Indonesia)

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
{{bottomLinkPreText}} {{bottomLinkText}}
Erwin Gutawa
Listen to this article

This browser is not supported by Wikiwand :(
Wikiwand requires a browser with modern capabilities in order to provide you with the best reading experience.
Please download and use one of the following browsers:

This article was just edited, click to reload
This article has been deleted on Wikipedia (Why?)

Back to homepage

Please click Add in the dialog above
Please click Allow in the top-left corner,
then click Install Now in the dialog
Please click Open in the download dialog,
then click Install
Please click the "Downloads" icon in the Safari toolbar, open the first download in the list,
then click Install
{{::$root.activation.text}}

Install Wikiwand

Install on Chrome Install on Firefox
Don't forget to rate us

Tell your friends about Wikiwand!

Gmail Facebook Twitter Link

Enjoying Wikiwand?

Tell your friends and spread the love:
Share on Gmail Share on Facebook Share on Twitter Share on Buffer

Our magic isn't perfect

You can help our automatic cover photo selection by reporting an unsuitable photo.

This photo is visually disturbing This photo is not a good choice

Thank you for helping!


Your input will affect cover photo selection, along with input from other users.

X

Get ready for Wikiwand 2.0 🎉! the new version arrives on September 1st! Don't want to wait?