For faster navigation, this Iframe is preloading the Wikiwand page for Enggang cula hitam-putih.

Enggang cula hitam-putih

Enggang cula hitam-putih
Seruan dirakam di Kitale, Kenya
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Aves
Order: Bucerotiformes
Keluarga: Bucerotidae
Genus: Bycanistes
Spesies:
B. subcylindricus
Nama binomial
Bycanistes subcylindricus
(Sclater, PL, 1871)
Julat global     Julat sepanjang tahun     Julat musim panas     Julat musim sejuk

Enggang cula hitam-putih (Bycanistes subcylindricus) atau enggang pipi kelabu, ialah spesies enggang dalam keluarga Bucerotidae. Ia ditemui di habitat berhutan di Afrika tengah dan barat. hitam putih yang besar.

Ia mempunyai paruh kehitaman yang besar dengan cula besar di atasnya. Betina lebih kecil sedikit daripada jantan dan mempunyai cula yang lebih kecil. Ia bersifat monogami, dan pasangan bersarang dalam rongga pokok yang sesuai. Betina biasanya bertelur sehingga dua biji telur. Pemakanannya terdiri terutamanya daripada buah ara, buah-buahan, serangga, dan haiwan kecil yang terdapat di dalam pokok.

Tersebar luas dan masih biasa ditemui secara tempatan, ia dinilai sebagai Kurang Membimbangkan dalam Senarai Merah Spesies Terancam IUCN.

Taksonomi

[sunting | sunting sumber]

Ia ialah sebahagian daripada genus Bycanistes bagi enggang sub-Sahara yang pada masa ini merangkumi sejumlah enam spesies diketahui yang kesemuanya berkongsi buluan hitam dan putih dan kebanyakannya bersifat frugivor. Genus tersebut baru-baru ini dikaitkan dengan genus Bucorvus, yang dikenali sebagai enggang tanah. Kebanyakan spesies dalam genus tersebut mempunyai cula, yang lebih besar pada jantan daripada betina. Saudara terdekatnya ialah Bycanistes cylindricus yang mendiami julat habitat yang sama.

Pemerihalan

[sunting | sunting sumber]

Ia bersaiz sederhana besar berukuran 60 hingga 70 cm dengan rentang sayap 70 hingga 96 cm. Berat jantan antara 1 kg dan 1.5 kg, manakala berat betina antara 1 kg dan 1.25 kg.Ia boleh dicam dengan buluan hitamnya pada bahagian atas badan dan sayap serta buluan putih pada bahagian bawah badan dan sayap dengan bulu hitam di antara bulu putih pada ekor, terutamanya bulu ekor atas dan pangkal bulu ekor. Ia mempunyai paruh kuning-perang dan cula pipih, yang lebih besar pada jantan. Betina mempunyai cula yang lebih kecil dan paruh hitam. Tujuan kewujudan culanya tidak diketahui untuk jantan, walaupun dicadangkan untuk pencirian seksual. Ia mempunyai mata yang sangat mudah gerak yang bukan sifat biasa pada burung. Ini bermakna matanya sendiri boleh bergerak dalam soketnya, manakala burung lain cenderung untuk menggerakkan kepala mereka untuk melihat. Ia mampu memaparkan perasaan melalui bulu di bahagian atas kepalanya, yang membolehkannya menyampaikan keadaan perasaannya.

Habitat dan taburan

[sunting | sunting sumber]

Ia ditemui di habitat berhutan di Afrika tengah dan barat, mulai dari barat Kenya hingga Pantai Gading dengan populasi terpencil di utara Anggola. Kebanyakan populasinya berada di Pantai Gading, dengan populasi yang lebih kecil di negara-negara sekitarnya untuk populasi Afrika Barat. Populasi Afrika Tengah kebanyakannya di Uganda dan Kenya serta Kamerun dengan populasi yang lebih kecil di Gabon, Tanzania, dan Afrika Tengah. Ia ialah burung tropika yang hidup di kawasan dengan jumlah hutan yang tinggi dan jarang ditemui di tanah rata, terutamanya kerana sifat arborealnya.

Tingkah laku

[sunting | sunting sumber]

Pemakanannya kebanyakannya terdiri daripada buah-buahan. Walaupun sesetengah orang mungkin menganggap pemakanannya terhad kepada makanan sedemikian, ia telah diperhatikan memburu haiwan kecil, termasuklah biawak dan telur burung lain. Kebanyakan makanannya ialah buah ara. Ia tidak meminum air secara langsung, tetapi melalui air yang terkandung dalam buah-buahan yang dimakannya. Ia mampu mengendalikan makanannya dengan tepat dan halus menggunakan paruhnya dengan mahir bersama esofagusnya.

  1. ^ BirdLife International (2017). "Bycanistes subcylindricus". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2017: e.T22682577A111897019. doi:10.2305/IUCN.UK.2017-1.RLTS.T22682577A111897019.en. Dicapai pada 12 November 2021.

1.J.C.T. Gonzalez, B.C. Sheldon, N.J. Collar, J.A. Tobias. 2013.A comprehensive molecular phylogeny for the hornbills (Aves:Bucerotidae). Molecular Phylogenetics and Evolution. 67(2): 468–483

2.J. Del Hoyo, A. Elliot, J. Saragatal. 2001. Handbook of the Birds of the World. Barcelona: Lynx Editions

3.L. Kilham. 1956. Breeding and other habits of casqued hornbills (Bycanistes subcylindricus). Smith Misc Coll. 131(9): 1–45

4.R.W. Wrangham, N.L. Conklin, G. Etot, J. Obua, K.D. Hunt, M.D. Hauser, A.P. Clark. 1993. The value of figs to chimpanzees. International Journal of Primatology. 14(2): 243–256

{{bottomLinkPreText}} {{bottomLinkText}}
Enggang cula hitam-putih
Listen to this article

This browser is not supported by Wikiwand :(
Wikiwand requires a browser with modern capabilities in order to provide you with the best reading experience.
Please download and use one of the following browsers:

This article was just edited, click to reload
This article has been deleted on Wikipedia (Why?)

Back to homepage

Please click Add in the dialog above
Please click Allow in the top-left corner,
then click Install Now in the dialog
Please click Open in the download dialog,
then click Install
Please click the "Downloads" icon in the Safari toolbar, open the first download in the list,
then click Install
{{::$root.activation.text}}

Install Wikiwand

Install on Chrome Install on Firefox
Don't forget to rate us

Tell your friends about Wikiwand!

Gmail Facebook Twitter Link

Enjoying Wikiwand?

Tell your friends and spread the love:
Share on Gmail Share on Facebook Share on Twitter Share on Buffer

Our magic isn't perfect

You can help our automatic cover photo selection by reporting an unsuitable photo.

This photo is visually disturbing This photo is not a good choice

Thank you for helping!


Your input will affect cover photo selection, along with input from other users.

X

Get ready for Wikiwand 2.0 🎉! the new version arrives on September 1st! Don't want to wait?