Dinasti Mesir Kuno
Zaman dan Dinasti Mesir Kuno |
---|
Semua tahun adalah SM |
Lihat juga: Senarai Firaun mengikut Zaman dan Dinasti Penzamanan Mesir Kuno |
Dalam sejarah Mesir Kuno, dinasti adalah siri penguasa yang berkongsi asal keturunan yang sama. Mereka biasanya, tetapi tidak selalunya, terbahagi secara tradisinya kepada tiga puluh dua dinasti firaun; dinasti ini biasanya dibahagikan kepada "kerajaan" dan "tempoh perantaraan".
Tiga puluh bahagian pertama disusun oleh paderi Mesir abad ke-3 iaitu Manetho, dan muncul dalam karyanya Aegyptiaca yang kini telah hilang, yang mungkin ditulis untuk penguasa Ptolemy yang berbahasa Yunani di Mesir. Nama-nama dua yang terakhir, Dinasti Ketiga Puluh Satu yang hanya sekejap dan Dinasti Ptolemy lebih lama, telah ditempa kemudian.
Walaupun digunakan secara meluas dan berguna, sistem ini mempunyai kekurangannya. Sesetengah dinasti hanya memerintah sebahagian sahaja daripada Mesir dan wujud pada masa yang sama dengan dinasti lain yang berpusat di bandar-bandar lain. Dinasti Ketujuh mungkin tidak wujud sama sekali, Kesepuluh nampaknya merupakan kesinambungan daripada Kesembilan, dan mungkin juga terdapat sebuah atau beberapa buah Dinasti Mesir Hulu sebelum Dinasti Pertama.
Senarai dinasti dalam sejarah Mesir kuno
[sunting | sunting sumber]Dinasti | Pusat | Tempoh pemerintahan | Para pemerintah | ||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Mula | Akhir | Tempoh | Pertama memerintah | Terakhir memerintah | Senarai | ||
Tempoh Dinasti Awal | |||||||
Dinasti I | Thinis | 3100 SM | 2900 SM | 200 tahun | Narmer | Qa'a | (senarai) |
Dinasti II | Thinis | 2890 SM | 2686 SM | 204 tahun | Hotepsekhemwy | Khasekhemwy | (senarai) |
Kerajaan Lama | |||||||
Dinasti III | Memphis | 2686 SM | 2613 SM | 73 tahun | Djoser | Huni | (senarai) |
Dinasti IV | Memphis | 2613 SM | 2494 SM | 119 tahun | Sneferu | Shepseskaf atau Thamphthis[a] |
(senarai) |
Dinasti V | Memphis | 2494 SM | 2345 SM | 149 tahun | Userkaf | Unas | (senarai) |
Dinasti VI | Memphis | 2345 SM | 2181 SM | 164 tahun | Teti | Merenre Nemtyemsaf II atau Netjerkare Siptah[b] atau Nitocris[c] |
(senarai) |
Tempoh Perantaraan Pertama | |||||||
Dinasti VII[d] | Memphis[1]:396 | Tidak diketahui | Tidak diketahui | Tidak diketahui | Tidak diketahui | Tidak diketahui | (senarai) |
Dinasti VIII | Memphis[1]:396 | 2181 SM | 2160 SM | 21 tahun | Netjerkare Siptah[b] atau Menkare |
Neferirkare II | (senarai) |
Dinasti IX | Heracleopolis Magna | 2160 SM | 2130 SM | 30 tahun | Meryibre Khety[e] | Tidak diketahui | (senarai) |
Dinasti X | Heracleopolis Magna | 2130 SM | 2040 SM | 90 tahun | Meryhathor | Tidak diketahui | (senarai) |
Kerajaan Tengah | |||||||
Dinasti XI[f] | Thebes | 2130 SM | 1991 SM | 139 tahun | Intef | Mentuhotep IV | (senarai) |
Dinasti XII | Itjtawy | 1991 SM | 1802 SM | 189 tahun | Amenemhat I | Sobekneferu | (senarai) |
Dinasti XIII[g] | Itjtawy | 1803 SM | 1649 SM | 154 tahun | Sekhemre Khutawy Sobekhotep | Tidak diketahui | (senarai) |
Tempoh Perantaraan Kedua | |||||||
Dinasti XIV (Canaanite) |
Avaris | 1725 SM | 1650 SM | 75 tahun | Yakbim Sekhaenre[h] | Tidak diketahui | (senarai) |
Dinasti XV (Hyksos) |
Avaris | 1650 SM | 1550 SM | 100 tahun | Salitis | Khamudi | (senarai) |
Dinasti Abydos[i] | Abydos | 1650 SM | 1600 SM | 50 tahun | Tidak diketahui | Tidak diketahui | (senarai) |
Dinasti XVI | Thebes atau Avaris |
1649 SM | 1582 SM | 67 tahun | Anat-her | Tidak diketahui | (senarai) |
Dinasti XVII | Thebes | 1580 SM | 1550 SM | 30 tahun | Rahotep | Kamose | (senarai) |
Kerajaan Baru | |||||||
Dinasti XVIII | Thebes dan Amarna |
1550 SM | 1292 SM | 258 tahun | Ahmose I | Horemheb | (senarai) |
Dinasti XIX | Thebes dan Memphis dan Pi-Ramesses |
1292 SM | 1189 SM | 103 tahun | Ramesses I | Twosret | (senarai) |
Dinasti XX | Pi-Ramesses | 1189 SM | 1077 SM | 112 tahun | Setnakhte | Ramesses XI | (senarai) |
Tempoh Perantaraan Ketiga | |||||||
Dinasti XXI | Tanis | 1069 SM | 943 SM | 126 tahun | Smendes | Psusennes II | (senarai) |
Dinasti XXII (Meshwesh) |
Tanis dan Bubastis |
943 SM | 720 SM | 223 tahun | Shoshenq I | Osorkon IV | (senarai) |
Dinasti XXIII (Meshwesh) |
Heracleopolis Magna atau Hermopolis atau Thebes |
837 SM | 728 SM | 109 tahun | Harsiese A | Rudamun | (senarai) |
Dinasti XXIV | Sais | 732 SM | 720 SM | 12 tahun | Tefnakht | Bakenranef | (senarai) |
Dinasti XXV (Nubian) |
Memphis | 744 SM | 656 SM | 88 tahun | Piye | Tantamani | (senarai) |
Tempoh Akhir | |||||||
Dinasti XXVI | Sais | 664 SM | 525 SM | 139 tahun | Psamtik I | Psamtik III | (senarai) |
Dinasti XXVII[j] (Parsi) |
Babylon | 525 SM | 404 SM | 121 tahun | Cambyses II[k] | Darius II[l] | (senarai) |
Dinasti XXVIII | Sais | 404 SM | 398 SM | 6 tahun | Amyrtaeus | Amyrtaeus | (senarai) |
Dinasti XXIX | Mendes | 398 SM | 380 SM | 18 tahun | Nepherites I | Nepherites II | (senarai) |
Dinasti XXX | Sebennytos | 380 SM | 343 SM | 37 tahun | Nectanebo I | Nectanebo II | (senarai) |
Dinasti XXXI[m] (Parsi) |
Babylon | 343 SM | 332 SM | 11 tahun | Artaxerxes III[n] | Darius III[o] | (senarai) |
Tempoh Yunani-Romawi | |||||||
Dinasti Argead (Yunani) |
Pella[p] | 332 SM | 309 SM | 23 tahun | Alexander III dari Macedon | Alexander IV dari Macedon | (senarai) |
Dinasti Ptolemy (Yunani) |
Iskandariah | 305 SM | 30 SM | 275 tahun | Ptolemy I Soter | Caesarion | (senarai) |
Mesir dimasukkan ke dalam Empayar Rom pada tahun 30 SM. (lihat Mesir Rom dan Senarai dinasti Rom) |
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]- Senarai Firaun
- Kronologi Mesir
Catatan
[sunting | sunting sumber]- ^ Kewujudan Thamphthis tidak dibuktikan secara arkeologi.
- ^ a b Netjerkare Siptah boleh jadi raja terakhir Dinasti VI atau pengasas Dinasti VIII bergantung kepada pencirian sejarah.
- ^ Kewujudan Nitocris tidak dibuktikan secara arkeologi.
- ^ Satu-satunya catatan sejarah Dinasti VII telah dijumpai dalam Aegyptiaca oleh Manetho. Sesetengah ahli sejarah menganggap Dinasti VII sebagai fiksyen.[1]:393[2]:xiii
- ^ Sesetengah ahli sejarah menganggap Meryibre Khety menjadi pengasas Dinasti IX,[3][4][5][6] manakala yang lain percaya bahawa Meryibre Khety memerintah semasa Dinasti X.[7]
- ^ Dinasti XI sebelum pemerintahan Mentuhotep II biasanya diklasifikasikan sebagai sebahagian daripada Tempoh Perantaraan Pertama Mesir.
- ^ Sesetengah ahli sejarah mengklasifikasikan Dinasti XIII sebagai sebahagian daripada Tempoh Perantaraan Kedua Mesir.
- ^ Sesetengah ahli sejarah menganggap Yakbim Sekhaenre menjadi pengasas Dinasti XIV,[8] sementara yang lain percaya Yakbim Sekhaenre memerintah semasa Dinasti XVI.[9]
- ^ Kewujudan Dinasti Abydos diperdebatkan.
- ^ Dinasti XXVII ialah tatanama historiografi yang menunjukkan jalur pertama raja-raja Achaemenid memerintah Mesir.
- ^ Cambyses II ialah raja kedua dari Wangsa Achaemenid dan pemerintah Achaemenid yang pertama mengasaskan kekuasaan ke atas Mesir.
- ^ Darius II ialah raja kesembilan dari Wangsa Achaemenid dan pemerintah Achaemenid yang kelapan memerintah Mesir.
- ^ Dinasti XXXI ialah tatanama historiografi yang menunjukkan jalur kedua raja-raja Achaemenid memerintah Mesir.
- ^ Artaxerxes III ialah raja kesebelas Wangsa Achaemenid dan pemerintah Achaemenid pertama yang mendapatkan kembali kekuasaan ke atas Mesir selepas 61 tahun.
- ^ Darius III ialah raja ketiga belas Wangsa Achaemenid dan pemerintah Achaemenid yang terakhir memerintah Mesir.
- ^ Ibukota Makedonia semasa pemerintahannya ke atas Mesir ialah Pella. Pusat pentadbiran Mesir dalam tempoh ini ialah Iskandariah.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b c Hratch Papazian (2015). "The State of Egypt in the Eighth Dynasty". Dalam Peter Der Manuelian; Thomas Schneider (penyunting). Towards a New History for the Egyptian Old Kingdom: Perspectives on the Pyramid Age. Harvard Egyptological Studies. BRILL.
- ^ Wilkinson, Toby (2010). "Timeline". The Rise and Fall of Ancient Egypt. New York: Random House. m/s. xiii. ISBN 9781408810026.
Sistem dinasti yang dihasilkan pada abad ketiga SM bukan tanpa masalahnya-contohnya, Dinasti Ketujuh kini diakui sebagai sepenuhnya palsu, sementara beberapa dinasti diketahui telah berkuasa secara serentak di berbagai tempat di Mesir...
- ^ Flinders Petrie, A History of Egypt from the Earliest Times to the XVIth Dynasty (1897), pp. 114–15.
- ^ Alan Gardiner, Egypt of the Pharaohs. An introduction, Oxford University Press, 1961, p. 112.
- ^ William C. Hayes, in The Cambridge Ancient History, vol 1, part 2, 1971 (2008), Cambridge University Press, ISBN 0-521-07791-5, p. 464.
- ^ Nicolas Grimal, A History of Ancient Egypt, Oxford, Blackwell Books, 1992, p. 140.
- ^ Jürgen von Beckerath, Handbuch der Ägyptischen Königsnamen, 2nd edition, Mainz, 1999, p. 74.
- ^ Ryholt (1997), m/s. 409
- ^ Sekhaenre Yakbim on Egyphica.net
Text is available under the CC BY-SA 4.0 license; additional terms may apply.
Images, videos and audio are available under their respective licenses.