For faster navigation, this Iframe is preloading the Wikiwand page for Carl O. Sauer.

Carl O. Sauer

Carl Ortwin Sauer (24 Disember 188918 Julai 1975) ialah ahli geografi Amerika. Salah satu karyanya yang terkenal ialah Agricultural Origins and Dispersals (1952, "Asal dan Penyebaran Pertanian"). Kertas kerjanya, "The Morphology of Landscape" (Morfologi Landskap) [1] mungkin merupakan kertas yang paling terpengaruh dalam perkembangan gagasan landskap budaya [2][3][4][5] dan masih dipetik pada hari ini. Selepas persaraannya, aliran fikiran geografi manusia-alam sekitar Sauer berkembang menjadi ekologi budaya. Ekologi budaya mengekalkan minat Sauer terhadap campur tangan manusia ke atas landskap serta juga minatnya terhadap budaya-budaya pra-moden.

Biografi ringkas

[sunting | sunting sumber]

Dilahirkan di Warrenton, Missouri, Sauer memperoleh ijazah kedoktorannya dari University of Chicago pada 1915. Beliau kemudian menjadi profesor geografi di University of California, Berkeley dari 1923 sehingga menjadi profesor emeritus pada 1957. Sauer memainkan peranan yang utama dalam pembangunan awal sekolah siswazah geografi di Berkeley. Pada 1927, Sauer menulis rencana "Recent Developments in Cultural Geography" (Pembangunan Terkini dalam bidang Geografi Budaya) yang mempertimbangkan bagaimana landskap budaya terdiri daripada "bentuk-bentuk yang tertindih pada landskap fizikal".

Kertas kerja Sauer, "The Morphology of Landscape" (Morfologi Landskap) [6] mungkin merupakan kertas yang paling terpengaruh dalam perkembangan gagasan landskap budaya. Yang ironiknya, kertas Sauer sebenarnya menumpukan visi sendiri terhadap sebuah disiplin geografi yang berdasarkan fenomenologi dan bukan mengenai landskap budaya semata-mata. "Setiap bidang pengetahuan dicirikan dengan tumpuan perhatian terisytihar terhadap sesuatu kumpulan fenomena".[7] Bidang geografi telah ditugasi dengan kajian kawasan atau landskap.[8] "Di dalam setiap landskap, terdapat fenomena yang berada di situ bukan semata-mata tetapi mempunyai kaitan, baik secara langsung mahupun langsung tidak berkait, antara satu sama lain." Sauer melihat tugas ahli geografi sebagai menemui perhubungan antara kawasan dengan fenomena.[9] Justera, "tugas geografi adalah untuk mengasaskan sebuah sistem yang amat penting untuk mencakupi fenomenologi landskap demi memahami semua makna dan perbezaan pelbagai pemandangan daratan".[10]

Sauer ialah pengkritik sengit terhadap fahaman penentuan alam sekitar yang merupakan teori geografi utama ketika beliau memulakan kerjayanya. Sebagai ganti, beliau mencadangkan pendekatan yang digelar "morfologi landskap" atau juga "sejarah budaya". Pendekatan ini melibatkan pengumpulan kearuhan fakta-fakta tentang kesan-kesan manusia pada landskap dengan berlangsungnya masa. Sauer menolak positivisme dan mengutamakan partikularisme sejarah serta pemahaman historisisme dunia. Disebabkan beliau mempergunakan karya ahli antropologi Alfred Kroeber, para pengkritik kemudian menuduhnya kerana memperkenalkan konsep budaya "superorganik" ke dalam bidang geografi.[11]

Seorang penyokong konservatisme, Sauer menyuarakan kerisauannya terhadap cara bagaimana kapitalisme moden serta pemerintahan terpusat memusnahkan kepelbagaian budaya dan kesuburan alam sekitar.

Sauer dianugerahi dengan Fellowship Kehormat oleh American Geographical Society (Persatuan Geografi Amerika) pada tahun 1935, dan Pingat Daly pada tahun 1940. [12]

  1. ^ Sauer, C. O. 1925. "The Morphology of Landscape". University of California Publications in Geography 2 (2):19-53.
  2. ^ James, P. E. and Martin, G. 1981, All Possible Worlds: A history of geographical ideas, John Wiley & Sons, New York, 1981: 321-324
  3. ^ Leighly, J. 1963. Land and Life: A selection from the writings of Carl Ortwin Sauer. Berkeley: University of California Press, p. 6
  4. ^ Price, M., and M. Lewis. 1993. "The Reinvention of Cultural Geography". Annals of the Association of American Geographers 83 (1):1-17.
  5. ^ Williams, M. 1983. "The apple of my eye: Carl Sauer and historical geography". Journal of Historical Geography 9 (1):1-28.
  6. ^ Sauer, C. O. 1925. "The Morphology of Landscape". University of California Publications in Geography 2 (2):19-53.
  7. ^ Sauer, C. O. 1925. "The Morphology of Landscape". University of California Publications in Geography 2, p. 20
  8. ^ Sauer, C. O. 1925. "The Morphology of Landscape". University of California Publications in Geography 2, p. 21
  9. ^ Sauer, C. O. 1925. "The Morphology of Landscape". University of California Publications in Geography 2, p. 22
  10. ^ Sauer, C. O. 1925. "The Morphology of Landscape". University of California Publications in Geography 2, p. 25
  11. ^ Duncan, J. 1980. "The superorganic in American cultural geography". Annals of the Association of American Geographers 70:181-198. But see also Solot, M. 1986. "Carl Sauer and cultural evolution". Annals of the Association of American Geographers 76(4):508-520.
  12. ^ "American Geographical Society Honorary Fellowships" (PDF). amergeog.org. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2009-03-26. Dicapai pada 2009-03-02.

Bacaan tambahan

[sunting | sunting sumber]
  • Carl Sauer on Culture and Landscape:Readings and Commentaries edited by William M. Denevan and Kent Mathewson. Baton Rouge LA.:Louisiana State University Press, 2009 ISBN 978-0-8071-3394-1
  • Carl O Sauer. Northern Mists. Berkeley: University of California Press. 1968

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  • Senarai ahli geografi

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
{{bottomLinkPreText}} {{bottomLinkText}}
Carl O. Sauer
Listen to this article

This browser is not supported by Wikiwand :(
Wikiwand requires a browser with modern capabilities in order to provide you with the best reading experience.
Please download and use one of the following browsers:

This article was just edited, click to reload
This article has been deleted on Wikipedia (Why?)

Back to homepage

Please click Add in the dialog above
Please click Allow in the top-left corner,
then click Install Now in the dialog
Please click Open in the download dialog,
then click Install
Please click the "Downloads" icon in the Safari toolbar, open the first download in the list,
then click Install
{{::$root.activation.text}}

Install Wikiwand

Install on Chrome Install on Firefox
Don't forget to rate us

Tell your friends about Wikiwand!

Gmail Facebook Twitter Link

Enjoying Wikiwand?

Tell your friends and spread the love:
Share on Gmail Share on Facebook Share on Twitter Share on Buffer

Our magic isn't perfect

You can help our automatic cover photo selection by reporting an unsuitable photo.

This photo is visually disturbing This photo is not a good choice

Thank you for helping!


Your input will affect cover photo selection, along with input from other users.

X

Get ready for Wikiwand 2.0 🎉! the new version arrives on September 1st! Don't want to wait?