For faster navigation, this Iframe is preloading the Wikiwand page for Biara Sumela.

Biara Sumela

Biara Sumela
Μονή Παναγίας Σουμελά, Sümela Manastırı
Gambar sebuah biara besar bertingkat yang dibina di muka tebing.
Pemandangan biara Sumela dari seberang lembah
Biara Sumela yang terletak di Turki
Biara Sumela
Lokasi dalam Turki
Maklumat Biara
Ditubuhkans. 386 TM
Dibubarkan1923
Arkitektur
StatusRuntuhan
Status operasiTarikan pelancong
Penetapan warisanTapak Warisan Dunia UNESCO Tentatif[1]
Tapak
LokasiMaçka, Wilayah Trabzon, Turki
Koordinat40°41′24″N 39°39′30″E / 40.69000°N 39.65833°E / 40.69000; 39.65833Koordinat: 40°41′24″N 39°39′30″E / 40.69000°N 39.65833°E / 40.69000; 39.65833
Akses awamYa
Laman webwww.sumela.gov.tr


Biara ini berada di tebing yang curam
Biara Sumela dalam poskad yang dialamatkan pada tahun 1903
"Halaman belakang" biara hari ini

Biara Sumela (Yunani: Μονή Παναγίας Σουμελά, Moní Panagías Soumelá; Turki: Sümela Manastırı; Jawi: بيارا سوميلا) ialah sebuah biara Ortodoks Yunani yang didedikasikan untuk Bonda Maryam yang terletak di Karadağ (Yunani: Sou Melá, har. "Gunung Hitam")[2] dalam Pergunungan Pontic, di daerah Maçka di Wilayah Trabzon, Turki moden.

Terletak di tebing curam pada ketinggian kira-kira 1,200 meter (3,900 ka) menghadap lembah Altındere, ia tapak yang mempunyai kepentingan sejarah dan budaya, serta tarikan pelancong utama di dalam Taman Negara Altındere. Disebabkan kadar runtuhan batu yang meningkat, pada 22 September 2015 biara itu ditutup kepada orang ramai demi keselamatan selama setahun untuk menyelesaikan masalah itu; ini kemudiannya dilanjutkan kepada tiga tahun. Ia dibuka semula kepada pelancong pada 25 Mei 2019.[3] Biara ini salah satu tempat bersejarah dan pelancongan yang paling penting di Trabzon.[4]

Tidak diketahui bila biara itu diasaskan, tetapi Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan Turki meletakkan tarikhnya sekitar 386 TM, pada zaman pemerintahan maharaja Theodosius I (375–395 TM).[5][6] Menurut sejarawan William Miller, dua biarawan Athens bernama Barnabas dan Sophronios mengasaskan biara ini. Ia menjadi terkenal kerana ikon Teotokos yang dipanggil Panagia Gorgoepekoos, dikatakan telah dilukis oleh Rasul Lukas.[7]

Dalam sejarahnya yang panjang, biara ini telah terbengkalai dan dipulihkan oleh banyak maharaja yang berbeza. Semasa abad ke-6 TM, ia dipulihkan dan diluaskan oleh panglima Byzantium Belisarius atas arahan maharaja Justinianus.[5]

Ia mencapai bentuknya sekarang pada abad ke-13 selepas menjadi masyhur ketika kewujudan Empayar Trebizond. Manakala maharaja Basil dan John II telah banyak mewakafkan kepada biara itu, semasa pemerintahan Alexios III (1349–1390) Sumela menerima kurniaannya yang paling penting: menurut legenda, Alexios yang masih muda telah diselamatkan daripada ribut oleh Teotokos tadi, dan telah diminta olehnya untuk memulihkan biara ini. Dekri bertarikh 1365 mengesahkan kebebasan dan autonomi biara ini, bersama-sama dengan semua tanah warisan dan tanggungannya; mengecualikannya daripada semua cukai, kecuali satu cukai yang diambil dua kali setahun; dan mengembalikan kepadanya hamba-hamba yang telah diambil secara haram oleh pemungut cukai Matzouka dahulu, menyenaraikan 40 nama hamba. Pada masa itu, biara diberikan sejumlah dana daripada maharaja setiap tahun.[8] Semasa zaman Manuel III, anak lelaki Alexios III, dan semasa pemerintahan putera-putera seterusnya, Sumela menjadi lebih kaya dengan dana daripada maharaja.

Berikutan penaklukan oleh Sultan Uthmaniyah Muhammad al-Fatih pada tahun 1461, ia telah diberikan perlindungan sultan dan diberikan hak dan keistimewaan yang diperbaharui oleh sultan-sultan seterusnya. Biara ini telah bertahun-tahun menjadi destinasi popular untuk biarawan dan pengembara.

Pada tahun 1682 dan dekad-dekad berikutnya, biara ini menempatkan Phrontisterion dari Trapezous, sebuah institusi pendidikan Yunani yang terkenal di rantaunya.[9]

Zaman moden

[sunting | sunting sumber]

Sehingga akhir pendudukan Rusia di Trabzon (1916–1918), Biara Sumela aktif dan dikunjungi oleh biarawan dan jemaah Kristian serta Muslim. Pada tahun 1923, Empayar Uthmaniyah jatuh dan selepas Perang Pembebasan Kebangsaan, Republik Turki yang merdeka diasaskan oleh Ataturk. Selepas 1923, Biara Sumela telah ditinggalkan berikutan pertukaran penduduk antara Greece dan Turki seperti yang ditetapkan dalam Perjanjian Lausanne. Pada tahun 1930, mereka yang berhijrah mengasaskan sebuah biara baharu yang mereka namakan Biara Panagia Sumela baharu di lereng Gunung Vermion, berhampiran perkampungan Kastania berhampiran Veria, di Makedonia, Greece. Beberapa khazanah dari Biara Sumela lama telah dibawa ke yang baru di Greece.

Pada tahun 1930, bahagian-bahagian kayu Biara Sumela telah musnah dimakan api dan tahun-tahun selepas itu bahagian-bahagian lain biara ini rosak dan dirompak oleh pemburu harta karun.

Mulai 25 Mei 2019[3] Biara Sumela menjadi muzium yang terbuka kepada pelawat. Kerja-kerja pemulihan dibiayai oleh Kerajaan Turki.[10] Sehingga 2012, kerajaan Turki membiayai kerja pembinaan semula, dan biara ini mendapat bilangan penziarah yang memberangsangkan dari Greece, Georgia dan Rusia. Fungsi utama biara ini adalah sebagai tarikan pelancong. Ia menghadap ke hutan dan sungai, menjadikannya popular kerana estetiknya serta kepentingan budaya dan agamanya.

Pada 15 Ogos 2010, liturgi ilahi Ortodoks dibenarkan untuk berlangsung di perkarangan biara ini.[11][12][13] Pas khas yang dikeluarkan oleh Patriarkat Ekumenikal Konstantinopel diperlukan untuk melawat pada 15 Ogos, hari Dormisi Bonda Tuhan atau Perayaan Pengangkatan Maryam, apabila sembahyang berjemaah itu diadakan. Hanya 450 hingga 500 pelawat dibenarkan masuk ke dalam biara, namun televisyen berskrin lebar ada untuk memerhati acara itu di kafe yang berdekatan.

Pada 22 September 2015, Biara ditutup kepada pelawat selama tiga tahun kerana pemulihan dan kerja lapangan. Ia dibuka semula pada 18 Mei 2019.[14]

Pada tahun 2022, rakaman video menunjukkan muzik moden dan tarian di tapak tersebut. Di tengah-tengah bantahan di Internet biara bersejarah itu dijadikan kelab tarian, penjelasan diberikan bahawa ini dilakukan untuk mempromosikan pelancongan.[15]

Pembinaan dan bangunan

[sunting | sunting sumber]
Pemandangan Sümela

Bahagian-bahagian utama kompleks Biara ialah Gereja Batu, beberapa gereja kecil, dapur, bilik pelajar, rumah tamu, perpustakaan, dan mata air suci yang dihormati dalam Kristian Ortodoks Timur.

Akueduk besar di pintu masuk, yang membekalkan air ke Biara, dibina di tepi tebing. Saluran air itu mempunyai banyak gerbang yang kebanyakannya telah dipulihkan. Pintu masuk ke Biara menuju ke sebuah tangga yang panjang dan sempit. Terdapat bilik pengawal di sebelah pintu masuk. Tangga menurun dari situ ke halaman dalam. Di sebelah kiri, di hadapan sebuah gua, terdapat beberapa bangunan biara. Gua itu, yang telah diubah menjadi gereja, adalah pusat biara. Perpustakaan berada di sebelah kanan.

Bangunan besar dengan balkoni di bahagian depan tebing itu digunakan sebagai bilik-bilik biarawan dan untuk menempatkan tetamu. Ia berasal dari tahun 1840.

Kerja-kerja pemulihan pada tahun 2019

Dinding dalam dan luar Gereja Batu dan dinding-dinding gereja bersebelahan dihiasi dengan fresko. Fresko-fresko yang berasal dari era Alexios III dari Trebizond melapisi dinding dalaman Gereja Batu menghadap halaman.[perlu rujukan] Fresko-fresko gereja kecil yang dilukis dengan tiga tingkat dari tiga zaman yang berbeza berasal dari awal abad ke-18. Fresko baris terbawah amat bermutu tinggi.

Selepas pemulihan

Fresko-fresko biara ini rosak teruk akibat vandalisme. Subjek utama dalam lukisan dinding itu adalah lukisan-lukisan Alkitabiah yang menceritakan kisah Yesus dan Perawan Maria.

Semasa kerja-kerja pemulihan 2015–2017, sebatang terowong rahsia telah ditemui yang menuju ke tempat yang dipercayai berfungsi sebagai kuil atau gereja kecil untuk penganut Kristian. Selain itu, fresko yang belum pernah dilihat yang menggambarkan syurga dan neraka serta kehidupan dan kematian.[4]

  1. ^ "Sümela Monastery (The Monastery of Virgin Mary)". UNESCO. United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization.
  2. ^ William Miller, Trebizond: The last Greek Empire of the Byzantine Era: 1204-1461, 1926 (Chicago: Argonaut, 1969), p. 62
  3. ^ a b Yardimci, Tugba (31 Jul 2019). "Turkey's Sumela Monastery aims to host 500,000 tourists". Anadolu Agency. Dicapai pada 11 September 2019. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "anadolu-2019" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  4. ^ a b "Secret tunnel discovered in Sümela Monastery". Hürriyet Daily News. Trabzon, Turkey. Anadolu Agency. December 22, 2017. Dicapai pada May 18, 2022. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "tunnel" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  5. ^ a b "Sümela Monastery". kultur.gov.tr. Ministry of Culture and Tourism, Republic of Turkey. Diarkibkan daripada yang asal pada September 29, 2007. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "kultur" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  6. ^ The Heritage of Eastern Turkey: From Earliest Settlements to Islam. Macmillan Education AU. 2006. ISBN 9781876832056.
  7. ^ The ritual was held for the 10th time in Sümela!
  8. ^ Miller, Trebizond, pp. 62f
  9. ^ Salvanou, Emilia. "Φροντιστήριο Τραπεζούντας [Phrontisterion of Trapezous]". Εγκυκλοπαίδεια Μείζονος Ελληνισμού, Μ. Ασία. Dicapai pada 2010-10-14 – melalui ehw.gr.
  10. ^ "Sumela Monastery History". sumela.com.
  11. ^ "Rare Orthodox mass held at Turkish monastery". Euronews.net. 2010-08-15. Dicapai pada 2011-04-14.
  12. ^ Magister, Sandro. "Dormition in Turkey. Liturgy on the Black Mountain". L'espresso – melalui chiesa.espresso.repubblica.it.
  13. ^ "Greek Orthodox Liturgy in Turkey: Uncovering the Country's Non-Muslim Cultural Heritage". qantara.de. Dicapai pada 2011-08-02.
  14. ^ "Trabzon's famous Sümela Monastery to open soon". 8 April 2019. Dicapai pada 2020-06-06.
  15. ^ "Panagia Soumela: The historic monastery was turned into a club". Orthodox Times (dalam bahasa Inggeris). February 4, 2022. Dicapai pada May 18, 2022.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]


{{bottomLinkPreText}} {{bottomLinkText}}
Biara Sumela
Listen to this article

This browser is not supported by Wikiwand :(
Wikiwand requires a browser with modern capabilities in order to provide you with the best reading experience.
Please download and use one of the following browsers:

This article was just edited, click to reload
This article has been deleted on Wikipedia (Why?)

Back to homepage

Please click Add in the dialog above
Please click Allow in the top-left corner,
then click Install Now in the dialog
Please click Open in the download dialog,
then click Install
Please click the "Downloads" icon in the Safari toolbar, open the first download in the list,
then click Install
{{::$root.activation.text}}

Install Wikiwand

Install on Chrome Install on Firefox
Don't forget to rate us

Tell your friends about Wikiwand!

Gmail Facebook Twitter Link

Enjoying Wikiwand?

Tell your friends and spread the love:
Share on Gmail Share on Facebook Share on Twitter Share on Buffer

Our magic isn't perfect

You can help our automatic cover photo selection by reporting an unsuitable photo.

This photo is visually disturbing This photo is not a good choice

Thank you for helping!


Your input will affect cover photo selection, along with input from other users.

X

Get ready for Wikiwand 2.0 🎉! the new version arrives on September 1st! Don't want to wait?