For faster navigation, this Iframe is preloading the Wikiwand page for Akta Ibukota Persekutuan 1960.

Akta Ibukota Persekutuan 1960

Pada tahun 1960, parlimen meluluskan rang undang-undang yang dipanggil Akta Ibukota Persekutuan 1960 atau biasa disebut Akta 190. Melalui akta ini, bidang kuasa pihak berkuasa tempatan di Kuala Lumpur (ketika itu Majlis Perbandaran Kuala Lumpur di bawah kerajaan Selangor) telah dipindahkan dari senarai kerajaan negeri ke kerajaan Persekutuan sepenuhnya dan ditukarkan namanya menjadi Suruhanjaya Ibukota dengan bidang tugas yang khusus hanya bagi Ibukota Kuala Lumpur sahaja. Jawatan Pesuruhjaya Ibu Kota Kuala Lumpur juga diwujudkan mengikut akta ini yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong bagi menguruskan pentadbiran Kuala Lumpur. [1]

Akta ini pernah disemak dan dipinda bagi memperbaiki beberapa kelemahan yang tekandung didalamnya terutamanya selepas terbentuknya Wilayah Persekutuan. Akta 59 iaitu Akta Bandaraya Kuala Lumpur 1971 (peruntukan berkenaan dengan perubahan gelaran dan perkara lain yang berbangkit mengenai penganugerahan taraf Bandaraya kepada Perbandaran Ibu Kota Kuala Lumpur) pula digubal bagi menyokong Akta Ibukota Persekutuan sedia ada.

Menurut peruntukan seksyen 4 (d), Pindaan kepada gelaran, Akta Bandaraya Kuala Lumpur 1971, Pesuruhjaya Ibu Kota Kuala Lumpur sah untuk dipindakan kepada gelaran baru iaitu Dato Bandar Kuala Lumpur.[2]

Penggubalan Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) tidak menjejaskan sama sekali Akta Ibukota Persekutuan 1960, mana-mana seksyen dalam Akta 171 yang tidak bertentangan dengan Akta 190 adalah diguna pakai oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Kuala Lumpur hari ini

[sunting | sunting sumber]

Hingga kini, Akta 190 menjadi akta yang utama di Kuala Lumpur. Datuk Bandar Kuala Lumpur menjalankan kuasa pentadbirannya melalui peruntukan yang terkandung di dalam Akta Ibu Kota Persekutuan 1960 menjadikan DBKL, PBT yang unik berbanding lain-lain PBT di semenanjung yang mengguna pakai Akta 171 (kecuali Putrajaya (Akta Perbadanan Putrajaya 1995 [Akta 536]). DBKL tidak boleh sewenangnya bertindak tanpa mengikut peruntukkan undang-undang. Segala tugas yang dijalankan oleh kakitangan DBKL adalah mewakili seluruh tugas yang dipikul oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur. Menurut seksyen 12 Akta Ibukota Persekutuan 1960, Datuk Bandar Kuala Lumpur boleh menjalankan segala kuasa yang dipertanggungjawabkan kepadanya melalui anggota dan pegawai DBKL yang berkhidmat.

{{bottomLinkPreText}} {{bottomLinkText}}
Akta Ibukota Persekutuan 1960
Listen to this article

This browser is not supported by Wikiwand :(
Wikiwand requires a browser with modern capabilities in order to provide you with the best reading experience.
Please download and use one of the following browsers:

This article was just edited, click to reload
This article has been deleted on Wikipedia (Why?)

Back to homepage

Please click Add in the dialog above
Please click Allow in the top-left corner,
then click Install Now in the dialog
Please click Open in the download dialog,
then click Install
Please click the "Downloads" icon in the Safari toolbar, open the first download in the list,
then click Install
{{::$root.activation.text}}

Install Wikiwand

Install on Chrome Install on Firefox
Don't forget to rate us

Tell your friends about Wikiwand!

Gmail Facebook Twitter Link

Enjoying Wikiwand?

Tell your friends and spread the love:
Share on Gmail Share on Facebook Share on Twitter Share on Buffer

Our magic isn't perfect

You can help our automatic cover photo selection by reporting an unsuitable photo.

This photo is visually disturbing This photo is not a good choice

Thank you for helping!


Your input will affect cover photo selection, along with input from other users.

X

Get ready for Wikiwand 2.0 🎉! the new version arrives on September 1st! Don't want to wait?