For faster navigation, this Iframe is preloading the Wikiwand page for Aksara Rasyi.

Aksara Rasyi

Abjad Ibrani dalam aksara Rasyi (kanan ke kiri)

Aksara Rasyi atau aksara Sefardi (Ibrani: כְּתַב רַשִׁ״י, rumi: Ktav Rashi) ialah sejenis muka taip untuk abjad Ibrani. Ia berdasarkan tulisan tangan dari abad ke-15 dan dinamakan sempena ulama Yahudi Rasyi, walaupun beliau hidup bertahun-tahun sebelum fon ini dicipta. Muka taip ini digunakan sebagai sampel oleh pencetak-pencetak Ibrani lama seperti Abraham Garton, keluarga Soncino, dan Daniel Bomberg dalam teks-teks agama versi mereka yang menyertakan ulasan, seperti Mikraot Gedolot dan Talmud, di mana ulasan Rasyi adalah penting.[1]

Apabila orang mula-mula mencipta fon untuk mesin cetak, mereka selalunya berdasarkan tulisan tangan sedia ada. Untuk pencetakan bahasa Ibrani, mereka menggunakan huruf blok untuk teks-teks penting seperti Alkitab. Tetapi untuk teks yang kurang penting seperti ulasan dan komen-komen rabai, gaya kursif daripada tradisi Sefardi digunakan, yang kemudiannya dipanggil muka taip Rasyi.[1]

Perbandingan dengan bahasa Ibrani cetakan

[sunting | sunting sumber]
Huruf Ibrani dalam taip Rasyi dan cetak
א = ב = ג = ד = ה = ו = ז = ח = ט =
י = כ = ך = ל = מ = ם = נ = ן = ס =
ע = פ = ף = צ = ץ = ק = ר = ש = ת =

Penggunaan dalam bahasa Ladino

[sunting | sunting sumber]
Contoh teks yang ditulis dalam aksara Rasyi daripada cetakan Mazmur 138 dari abad ke-19 dalam bahasa Ladino; huruf-huruf tambahan untuk fonem Ladino yang unik juga hadir, diubah suai oleh diakritik rafe sabit di atas huruf (tajuk menggunakan taip cetakan blok).

Selain digunakan dalam bahasa Ibrani, abjad aksara Rasyi juga disesuaikan untuk menulis teks-teks bahasa Ladino dalam abjad Ibrani. Untuk melambangkan bunyi-bunyi frikatif tambahan dalam bahasa Ladino, huruf-huruf sedia ada diberikan tanda-tanda baca baharu. Daripada meletakkan tanda geresy di sebelah huruf, aksara Rasyi menghasilkan huruf-huruf baharu dengan meletakkan tanda sabit yang dipanggil rafe ⟨ﬞ◌⟩ terus pada huruf.[2] Dahulu, tulisan kursif yang dipanggil "solitreo" digunakan untuk tulisan tangan Ladino di Balkan dan Turki, di samping aksara Rasyi yang digunakan untuk mencetak.

Huruf-huruf Ladino yang dihasilkan dengan tanda rafe
Tanpa Rafe Dengan Rafe (bentuk setara dengan tanda geresy)
Simbol Translit. AFA Contoh Simbol Translit. AFA Contoh
ב b [b] botol (ב׳) בﬞ v [v]~[β̞] van
ג g [ɡ] garam (ג׳) גﬞ dj, ǧ, atau ch, č [d͡ʒ]~[t͡ʃ] Julai, Georgetown, cili
ד d [] dahi (ד׳) דﬞ dh, th, ḏ, đ [ð̞] izin dalam bahasa Arab
ז z [z] zirafah (ז׳) זﬞ j, g, zh, ž [ʒ] measure dalam bahasa Inggeris
ט t [] tali (ט׳) טﬞ th [θ] Bluetooth
כ c, k [k] kopi (כ׳) כﬞ ch, kh, ḵ [x]~[χ] khabar
פ p [p] panas (פ׳) פﬞ f [f] fardu
ש s, ç [s] satu (ש׳) שﬞ sh, š [ʃ] syukur
  1. ^ a b Shurpin, Yehuda. "What Is Rashi Script and Where Did It Come From?". Chabad.org (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada November 17, 2018. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "chabad" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  2. ^ "Sefarađizo: Ladino: Alefbet: Tabla". 2021-09-16. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-09-16. Dicapai pada 2021-09-16.
{{bottomLinkPreText}} {{bottomLinkText}}
Aksara Rasyi
Listen to this article

This browser is not supported by Wikiwand :(
Wikiwand requires a browser with modern capabilities in order to provide you with the best reading experience.
Please download and use one of the following browsers:

This article was just edited, click to reload
This article has been deleted on Wikipedia (Why?)

Back to homepage

Please click Add in the dialog above
Please click Allow in the top-left corner,
then click Install Now in the dialog
Please click Open in the download dialog,
then click Install
Please click the "Downloads" icon in the Safari toolbar, open the first download in the list,
then click Install
{{::$root.activation.text}}

Install Wikiwand

Install on Chrome Install on Firefox
Don't forget to rate us

Tell your friends about Wikiwand!

Gmail Facebook Twitter Link

Enjoying Wikiwand?

Tell your friends and spread the love:
Share on Gmail Share on Facebook Share on Twitter Share on Buffer

Our magic isn't perfect

You can help our automatic cover photo selection by reporting an unsuitable photo.

This photo is visually disturbing This photo is not a good choice

Thank you for helping!


Your input will affect cover photo selection, along with input from other users.

X

Get ready for Wikiwand 2.0 🎉! the new version arrives on September 1st! Don't want to wait?