Abang Bomba I Love You Raya
Abang Bomba I Love You Raya | |
---|---|
Pengarah | MP Roslin Md Sharif |
Penulis | Rina Khan |
Dibintangi | Hisyam Hamid Amira Othman Tengku Zara Nadya Syahera |
Disunting oleh | Eddey Mat Napi Tuan Amiruddin Tuan Mansur |
Diedarkan oleh | Global Station Sdn Bhd |
Tarikh tayangan | Isnin (26 Jun 2017) |
Masa tayangan | 97 minit 30 saat |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Bahasa Melayu |
Abang Bomba I Love You Raya ialah telemovie yang ditayangkan menerusi Astro Ria dan Astro Ria HD pada tahun 2017. Telemovie ini adalah susulan khas dari drama Abang Bomba I Love You dan ia ditayangkan pada Hari Raya Kedua Aidilfitri.
Sinopsis
[sunting | sunting sumber]Lily (Amira Othman) dan Rayqal (Hisyam Hamid) teruja untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama. Pelbagai kesukaran dihadapi mereka, termasuklah pengurusan rumah tangga, ditambah lagi dengan kehadiran Dahlia (Tengku Zara Eryna) dalam keluarga. Namun ada sahaja masalah sehingga Lily mula melancarkan perang dingin terhadap Rayqal. Kehadiran Suzana (Sasqia Dahuri) menimbulkan cemburu di hati Lily, namun Haziq yang masih lagi rapat dengan Lily juga menyebabkan Rayqal sakit hati terhadap isterinya itu.
Walau bagaimanapun, selepas kejadian kebakaran yang disebabkan caj telefon bimbit, mereka mula membaiki semula hubungan suami isteri, dan bersama menyambut Hari Raya dengan meriah.
Pelakon
[sunting | sunting sumber]Pelakon utama
[sunting | sunting sumber]- Amira Othman sebagai Lily
- Hisyam Hamid sebagai Rayqal
Pelakon pembantu
[sunting | sunting sumber]- Sasqia Dahuri sebagai Suzana
- Fikhree Bakar sebagai Shawal
- Jaslin Puasa sebagai Haziq
- Nadya Syahera sebagai Mawar
- Roy Azman sebagai Abah
- Rosnah Johari sebagai Umi
- Kazar Saisi sebagai Atok
- Ikhram Johari sebagai Dr. Izwan
- Harminder Singh sebagai Dr. Jaya
- Nur Izuhaida Karim sebagai Azean
- Alif Sellahuddin sebagai Zain
- Nensy Ismail sebagai Warty
- Maria Elana sebagai Junah
- Farra Jay sebagai pesakit wheelchair
Pelakon kanak-kanak
[sunting | sunting sumber]- Tengku Zara Eryna sebagai Dahlia
- Shazman Isaac sebagai Adam
Pelakon tambahan
[sunting | sunting sumber]- J Mazin Talent & Management
Runut bunyi
[sunting | sunting sumber]No. | Tajuk | Artis | Masa | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Jumlah masa: -:-- |
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Ringkasan Telemovie Abang Bomba I Love You Raya
- Tonton Telemovie Abang Bomba I Love You Raya
Text is available under the CC BY-SA 4.0 license; additional terms may apply.
Images, videos and audio are available under their respective licenses.